Wednesday, February 29, 2012

Si Pemburu PAGOL

Zul mana ko menghilang??Soalan yang terpacul dari mulut kawan-kawan..Untuk pengetahuan semua,aku baru je baik dari demam denggi!!Seminggu lebih aku dan wife masuk hospital...Penangan denggi memang ngeri dan menyakitkan...Sakit sampai ke tulang..kata wife aku..


Abg Kamal jangan marah ye!Saya gelarkan Abg Si Pemburu Pagol..Zul Pat-Pat siku Lipat...
Sambil tu jom layan Harapan - Wings sesi Jamming
steady la joe..

Sebelum aku masuk hospital,ada seorang pemburu Pagol dari Muazam Shah,Pahang membuat kunjungan hormat kat kedai aku "Pat-Pat Siku Lipat Collection" Uptown Bazaar Heritage Puchong Permai.Memperkenalkan dirinya sebagai Abang Kamal,minat kepada jam mendorong beliau datang berjumpa aku,kata Abang Kamal," Pat-Pat Siku Lipat "mencetus minat beliau kepada jam...Beliau juga adalah pembaca setia blogs aku...Terharu aku apabila Abang Kamal cakap macam tu...Kata beliau,blogs aku ada"aura"tersendiri...

Sebahagian koleksi aku..

Pagol 2000

808 model yang agak rare..Dan masih cermelang mengukur masa untuk tuan nya..
milik Pemburu Pagol


Benarlah kata-kata abah aku",kalau kita buat apa-apa kerja dengan niat yang baik dan ikhlas pasti ada hikmah dan balasan baik untuk kita"...Buat baik dibalas dengan kebaikan juga.
Untuk pengetahuan semua,aku menulis blogs ini adalah dengan sepontan,,tak de nak draf ke!!Apa aku rasa nak tulis aku akan tulis...hehe,dan yang pasti apa yang aku tulis pulak adalah benar @ pengalaman sebenar..

 "Terima Kasih Abg Kamal " atas kesudian dan masa anda bertemu saya...
Dah minat!kata Abg Kamal....


Balik ke cerita Abang kamal tadi,kami berborak lama,dari kedai aku sampai bawa ke kedai minum..heheh,Abang Kamal Si Pemburu Pagol ni banyak bercerita mengenai Jam Pagol,beliau ada bawa PAGOL 2000,PAGOL 808,ROLEX 6694 dan ditangan Abang Kamal pula TITONI kalau tak silap akulah.Nasib baiklah sebelum ni,aku memang ada memiliki jam Pagol model pun aku dah tak ingat dapat jugak aku bercerita ...hehe
(nanti ada masa aku akan buat review jenama PAGOL)

Sedar tak sedar sesi berborak aku dengan Abang Kamal berakhir dekat pukul 2 pagi jugak,kepada Si Pemburu Pagol Abang Kamal semoga kita dapat berjumpa lagi dan kita terus berhubung...Kepada pembaca dan pengikut blogs aku,terima kasih banyak kepada anda semua...Sebarang komen@perkongsian minat & maklumat amatlah dialu-alukan..

Kepada rakan blogger lain juga.


Lihat perfume untuk dijual klik sini , mudah Pro Niaga Pat-Pat Siku Lipat