Monday, December 31, 2012

Mahu repair BlackBerry dengan harga berpatutan?


Aku nak update sikit...Kepada anda yg nak repair hp dengan Abg Muzz,kalau call dia tak angkat maknanya dia tengah sibuk.So sila sms nama dan lokasi anda.
Maklumlah bro,dia pun bukan calang-calang orang..Level Boss jugak kat Cel**m.

ni phone no dia 013 272 4876


Repair hp ni cuma part time dan minat dia.

Zul PPSL,Updated : 1/7/2013
Tuan Tanah Kedawung /Admin /The Owner
sesikulipat.blogspot.com

BOLD  2 9700 WHITE

kat MD jer Bro Muzz boleh repair BB...Beliau ada complate tool

Bold 2 yang aku beli 2nd ni problem la pulak...Nak dijadikan cerita aku search kat Mudah.my jumpa pulak dengan mamat ni klik sini ,namanya Muzz..seorang yang terer bab BlackBerry dan I Phone..1st time aku jumpa mamat melayu yang terer macam ni...,dan  yang best beliau repair hanset kita on the spot dan dihadapan kita,tak macam bangsa lain yang ada kedai-kedai hanphone kat KL..

1st BB Storm yang aku guna


Baru ni ada seorang member aku repair I Phone 4 kat Low Yat,problemnye I Phone 4 dia screen pecah...RM900 tu charge cina kat Low Yat,semalam aku tanya kat Brother Muzz ni cuma dalam RM450 jer!!!!!Korang tengok berapa bezanya?sekali ganda tu...Kesian member aku tu,tak pelah dia jenis beruang eh   berwang la...

ni barang yg dia tukar....keypad sebelah dalam BOLD,hantar kedai cina diorang  tampal  ler
tengok sebelah kiri tu...cilako betul..
Alhamdulillah ok jugak BB aku nih
Tak pe balik pada cerita BOLD 2 aku tadi,BB aku ni problem selalu hang dan mati sendiri walaupun bateri penuh,aku dah hantar ke sebuah kedai repair BB kat Subang Squre,Subang Jaya..Kedai cina la..,kejap itu rosak kejap ini rosak,semua  rosak...Kalau tak reti repair cakap jer lah kan senang...Ada ke patut,suruhnya aku tukar mother bord RM380 harganya..Aku tak kisah,aku cakap kalau dia boleh bagi warranty tukar mother bord semua akan ok tak pe tapi dia tak berani.aku ambik balik BB aku tu.

tak sampai 30 minit pun,kojap jer...

Jumpa Bro Muzz malam tadi jam 8.30 malam kat MD Equine Park,dan yang best BOLD aku dibaraikan depan aku jugak...Siap download OS6 tapi OS6 macam tak sesuai untuk BB aku berat semacam jer(slow)masuk balik OS5.Pada aku la,daripada repair kat cina baik aku repair BB kat Muzz ni...Harga munasabah,boleh bincang,repair depan mata kita dan siap tunjuk benda apa yang rosak...Puas hati......
Muzz ni berkerja di syarikat telekomunikasi jugak...

Nokia 9300i aku...dah lama pencen...tapi masih boleh berkhidmad dgn cemerlang untuk aku

Kepada pembaca blogs aku,yang guna BB dan ada masalah boleh roger Bro Muzz ni phone no dia 0132724876 sila bagi tahu dia,korang dapat info ni dari blogs aku..Mungkin ada diskaun sikit..hehe,Melayu tolong Melayu betul tak?
Terima kasih kepada Bro Muzz...





Nukilan Zul Pat-Pat Siku Lipat
nocopyright(R)PPSL

16 comments:

  1. Terbaik!! Harap ramai lg bangsa kita yg mcm Abg Muzz ni :)
    ReplyDelete
  2. bleh tnye x hrga repair tu brape? slalunye dkat kdai bleh dpt brape?
    actually bb dkat atas niey rosak pe erk?
    ReplyDelete
  3. boleh direct contact Abg Muzz..cakap yg u tau sebab baca kat blogs saya..
    ReplyDelete
  4. Ohh...membantu betul blog ni dikala slot sim kad bb saya dah patah...(boleh lak patah..huuhu), moga2 dpt di repair!!
    ReplyDelete
  5. Bagus!!! BB saya track pad nye bru je rosak. Aiyohhh, sedih betul.
    Nasib bek jumpa blog awak. :)
    Terima kasih en.siku.
    ReplyDelete
  6. Salam..nak mntak en.zul tnya jap kat abg muz..bb kalu kuar "could not start the camera. Close other applications and try opening the camera again"..dh try wipe os..reinstall..mcm2 stail dh buat klu bab software nih..pkai bold 3..hardware problem ke? Thank u bro..
    ReplyDelete
  7. w salam...

    Boleh terus bbm Bro Muzz 2683A86C
    ReplyDelete
  8. awak..bb sy ade masalah.maybe LCD o ribbon. ade contact num abg muzz tu tak sebab nk bbm pun da tak leh sbb bb tak leh on langsung! :'(
    ReplyDelete
  9. hehe.baru jumpa abg muzz ni semalam. n dia repair torch sy dalam masa 2 jam je. sgt terbaek :) harga pun murah dari harga kedai yg sure² kena tunggu 3-4 hari baru siap :) tu pun belum tentu ori set. hehehe. tQ abg muzz :)
    ReplyDelete
  10. Zac,so puashatikan!!!
    boleh tengok sendiri BB direpair depan mata,betul tak?
    ReplyDelete
  11. salam...bro muzz ni dok area mana??>>
    ReplyDelete
  12. salam...bro mus ni dok area mna..
    ReplyDelete
  13. W Salam Bro Aiman,

    Saya rasa area Puchong jugak..Nak ojumpa boleh call dia terus!Insyallah anda akan dilayan dan tolong bagi tau,yg anda dapat tahu dari Pat-pat siku lipat...
    ReplyDelete
  14. bro, mcm mn nk contact die ek???...bleh bg no x??
    klik kat link td xjumpe...caner ek???...boleh send to my emel: nik.abdul85@gmail.com...LCD screen sy rosak...serius urgent kena baiki...susah hidup,,huhu...please..=)
    ReplyDelete
  15. Assalam..bro, mcm mn nk contact die, td bukak link xjumpe..please tolong...leh hantar melalui emel sy : nik.abdul85@gmail.com, serius...LCD screen sy rosak...buat hdup sy terganngu..nk kena repair cepat2..TQ
    ReplyDelete

Monday, December 24, 2012

Lagi Contoh tinted ..


Bersua lagi kita..Untuk kali ni aku upload gambar kereta-kereta yang telah pasang tinted dengan aku...
Berikut BMW E36 Safety Tinted  :
Brand : Suncool USA
Harga Pakej : RM550
Specs : 4 mil Safety Tinted
Warna : Hitam 65% 

Ada bran?






Ni Cefiro model A32 Brougham 3.0 cc
Tinted Safety 4 Mil
harga aku pun dah lupa...
Kalau tak silap aku dah pernah publish dulu...





Nissan Grand Livina
Tinted UV potong panas..
Harga RM 799 semua cermin..Termasuk depan.



So,kepada kawan-kawan kat luar sana, nak tinted roger aku ok..ni no hp aku 012 255 8069

sesikulipat.blogspot.com



Tag : Tinted kereta Shah Alam , Buat Tinted , Tinted Murah , Suncool , Sequrity Tinted , Green dust , Gold dust Tinted , Murah Tinted , Klang Villey , E46 E39 E36 Tinted glass , Nissan Tinted , Volvo Tinted , BMW Tinted , Honda Tinted , Jimat minyak Tinted , Evo Tinted , 3M Tinted , Free Tinted ,Proton Tinted harga patut , USA Tinted , Double Layer tinted. 

Friday, November 23, 2012

"73 Pintu 73 Jalan,Yang Sampai Hanya 1 Jalan"


Rasulullah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah-pecah umatku sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.’
Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu yang mengikut jalanku (yakni, sunnah beliau atau as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yang benar lagipun diberi petunjuk oleh Allah (a.w).’
(Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll)
Kisah Burung.
Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makna dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanansekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.
Dengan gaya bertutur, kitab itu mengisahkan perjalanan sekawanan burung untuk mencari raja burung yang disebut sebagai Simurgh(Muraq) di puncak Gunung Kaf yang agung. Sebelum menempuh perjalanan berkumpulah segala burung di dunia untuk bermusyawarah. Tujuan mereka hanya satu yakni mencari raja. Dalam perjalanan itu, para burung yang dipimpin oleh Hud-hud.
Untuk sampai ke hadrat Si Muraq, mereka harus tempuhi tujuh lembah yang penuh halangan.
Lembah pertama adalah lembah keinginan. Di sini semua burung diminta bertaubat dan meninggalkan kehendak duniawi.
Lembah kedua adalah lembah kerinduan di mana semua burung perlu menyelami lautan api agar tubuh mereka terbakar.
Lembah seterusnya adalah lembah makrifat, di sini semua burung harus memilih jalan sendiri lantaran “terlalu banyak jalan menuju yang satu, dan setiap satu disediakan bagi jiwa yang sesuai dengannya.”
Di lembah kepuasan, semua tuntutan, semua nafsu duniawi harus ditanggalkan dari hati.
Di lembah kesatuan, yang banyak menjadi satu.
Sebaik saja sampai ke lembah yang keenam, lembah kekaguman, burung-burung itu, yang sangat keletihan dan kebingungan, menembusi hijab berpasang-pasangan, dan mendapati jiwa mereka kosong. Hinggakan mereka menangisi, “aku tidak mampu berfikir lagi lantaran ghaibnya segala ilmu dari diriku.” “Aku curiga atas curiga ku ini, namun rasa curiga itu sendiri pun aku tak pasti, aku mendambakan, tapi siapakah yang sebenarnya aku dambakan?
Akhirnya di hujung perjalanan, di lembah kefakiran dan fana, di mana segala sifat keakuan ditanggalkan dari diri mereka, mereka dipakaikan dengan jubah ketidaksedaran, menyebabkan mereka hanya meneguk ruh kewujudan.
Bila mereka berjaya mengharungi kesemua tujuh lembah, bila mereka berjaya meruntuhkan gunung keakuan, dan menanggalkan kecintaan terhadap segala ilmu, barulah mereka dibenarkan meneruskan perjalanan bertemu raja Si Muraq.
Dari beribu-ribu ekor burung yang memulakan perjalanan, hanya tiga puluh saja yang berjaya mengharungi segala payah jerih. Dengan kepenatan yang tak terhingga, dengan perasaan kehinaan yang tak terkata, mereka dibawa berjumpa dengan raja segala burung. tapi apa yang mereka dapati bukan raja segala burung, tapi bahkan refleksi diri mereka sendiri dalam cermin diri.
Si Muraq, ataupun sirmurgh, adalah perkataan parsi yang bermaksudtiga puluh ekor burung. Maka di sini, di penghujung jalan, burung-burung itu berhadapan dengan realiti, berhadapan dengan refleksi diri, walaupun mereka telah mengharungi perjalanan yang panjang dan segala payah jerih, yakni, yang sebenarnya mereka cari adalah ‘diri mereka sendiri‘ dan ‘diri sebenar diri‘.
Wahai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! “Kembalilah kepada Tuhanmu dengankeadaan engkau redha dan diredhai (di sisi Tuhanmu)!
(Surah Al-Fajr ayat 27-28)
*“Lang mensilang, Kui mengsikui” bermaksud Orang tak macam orang, hantu tak macam hantu.

Kisah Lirik Lagu TANYA SAMA ITU HUD-HUD.

Tujuh puluh tiga pintu

Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua

Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh… Sang Algojo

Ooh… nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung

Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Dalam kalut ada peraturan

Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh… Sang Algojo

Ooh… nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini

Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

“Tanya sama itu hud-hud

Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari”


Sumber :http://mindaahad.wordpress.com

Monday, October 8, 2012

Konsert Otai-Otai Rock akan datang!!!Updated




Gua dengan JW




Gambar Bro Awie di DB Kota Singa terbaru..Updated..

Sidang akhbar hari tu..Memang hebat..Gandingan Wings, XPDC, May, Rusty Blade dan Lefthanded

detail klik sini


8.10.2012- Selamat hari jadi diucapkan buat the one and only Joe Wings,semoga dimurahkan rezeki,dikurniakan kesihatan yg baik,berbahagia bersama keluarga tercinta :) ucapan hari jadi ini turut dipanjangkan buat pegawai khas beliau yg turut menyambut ulangtahun pada tarikh yg sama iaitu saudara Noh Alonso :)
 

Korang boleh call no tertera berikut...




Saudara Bombay.." Orang Kuat "Penyokong Muzik Rock Tanahair..
Aku respek mamat ni..


Tak perlu aku cerita banyak korang semua pun dah kenal semua kumpulan rock ni...Cumanya penyatuan semula otai ni korang kena tengok aksi mereka...Rusty Black,Tiada Lagi Aku...Lagu yang akan aku tunggu...heheh

MAY pulak..Banyak lagu-lagu menikam kalbu..Sendiri,Dari Kaca Mata dan Cintamu Mekar Di Hati...Korang tak teringin ke tengok diorang perform live ?
Aku tak tau lepas ni bila pulak diorang boleh bersatu macam ni.....Jangan lepaskan peluang..

Belum lagi Tiada lagi kidungmu....Lefthanded...XPDCV6....Tak mau jadi Soh Chai......

Untuk pengetahuan korang semua =WINGS= akan beraksi jam 9 malam.....konsert start pukul 4pm sampai 12am.....

jumpa di sana... 

Rock never dies... Sokonglah muzik rock kita.....










Wednesday, September 5, 2012

The Idea


Comelnya

Mengunakan  model jentolak sebagai hiasan.


Tengoklah gambar di atas ini..Aku snap  di sebuah kedai menjual jam di dalam Giant,Bandar Puteri Puchong.Aku suka cara diorang display kan jam tersebut,walaupun jenama jam tersebut bukanlah diminati oleh aku....

Begitulah sebenarnya,cara yang kreatif dapat menarik minat orang-ramai...Bercakap pasal kreatif aku teringat yang anak aku  Zulsyafiqah. Semasa memandu aku bawa anak aku Zulsyafiqah ,tiba-tiba dia cakap kepada aku :

 Zulsyafiqah : Abah lampu isyarat dah merah!!! Kena berhenti..
 Aku               : Ye..Abah tahu...

Aku tanya dengan anak aku mana dia tahu...Dia cakap dia tengok dalam cerita Upin dan ipin...Daripada situ aku terfikir,sebenarnya untuk kita menyampaikan sesuatu mesej perlulah secara kreatif dan saluran yang betul...

Bercakap tentang kreatif ,aku suka tengok  blogs brother Mazidul ni http://www.mazidulakmal.com/ bukan apa,aku suka gaya penulisan beliau yang kreatif dan bersahaja,mungkin bidang wartawan menjadi satu kelebihan kepada beliau untuk menulis lebih banyak entri dan berita.

Sebagai blogger perlulah kita menulis dengan jujur dan benar,pada hemat sayalah,jika kita menulis dengan jujur pasti ada balasan yang baik untuk kita.Aku bukanlah pandai sangat tapi sekadar menulis untuk berkongsi minat dan cerita,apa salahnya...

Dan yang best,blogs aku telah ada peminat tersendiri Baca sini .Terima Kasih kepada anda semua.

Sila sokong blogs Mr Zul Collection juga blogs saya.








Wednesday, August 29, 2012

Tip penjagaan barangan kulit

Penjagaan barangan kulit


Contoh sahaja


Di sini aku akan share sedikit tip penjagaan barang kulit..Ok untuk pengetahuan korang semua,barangan kulit memerlukan penjagaan rapi agar jangka hayat barangan kulit tersebut dapat tahan lama.Biasanya kalau korang pegi kedai menjual produk kulit,di sana ada menjual krim untuk barangan kulit.Krim ni harganya lebih kurang RM25~35 saja.


Jenama ini yang aku pakai  Krim pelembut

Tip penjagaan barang kulit :

1. Untuk beg tangan,beg @ wallet

- jangan letak kan terlalu banyak barang dalam beg tersebut.

- jangan biarkan beg kulit anda terdedah pada suhu yg panas,ini akan membuat material kulit akan kering dan pecah secara perlahan.

- Jika anda mahu menyimpan beg kulit anda untuk jangka masa yang agak lama,masukan kedalam sarung beg kapas(biasanya akan diberi semasa anda membeli beg kulit)

- satu bulan sekali perlu diletakan @ disapukan dengan krim (sila cari di kedai kulit.Biasanya krim berwarna putih)

Jenama lain



2. tali Pinggang

- Ok untuk tali pinggang pula,pastikan anda menebuk lubang tali pinggang tersebut mengikut ukuran pinggang anda dan jangan terlalu ketat.Jika terlalu ketat akan mengakibatkan struktur material kulit tali pinggang akan memanjang.Harus diingat semasa kita mengukur pinggang kita berdiri,dan apabila kita duduk,posisi badan kita sudah berubah,secara tidak langsung ini akan memberi tekanan kepada tali pingang kulit kita jika terlalu ketat.Ia juga akan mengakibatkan tali pinggang kulit cepat rosak.

Tool set

- Apabila mahu menyimpan tali pinggang kulit,sila gulung tali pinggang tersebut dan simpan di dalam almari @ tempat tertutup.

- Tali pinggang juga perlu disapu dengan krim kulit.



3. Kasut Kulit.

- Jangan letak @ simpan kasut kulit anda di dalam but @bonet kereta kerana bonet kereta panas.Material kulit akan kering,gam tapak kasut juga akan tercabut.Kalau tak percaya cuba lah anda buat..Tak sampai sebulan kasut kulit anda akan rosak.


contoh  pengilat kasut dipasaran.

- Selalulah anda kilatkan kasut anda,material bersifat lilin didalam pengilat membantu kasut kulit anda kalis air.(untuk kasut kulit bukan berwarna hitam,sila gunakan pengilat berwarna natural ia tidak akan mencacatkan warna asal kasut anda)

natural colour


- Apabila kasut kulit anda basah,jemur kasut anda segera.Masukkan kertas surat khabar yang telah direnyokkan.Jangan biarkan kasut anda tadi terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama,jemurkan kasut kulit anda ditempat yg redup bukannya cahaya matahari yg terik.




contoh  iklan



Selamat mencuba dan mendapat info berguna.
Nanti aku akan sambung.. Tajuk Teknik mengilat kasut kulit anda dengan betul...
Sila follow blogs saya..

Zul PPSL,





Taq :Kasut kulit,beg kulit,barangan kulit