Wednesday, May 18, 2011

Konsert Lagenda Double Trouble pada 27 Mei 11 di Stadium Hang Jebat, Melaka

Brother Awie
As Salam semua,

Ni aku publishkan..Berita terbaru Konsert Lagenda Double Trouble pada 27 Mei 11 di Stadium Hang Jebat, Melaka..Kalau tak salah la..Ini adalah siri terakhir DT..Kepada peminat-peminat
rock semua,jangan lepaskan peluang ini..Khususnya peminat rock di negeri Melaka...
Korang kena tengok Wings persembahkan lagu "Inpirasi Taming Sari"

Tajuk Lirik/Lagu: Inspirasi Taming Sari
Artis/Penyanyi: Wings
Ini kisah
Keris taming sari
Lambang satria
Seorang laksmana
Melaka
Seandainya
Taming sari tiada
Lemah dia
Menentang musuhnya
Yang derhaka
Tapi kini tiada lagi
Taming sari sudah hilang dari mata
Namun jangan dilupa
Taming sari tetap di hati
Untuk semangat terus berjuang
Melayu takkan hilang
Melayu takkan hilang
(Korus)
Hidupkanlah bangsa kita
Kekalkanlah kata-kata laksmana
Meskipun tanpa jasadnya
Namun taming sari masih ada
Pada orang kita
Bersemat Tuhan yang satu
Kita takkan mati
Semasa hidup
Bangun semua
Tajamkan kerismu
Dalam hati
Jadikan Hang Tuah
Inspirasi
(Ulang Korus)

Korang boleh clik kat link di bawah untuk tempahan tiket.

Awie & Amy..

sekali lagi bergabung tenaga


wings& search the godfather of rock malaysia

Detail di sini :


http://berita konsert
http://dtmelaka.blogspot.com/2011/02/tiket-online-konsert-double-trouble.html


Zul Pat-Pat Siku Lipat

Saturday, May 14, 2011

Tandatangan Awie Wings..Khas untuk sesikulipat


Tandatangan Awie Wings..Khas untuk sesikulipat..
Aku dapat masa jumpa =W= kat Sidang Akhbar Wings kat
Sunway Lagoon..Mula-mula dia gelak..Apa bende siku Lipat Ni?
Tanya Awie kat aku..Aku cakap nama blogs aku arr..
Awie sporting gila dan baik hati orangnya..


  ni ikon yang aku gunakan..The Last Samurai..
 kat proniaga mudah.my dan blogs..

Tandatangan Awie & Black kat tiket..Sebagai kenangan beb

Sambil minum teh O suam yang dibuat oleh wife aku..
anak perempuan aku Zulsyafiqah datang kat aku..
layan gambar anak aku..

 Ni ler dia..Cute tak?


Hi..



Peace..No War !!!


1Malaysia..hehe

Merajuk..

Boleh jadi model tak?









Zul Pat-Pat Siku Lipat..

Tuesday, May 10, 2011

Original T-Shirt Mickey Mouse yang cute-miut ..For sale

Gambar di bahagian belakang..terbaik antara yg terbaik
daripada Mr Zul Pat-Pat Siku Lipat

gambar depan bahagian kiri..
Antara watak kartun yg aku minati...

Original item..Dijamin ..Made in USA


T Shirt  Mickey Mouse berwarna coklat cair
Tokyo Disneyland (R)
Size M Condition 9/10
Made In  USA 100% Cotton
Harga Ditawarkan RM 60 Siap Pos Laju
Kain mcm baru..beb..Terbaik untuk anda..
Berminat?Hubungi saya..

Tuesday, May 3, 2011

Konsert Wings Opera Hidup ..With Harley Davidson..”Rockestra”..Istana Budaya..




Pembukaan Konsert Oleh DJ Ismahalil Hamzah..Kata-kata penuh bersemangat oleh beliau..

Lagu-lagu semua adalah lagu berhantu..Dan yang paling berhantu tentulah lagu Jerangkung Dalam Almari..
Kehadiran Ex-Wings Mus,Mel,Jojet dan Sham menambahkan lagi kehangatan malam tadi..
Tidak ketinggalan petikan gitar solo Joe..memang memukau..Aku layan beb..

Awie malam tadi,banyak mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat,sempat jugak beliau menceritakan
sejarah lagu Belenggu Irama dicipta  di Tasik Titiwangsa..Dengan gaya slumber rocknya..


Lagu Sejati..ditujukan untuk peminat wings yang sejati kata awie..

Lagu-lagu yang dibawa oleh Wings malam tadi :

Opera Hidup - Pembukaan lagu mestilah lagu tema..Nama pun Konsert Opera Hidup

Romania - Terus sambung lagu romania pulak..

Ranggi Metropolis - Ni lagu favourite aku nih..

Di Ambang Wati - kata Awie,ni lagu orang bercinta,berkahwin dan bercerai..hehe
                           mungkin berdasarkan pengalaman dia kot..hehe(jgn marah ye Awie..)

Bernafas Dalam Lumpur - Duet  Mus,Mel& Awie feat sham,jojet

Peronda Jaket Biru - Duet  Mus,Mel& Awie feat sham,jojet

Belenggu Irama - Duet  Mus,Mel& Awie feat sham,jojet

Nasib Kita - Duet  Mus,Mel& Awie feat sham,jojet

Sejati - Awie nyanyi solo

Rock n’ Roll Lu Punya Suka - Duet  Mus,Mel& Awie feat sham,jojet

Taman Rahidah Utama- Duet  Mus,Mel& Awie feat sham,jojet

Jerangkung Dalam Almari - Duet  Mus,Mel& Awie feat sham,jojet

Inspirasi Taming Sari  - Awie nyanyi solo

Semalam Yang Hangat Duet  Mus,Mel& Awie feat sham,jojet

Lena Diulik Intan - Mel nyanyi solo

Hati Sulam Lain - Mus solo


*Untuk pengetahuan arrangement semua lagu disusun semula mengikut standard muzik  Okestra + muzik Wings

Penutup malam tadi..Diakhiri dengan penghargaan Harley Davidson kepada Wings (Harley Davidson mengiktiraf
Wings sebagai Ikon Rock Malaysia..Dan yang paling best..Harley Davidson Kuala Lumpur menghadiahkan Sebuah
Motosikal Harley kepada Awie (untuk makluman Awie merupakan ahli kelab Harley Davidson Malaysia yang terawal…)

Kerjasama Harley Davidson dan Wings lebih bererti lagi,apabila RM10,000 didermakan ke Sekolah Anak-anak yatim.

- Sound System memang dasyat beb..Tahniah buat Istana budaya
- Cuma yang tak best tak boleh nak ambil gambar masa Wings perform..Peraturan Istana Budaya
- Vokal Awie memang klass beb..untuk semua sesi konsert ni,Awie menyanyikan lebih 40 lagu untuk 3  hari beturut-turut
- dan yang paling best, dialog hantu Kak Limah iaitu “kita bakor jer” terkeluar jugak dua kali..hehe
- Peminat-peminat yang datang semua berpakaian kemas mengikut syarat Istana Budaya.
- Ramai rakan-rakan artis datang memberi sokongan antaranya Ali (dulu Vokalis Terarossa),Atilia dan ramai lagi.

Hussin=Awie

Gambar masa sidang media lepas..Kat Harley Davidson
Gandingan mantap Joe,Awie,Black dan Eddie...
Wings masih bertahan walaupun banyak kumpulan2 rock baru..

Ikon Rock Malaysia..Wings.. memiliki karisma tersendiri..

Poster Rasmi with HD

Poster Rasmi

Contoh Tiket IB 

Awie dapat HD model ni..Untung Bro.. 


IB melakar sejarah Opera Hidup Wings 25 Tahun 

Sayap-Sayap Wings 

Bertenaga..Vokal Awie masih seperti dulu..

Tengah tarik nih

member SSW Aku Zull Merah dengan Jojet..aku ambil gambar nih..
masa pc lepas..

Wings diiktiraf  sebagai ikon rock Malaysia oleh Harley Davidson Malaysia
,caya lah Brother.. 

 Seronoknyer Awie dapat motor

Brother Awie dapat motor..WBX 30 ,kalau tak silap aku la no platnya

Mr Zul Pat-Pat Siku Lipat

Cerita Opera Hidup kat blogs lain