Sunday, August 12, 2012

Brother Zack yang budiman...Terima kasih bro..

gambar aku pinjam dari RDCLUBMALAYSIA
Zack Kool.

Terima kasih kepada Brother Zack pelakon Roda-Roda Kuala Lumpur kerana membantu saya..Ceritanya macam ni,aku ,wife dan anak-anak ada urusan di Ampang,tapi aku tersesat di area Pandan Indah.

Aku menegur seorang lelaki melayu bersama anaknya,dan tak sangka pulak beliau adalah Pelakon Zulkifli @ Zack Kool http://ms.wikipedia.org/wiki/Kumpulan_Kool .Budi bahasa beliau memang aku respek.Beliau bersungguh membantu aku untuk tunjuk kan arah alamat yang aku hendak pergi. 

Dan yang paling aku terharu..Beliau minta handphone aku untuk beliau check gps beliau..
siap call aku balik untuk pastikan aku jumpa tempat yang aku cari..
Aku respek artis yang macam beliau.Sebelum ni artis yang aku pernah jumpa semuanya tidak sombong antaranya tentulah WINGS,Amy Search dan Akim..






Sekali lagi,aku ucapkan terima kasih kepada beliau.Aku berharap beliau terus sukses dalam bidang lakonan.


1 comment: