Thursday, January 31, 2013

Peraduan Cipta Poster ROCKESTRA WINGS @ Istana Budaya


Dari peminat untuk Wings ! Menjelang Konsert Wings Rockestra di Istana Budaya pada 26-28 April 2013, Wings ingin berkongsi detik bersejarah ini bersama peminat. Tunggu apa lagi? Ayuh tunjukkan bakat korang dengan menyertai peraduan mencipta poster Konsert Wings Rockestra! Poster yang bakal dicipta mestilah mempunyai :

- logo Wings serta perkataan "ROCKESTRA WINGS @ Istana Budaya Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan"

- tarikh dan venue konsert (26-28 April 2013, Panggung Sari, Istana Budaya)

- format JPEG

Emelkan ke sayap2wings@gmail.com selewat-lewatnya 31 Januari 2013. Sertakan nama penuh, alamat, no. kad pengenalan, no. hp.

Keputusan panel penilai yang terdiri daripada pihak produksi dan Wings sendiri adalah muktamad! 

Adat pertandingan mesti ada pemenang, bila ada pemenang mesti ada hadiah! Hadiahnya?? MISTERI !! :-)

Diiktiraf sebagai konsert cemerlang yang pernah diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 2011 menerusi Konsert Wings Opera Hidup Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan, kini peminat-peminat setia Wings sekali lagi bakal menjadi saksi kelibat Awie, Joe, Eddie dan Black menakluk pentas gah bertaraf antarabangsa ini. Dijadualkan berlangsung tiga malam berturut-turut bermula 26 April hingga 28 April 2013, tirai akan dibuka pada jam 8.30 malam. Info-info mengenai konsert pertama seumpamanya ini akan kami kemaskini dari semasa ke semasa di sini. Terima kasih atas sokongan anda ! Hidup Orang Kita!


alt


Friday, January 25, 2013

PROTON GEN2 for sale..


Sebuah GEN2 CPS Manual untuk dijual :

Tahun : 2008
No Pendaftaran : WRL 26**
Harga : RM30K Nego sampai jadi..
Cara pembelian : Cash lagi bagus...Loan pun boleh,tapi buyer kena buat sendiri..Maksimum loan boleh pegi sampai RM33K....

Lokasi Kereta : KL,Shah Alam.. 



1st Owner...

Kereta cantik dan dijaga oleh owner...Sebab nak jual..Owner nak ambik BMW E39 M5.....

Untuk pertanyaan call aku 012-255 8069
*************************************
***
***




Siapa beli terus pakai je..Tak payah nak make-up ...


GEN2 CPS 1.6 Manual
ABS brek system
Seat Kemasan Kulit merah hitam..
Tiada Kemalangan.
RIM 17 WORK Racing Tayar 225 45 17  90%




Sejarah Bakal Berulang.........Bersedia 2013 !




"Konsert Wings Opera Hidup Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan adalah konsert yang paling cemerlang pernah diadakan di pentas Istana Budaya"- Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Juhari Shaarani

Berkat sokongan semua peminat WINGS yang menjadikan konsert di Istana Budaya pada 2011 diiktiraf sebagai konsert paling cemerlang, kita teruskan sokongan dan semangat 2011 pada WINGS ROCKESTRA - 26-28 April 2013 nanti !! sebarkan !!

Kepada peminat  WINGS,jangan lepaskan peluang menyaksikan konsert terbaik 2013 nanti...Baca review konsert yang lepas Klik sini 

Sedikit Sejarah WINGS dan "Belenggu Irama" Album Pertama WINGS  sini dan Kesemua album WINGS

Untuk melihat klip Video dan lirik "RANGGI METROPOLIS" klik sini




Wednesday, January 23, 2013

Surah An-Nas

Surah An-Nas (سورة الناس) adalah surah ke 114 dan merupakan surah terakhir dari Al-Quran. Ia adalah doa 6 ayat ringkas, memohon kepada Allah S.W.T untuk perlindungan dari Syaitan. Ia adalah surah Makkiyah.
Ia dan Surah Al-Falaq adalah bersama diistilahkan mu'awwidhatayn; dibaca dengan sekali,  membentuk pasangan semulajadi. Terdapat tradisi Sunnah dalam membacanya ke atas yang orang yang sakit atau dibaca sebelum tidur.



TERJEMAHAN AYAT :

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
  2. Yang Menguasai sekalian manusia.
  3. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
  4. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
  5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
  6. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.



Sumber dan kreadit kepada : http://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama

Monday, January 21, 2013

Mercedes dan Nissan Cefiro for sale...Harga kawan- kawan...

Untuk  dijual Harga RM21K
Cash Only...
BDY 5***
Boleh call saya untuk tengok kereta...
Lokasi kereta di Puchong Perdana...

Kereta dalam keadaan hansem lagi..
Interior dalaman semua original...
Harga boleh cerita lagi kot..Kena tanya sendiri owner..

Cefiro Model A32
3000 CC / Liter
Harga RM21K
Cash Only....

Direct owner...
Kereta cantik bro..
NAU ****

Call saya Zul 012-2558069



Tengok kereta dulu...Puashati baru bayar..OK....TQ

Wednesday, January 9, 2013

Wajah-wajah E36..Dan " wajah kita " juga..







Assalammualaikum 

Korang suka gambar yang mana satu? Sengaja aku letakkan 5 gambar ni supaya korang pening...
Gambar adalah sama, cuma penampilan berbeza..

Setiap gambar-gambar di atas ada keistimewaan dan kekurangan sendiri..,betul tak?

Adakah sama dengan wajah dan hati kita?Renung dan fikirkan lah wahai sahabatku...


Ikhlas,

Zul Pat-Pat Siku Lipat