Alhamdulillah bertemu lagi kita..Hari ni hati aku senang untuk menulis..Aku beri tajuk "Kisah Cinta Si Pemuda Miskin"..
Al-kisah bermula ada seorang pemuda yang bernama Abu (bukan nama sebenar)walaupun miskin tapi beliau kaya dengan budi pekerti, rajin, tahu menghormati orang tua dan yang paling best alim..Ala-ala Ustad Don gitu..
Ustad Don Sekadar Hiasan. |
30 Minit bersama Ustad Don...TV Al-Hijrah
Nama Penuh :Don Danial Don Biyajid
Tarikh Lahir : 14 Nov 1984
Lahir di Bukit Mertajam P.Pinang
Abu tinggal di sebuah kampung di Negeri Perak.Rutin harian Abu adalah bekerja memanjat pokok ..Tak kiralah pokok apa pun..Asal pokok,pokok petai , pokok kelapa dan sebagainya.Dan yang bagusnya Abu sentiasa menunaikan solat fardu di masjid,tak kira macam mana pun beliau sentiasa ada di masjid.Hujan ke ,petir ke ...., dia tetap ada.
Ketekunan Abu sebenarnya telah lama diperhatikan oleh Pak Usop yang merupakan salah seorang pengusaha perniagaan di kampung tersebut. Pak Usop ada mempunyai seorang anak gadis bernama Nur Ain(Mirip Neelofa versi bertudung).Sedikit info tentang Pak Usop..Beliau memang mencari calon suami untuk anaknya.Pemuda-pemuda kampung yang lain memang ramai tapi tak ada seorang pun yang Pak Usop berkenan..Yelah,kalau aku jadi Pak Usop pun aku tak berkenan.
Suatu malam selepas solat magrib, Pak Usop menegur Abu dan mengajak minum di warung di kampung...
" Abu, aku ni sebenarnya dah lama berkenan dengan ko ni..!!! " berseloroh Tegur Pak Abu..Sambil menghembus asap rokok Bensonnya berkepul-kepul...
Dalam hati hati Abu berdetik...(bila masa Pak Usop ni gay pulak ni..mampuh aku nih..)Abu hanya mampu diam..sambil menghirup kopi 'O' suam..(sambil memikirkan jalan untuk lepaskan dirinya.....
" Senyap jer Abu...Aku tanya kau ni...Kau tak suka ke dengan anak aku..Nur Ain..? Tanya Pak Usop lagi....
A...pa?? Nur Ain??? Betul ke Pak Usop ni? @ Pak Usop saja nak buat lawak...hehh (Dalam masa yang sama Abu rasa happy sangat dah macam nak lari 4x100 meter pulak !! ) Nasib baik Pak Usop ada..Yelah terpaksalah Abu menjaga adab di depan bakal Pak mentua dia..hehehehhh...
Mana tak terkejut Abu, Nur Ain adalah gadis pojaan hatinya tapi disebabkan dirinya miskin dia hanya mampu menyimpan saja niatnya itu....Tapi dengan izin Allah SWT..Niat Abu tercapai jua...Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui segalanya.
Dipendekkan cerita, berkahwinlah Abu dan Nur Ain..Bahagialah mereka.Dikurniakan anak-anak yang comel dan taat perintah Allah.Dah besar pun..hehe...
Moral of story :
1.Allah menjadikan kita kaya @ miskin adalah ujian di dunia, kalau miskin lain ujianNya.Bila kaya lain pulak ujian.
2.Tak kira kita buat kerja apa.., lawyer ke,doktor ke (keja yg halal) Allah tak pandang semua tu..Allah pandang amalan kita.
3.Hati kena bersih, baik dan sentiasa bersangka baik dengan orang lain..
...Abis dah...
( *Berdasarkan kisah yg ada kebenarannya )
No comments:
Post a Comment