Monday, July 8, 2013

Tip Bergaya macam David Beckham..

Kemesraan diorang memang dicemburui, Pasangan  yang  glamor,kaya dan ikon  fesyen.

Okey..Share Tip untuk bergaya macam Beckham, mamat ni sebenarnya bukanlah hensem pun tapi disebabkan wife dia yang merupakan ikon fesyen dunia,mamat ni pun dah jadi bergaya.

Berikut adalah tips untuk menjadi lelaki maskulin ranggi :

1.Mesti tahu apa yang hendak korang pakai ke sesuatu majlis, kenalah tahu sikit jenama pakaian.

2.3 warna adalah cukup untuk baju dan seluar...Jangan terlampau banyak warna nanti anda akan kelihatan macam badut sarkas.

3. Jangan pilih baju @ seluar terlalu kecil @ terlalu besar,anda akan kelihatan seperti memakai pakaian pinjam. 

4.Aksesori tambahan seperti pen berjenama, kaca mata hitam dan mungkin kafling menambahkan lagi gaya anda, tapi harus diingat jangan terlampau banyak ..Nanti anda akan kelihatan macam monyet sarkas la pulak..hehe.

5.Okey pemilihan seluar adalah penting ..Seluar jangan terlalu labuh @ singkat..Lagi satu , kaki seluar jangan terlalu besar kerana anda akan nampak pendek dan gemuk..

Gaya pakaian DB sering menjadi ikutan..Santai..Dengan bag santai LV

No.1 dan 2 adalah paras bahu, sila pilih baju yang paras bahu seperti gambar mengikut size anda.

No.3 Pastikan panjang baju tidak melebihi pergelangan tangan.


Lelaki Budiman..Itu David Beckham,penampilan  beliau sentiasa diperhatikan.


Stop kat sini dulu.

Wednesday, July 3, 2013

Si Mata Merah DW-5600MS

CASIO G-SHOCK DW-5600MS-1D MAT BLACK RED EYE SERIES *1545*












Tahukah anda jam tangan G Shock ini mula dijual pada tahun 1983. Model pertama yang dihasilkan Casio ialah DW-5000 dan semenjak itu lebih 50 000 000 utas jam tangan berjenama ini telah pun terjual serata dunia termasuk Malaysia.

jam


Individu yang bertanggungjawab menghasilkan jam ini ialah Kikuo Ibe. Menurut Kikuo tercipta kerana beliau bosan dengan masalah jam milik beliau yang cepat rosak apabila terjatuh. Beliau yang pada ketika itu bekerja dengan Casio terus berfikir bagaimanakah cara untuk menghasilkan jam yang tahan lasak. Proses penyelidikan dan penghasilan bermula pada tahun 1981 dan ianya diberi nama “Project Tough”.

Kikuo Ibe,beliaulah orang yang bertanggungjawap mencipta G Shock. 

Pada awalnya Kikuo bercadang menggunakan binaan dalaman yang lebih tahan lasak daripada biasa didalam jam bagi memberikan ketahanan yang diperlukan. Tetapi dalam ujian awal dimana prototaip jam dijatuhkan pada ketinggian 10 meter jelas jalan penyelesaian ini tidak menhasilkan ketahanan yang memuaskan.
Penyelesaian terhadap masalah bagaimana menghasilkan jam tangan yang tahan lasak akhirnya dijumpai secara tidak sengaja. Beliau mendapat ilham apabila melihat bagaiman bebola getah mengajal selepas terjatuh. Prototaip dihasilkan dan ianya mampu memenuhi keperluan TRIPLE TENyang dikehendakki Kikuo Ibe dan pasukan Project Tough. Apakah itu Triple Ten?
1. Tahan jatuh dari 10 meter
2. Tahan tekanan air sehingga 10 bar
3. Bateri yang tahan sehingga 10 tahun
Jualan benar-benar meningkat pada dekad 90-an apabila remaja memerlukan jam yang sesuai dengan kegilaan mereka dalam aktiviti sukan lasak. Menurut Kikuo Ibe, pihak Casio  tidak menyangka jam ini boleh menjadi popular kerana ianya sebenarnya dijual dan dihasilkan untuk sektor pembinaan bukan untuk pasaran remaja. Bagi memenuhi keperluan peminat G-Shcok dari golongan wanita pula, Casio mengeluarkan Baby-G pada tahun 1991

Model terawal

Iany menjadi semakin lagendary pada tahun 1993. Pada tahun itu berlaku Battle of Mogadishu di Somalia. Insiden ini juga dikenali sebagai insiden Black Hawk Down. Pasukan Elit Delta Force menggunakannya sebagai jam pilihan ketika melakukan operasi dan pada hari berdarah itu yang dipakai askar-askar elit ini mampu berfungsi walaupun in battle condition. Sejak dari hari itu anggota tentera dari  bukan elit pun mula menggunakan kerana ianya satu-satunya jam yang boleh dikatakan tahan lasak.


Tag : G Shock,Red Eyes,Mata merah,Casio