Wednesday, August 29, 2012

Tip penjagaan barangan kulit

Penjagaan barangan kulit


Contoh sahaja


Di sini aku akan share sedikit tip penjagaan barang kulit..Ok untuk pengetahuan korang semua,barangan kulit memerlukan penjagaan rapi agar jangka hayat barangan kulit tersebut dapat tahan lama.Biasanya kalau korang pegi kedai menjual produk kulit,di sana ada menjual krim untuk barangan kulit.Krim ni harganya lebih kurang RM25~35 saja.


Jenama ini yang aku pakai  Krim pelembut

Tip penjagaan barang kulit :

1. Untuk beg tangan,beg @ wallet

- jangan letak kan terlalu banyak barang dalam beg tersebut.

- jangan biarkan beg kulit anda terdedah pada suhu yg panas,ini akan membuat material kulit akan kering dan pecah secara perlahan.

- Jika anda mahu menyimpan beg kulit anda untuk jangka masa yang agak lama,masukan kedalam sarung beg kapas(biasanya akan diberi semasa anda membeli beg kulit)

- satu bulan sekali perlu diletakan @ disapukan dengan krim (sila cari di kedai kulit.Biasanya krim berwarna putih)

Jenama lain



2. tali Pinggang

- Ok untuk tali pinggang pula,pastikan anda menebuk lubang tali pinggang tersebut mengikut ukuran pinggang anda dan jangan terlalu ketat.Jika terlalu ketat akan mengakibatkan struktur material kulit tali pinggang akan memanjang.Harus diingat semasa kita mengukur pinggang kita berdiri,dan apabila kita duduk,posisi badan kita sudah berubah,secara tidak langsung ini akan memberi tekanan kepada tali pingang kulit kita jika terlalu ketat.Ia juga akan mengakibatkan tali pinggang kulit cepat rosak.

Tool set

- Apabila mahu menyimpan tali pinggang kulit,sila gulung tali pinggang tersebut dan simpan di dalam almari @ tempat tertutup.

- Tali pinggang juga perlu disapu dengan krim kulit.



3. Kasut Kulit.

- Jangan letak @ simpan kasut kulit anda di dalam but @bonet kereta kerana bonet kereta panas.Material kulit akan kering,gam tapak kasut juga akan tercabut.Kalau tak percaya cuba lah anda buat..Tak sampai sebulan kasut kulit anda akan rosak.


contoh  pengilat kasut dipasaran.

- Selalulah anda kilatkan kasut anda,material bersifat lilin didalam pengilat membantu kasut kulit anda kalis air.(untuk kasut kulit bukan berwarna hitam,sila gunakan pengilat berwarna natural ia tidak akan mencacatkan warna asal kasut anda)

natural colour


- Apabila kasut kulit anda basah,jemur kasut anda segera.Masukkan kertas surat khabar yang telah direnyokkan.Jangan biarkan kasut anda tadi terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama,jemurkan kasut kulit anda ditempat yg redup bukannya cahaya matahari yg terik.




contoh  iklan



Selamat mencuba dan mendapat info berguna.
Nanti aku akan sambung.. Tajuk Teknik mengilat kasut kulit anda dengan betul...
Sila follow blogs saya..

Zul PPSL,





Taq :Kasut kulit,beg kulit,barangan kulit


  


No comments:

Post a Comment