Tuesday, August 27, 2013

Pengalaman memandu uji PROTON SUPRIMA S

gambar ni aku dapat dari paultan.org
SUPRIMA R

aku pun tak pasti bila Proton akan keluarkan model ni..

Cun, cantik dan menarik

Suprima S adalah dalam Segmen C

Suprima S yang aku pandu uji yang warna hitam  (gambar),teruja apabila memasukkan kunci di slot dan menekan "start button"klass  gitu..Deruman enjin 1.6 liter turbo dengan Pro Tonic Continuous Variable Tranmision untuk singkatan CVT memberikan 7 kelajuan gear Automatik.

Engine CamPro Turbo ini menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,00o RPM dan 205 Newton Meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 RPM amat berkuasa seperti kereta 2.0 liter.Satu pencapaian terbaik.Syabas PROTON...Siapa kata buatan Malaysia tak bagus...

Dan satu lagi CVT,mungkin ada yang tak tahu kan? CVT berfungsi melancarkan pergerakkan kereta semasa penukaran gear.Tiada lagi renjutan @ bahasa kasarnya senggukkan apabila penukaran gear belaku.

Mengambil selekoh memang mudah dan terasa amat selamat,aku sendiri terkejut dengan pestasi cemerlang Suprima S ini. Memang benarlah kata salesman Proton Edar macam bawa VW Golf pulak..Tahniah Proton!!!

Kepada anda pembaca, jangan  dengar cakap orang yang tak tahu menilai kereta, baik cuba sendiri. Secara keseluruhan Suprima S adalah hasil daripada kejuruteraan kereta terkini yang menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang diperakui oleh ANCAP dengan mendapat 5 bintang setaraf dengan jenama BMW.

Sebagai rakyat Malaysia aku amat berbangga yang PROTON sebuah syarikat Malaysia mampu menghasilkan kereta setaraf keluaran antarabangsa.

Dengan tawaran jaminan daripada PROTON selama 5 tahun atau 150,000 kilometer menjadikan Suprima S amat berbaloi dimiliki oleh anda semua!!! 

Uji pandu hari itu aku akhiri dengan memandu tenang di highway KESAS menuju ke PROTON COE ,USJ Subang.



Tags : Proton , Suprima S, Honda City 2013, Kelab Satria Neo, Proton Suprima S  vs Toyota Vios 2013



Saturday, August 24, 2013

Review Kehebatan PROTON SUPRIMA S


Apakah ciri-ciri keistimewaan Suprima S?

Kesempatan memandu uji model terbaru PROTON ini , aku gunakan sebaik mungkin untuk menilai dan memberi komen mengikut pengalaman aku memandu uji model Proton Suprima S ini.

Rekabentuk dan Luaran SUPRIMA S

Secara umum aku rasa semua tahu yang SUPRIMA S kelihatan seperti Proton Preve versi aeroback (merujuk ke model keluaran PROTON Wira ) Daripada komen orang ramai yang aku dengar,ada suka dan ada yang tidak.Biasalah bro.., Bila made in Malaysia semua orang komen negatif...Tapi pada pandangan aku PROTON telah pun menjalankan tugas dengan begitu baik sekali...Buktinya adalah PROTON PREVE dan yang terbaru PROTON SUPRIMA S ini.

Secara keseluruhan untuk rekabentuk dan luaran, aku nilaikan 7 , untuk skala 1 hingga 10.Dengan lampu depan yang "garang",bumper depan yang berbentuk "V"tirus adalah ciri-ciri kereta Jepun dan Eropah terkini...


Dengan lampu belakang yang jelas dan berbentuk segi empat panjang yang cantik amat sesuai untuk model terbaru ini.Ditambah pula dengan rim alloi 17 inchi yang menawan..Peh!! SUPRIMA S adalah terbaik....




Rekaan Dalaman SUPRIMA S.

Rekaan dalaman sesuatu kereta sebenarnya adalah perkara yang subjektif..Ini pendapat
peribadi aku,kalau korang tak setuju, itu korang punya pasal lah..hehe

Pengalaman pertama membuka pintu sebelah pemandu SUPRIMA S, adalah satu ruang yang luas dan tidak serabut mata..Dengan tone warna gelap dan sedikit warna perak menimbulkan rasa tenang dalam jiwa aku..Hehe,ditambah lagi dengan bau kereta baru..

Ciri-ciri seperti GPS yang dikuasakan oleh Android,wifi, 7 inci LCD untuk pemain DVD dan 4-6 speaker..Memang  terbaik daripada ladang...





6 beg udara,tingkap anti-perangkap, ABS,ESC dan tambahan bagi model premium
Park Assist dan kamera undur.




"padlle Shift" (Gear di steering) ciri-ciri kereta mewah dan sport.
Steering balutan kulit kemas beserta suis @ botton  untuk handfree dan volume ..
Panel meter yang menyala waktu siang mengelakkan mata silau dengan pencahayaan sederhana.


Rim alloy 17 inchi terbaik.. ABS



Harga :
SUPRIMA S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
SUPRIMA S 1.6 Executive (solid) RM76,338
SUPRIMA S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
SUPRIMA S 1.6 Executive (solid) RM79,638


Varian warna yang ditawarkan biru,merah,silver, putih dan hitam.Suprima S menjanjikan pemanduan yang selesa dan senyap..Seperti memandu model VW.


kreadit kepada  blogs Paul Tan : http://paultan.org

 * Beberapa data aku baca sini..


Nantikan pula post terbaru aku : Pengalaman memandu uji PROTON SUPRIMA S

BERSAMBUNG...


Tags : Suprima S,Proton Baru, Preve ,Model Baru ,Proton terkini , R3 , GTI Club , V6 Club



Thursday, August 22, 2013

PROTON SUPRIMA S..Terbaik daripada PROTON.


SUPRIMA S adalah model terbaru daripada PROTON.
Dilancarkan pada 17 Aug 2013 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Penasihat PROTON bersama Pengerusi  Eksekutif  PROTON Holding Berhad YgBerbahagia Tan Sri  Dato' Sri Haji Mohamad Khamil Jamil.


Engine 1.6 Turbo CamPro..Menjanjikan pemanduan yang terbaik.

Reka bentuk yang menarik dan "sporty"


Di bawah iklan rasmi PROTON SUPRIMA S

video

Secara eksklusif aku akan buat review detail berkenaan  SUPRIMA S ni...
Hasil daripada uji pandu aku sendiri...Dan akan aku post kan pelbagai gambar PROTON SUPRIMA..

Apa keistimewaan dan kelebihan ?
Apa yang membezakan SUPRIMA S dengan model lain?
Apakah ciri-ciri SUPRIMA S?

SEMUA PERSOALAN ITU AKAN TERJAWAP NANTI..
Dalam posting aku akan datang " Reveiw Kehebatan PROTON SUPRIMA S"




Tag : PROTON SUPRIMA S,suprima s, R3, Proton Malaysia,Waja,Gen 2,Wira SE Club


Tuesday, August 20, 2013

Kisah Cinta Abu Si Pemuda Miskin...


Alhamdulillah bertemu lagi kita..Hari ni hati aku senang untuk menulis..Aku beri tajuk "Kisah Cinta Si Pemuda Miskin"..

Al-kisah bermula ada seorang pemuda yang bernama Abu (bukan nama sebenar)walaupun miskin tapi beliau kaya dengan budi pekerti, rajin, tahu menghormati orang tua dan yang paling best alim..Ala-ala Ustad Don gitu..


Ustad Don
Sekadar Hiasan.

30 Minit bersama Ustad Don...TV Al-Hijrah
Nama Penuh :Don Danial Don Biyajid
Tarikh Lahir : 14 Nov 1984
Lahir di Bukit Mertajam P.Pinang

Abu tinggal di sebuah kampung di Negeri Perak.Rutin harian Abu adalah bekerja memanjat pokok ..Tak kiralah pokok apa pun..Asal pokok,pokok petai , pokok kelapa dan sebagainya.Dan yang bagusnya Abu sentiasa menunaikan solat fardu di masjid,tak kira macam mana pun beliau sentiasa ada di masjid.Hujan ke ,petir ke ...., dia tetap ada.

Ketekunan Abu sebenarnya telah lama diperhatikan oleh Pak Usop yang merupakan salah seorang pengusaha perniagaan di kampung tersebut. Pak Usop ada mempunyai seorang anak gadis bernama Nur Ain(Mirip Neelofa versi bertudung).Sedikit info tentang Pak Usop..Beliau memang mencari calon suami untuk anaknya.Pemuda-pemuda kampung yang lain memang ramai tapi tak ada seorang pun yang Pak Usop berkenan..Yelah,kalau aku jadi Pak Usop pun aku tak berkenan.





Pemuda-pemuda kampung  semuanya pemalas, makan nak sedap..Bangun pagi lewat,tahu nak bergaya je kerja malas..ada hati nak kahwin anak aku..kata Pak Usop dalam hati... 

Suatu malam selepas solat magrib, Pak Usop menegur Abu dan mengajak minum di warung di kampung...

" Abu, aku ni sebenarnya dah lama berkenan dengan ko ni..!!! " berseloroh Tegur Pak Abu..Sambil menghembus asap rokok Bensonnya berkepul-kepul...

Dalam hati hati Abu berdetik...(bila masa Pak Usop ni gay pulak ni..mampuh aku nih..)Abu hanya mampu diam..sambil menghirup kopi 'O' suam..(sambil memikirkan jalan untuk lepaskan   dirinya.....

" Senyap jer Abu...Aku tanya kau ni...Kau tak suka ke dengan anak aku..Nur Ain..? Tanya Pak Usop lagi....

A...pa?? Nur Ain??? Betul ke Pak Usop ni? @ Pak Usop saja nak buat lawak...hehh (Dalam masa yang sama Abu rasa happy sangat dah macam nak lari 4x100 meter pulak !! ) Nasib baik Pak Usop ada..Yelah terpaksalah Abu menjaga adab di depan bakal Pak mentua dia..hehehehhh...

Mana tak terkejut Abu, Nur Ain adalah gadis pojaan hatinya tapi disebabkan dirinya miskin dia hanya mampu menyimpan saja niatnya itu....Tapi dengan izin Allah SWT..Niat Abu tercapai jua...Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui segalanya.

Dipendekkan cerita, berkahwinlah Abu dan Nur Ain..Bahagialah mereka.Dikurniakan anak-anak yang comel dan taat perintah Allah.Dah besar pun..hehe... 

Moral of story :

1.Allah menjadikan kita kaya @ miskin adalah ujian di dunia, kalau miskin lain ujianNya.Bila kaya lain pulak ujian.

2.Tak kira kita buat kerja apa.., lawyer ke,doktor ke (keja yg halal) Allah tak pandang semua tu..Allah pandang amalan kita.

3.Hati kena bersih, baik dan sentiasa bersangka baik dengan orang lain..



...Abis dah...



( *Berdasarkan kisah yg ada kebenarannya )








Thursday, August 15, 2013

Indah Sungguh..Salam Syawal

Batu Zamrud...Keindahannya memang tidak dapat dinafikan lagi..Menjadi impian bagi pengemar @ peminat batu cincin.
Zamrud juga adalah lambang cinta sejati dan kebijaksanaan..

Batu Fairuz..Keindahanmu memang nyata..

Akik Yaman Hitam.Apa keindahan dan khasiatnya?



Salam Syawal kepada semua sahabat & pembaca blogs, semoga dengan kedatangan Syawal kali ini membawa seribu rahmat dan kesejahteraan kepada Tuan- Tuan dan keluarga.

 - Admin Sesikulipat -

Aku tujukan khas lagu raya ni buat semua pembaca blogs sesikulipat : Raya yang Sempurna WINGS