Thursday, March 31, 2011

Orang Kita




Semalam..Jam 9.30pm aku keluar jumpa dengan Bro Zul Azri..kat mamak seksyen 18 Shah Alam
Perkembangan terbaru Wings sekarang ni sibuk buat prepare untuk show kat Istana Budaya..(Tak leh nak ganggu diorang)
Tiket RM65,RM85 dan RM165 dah sold out beb…So ,kepada yg belum beli..paham-paham je la kan..(Beli la cepat..!!)
(Semalam aku dah booked tiket RM205 dua tiket..)Sabtu malam..Tak sabar rasenya nak tengok rockers2 Malaysia
Bergabung tenaga untuk Konsert ni..Ada Nash,Man Kidal (Lefthanded),Kid(Search),Ramli Sarip,Azlan Type Writer(Dulu Meet Uncle Hussin),
Sifu M.Nasir ,Mus,Mel dan semestinya Wings..(Ex-Wings dan Superfriends)

Korang nak info terkini dan eksklusif pasal Wings korang kena follow blogs aku http://sesikulipat.blogspot.com/ dan selalu lah pegi ke http://www.sayap2wings.com

*Sidang Media untuk Konsert Opera Hidup akan diadakan lagi..Dalam waktu terdekat..
Nantikan ulasan dan gambar2 Wings kat blogs aku..

“ Orang Kita ”

Tuesday, March 29, 2011

blog-blog member

As salam..


nak kongsi info sikit .. biasanya kalau aku  rasa bosan .. aku  jalan-jalan kat laman blogs di bawah ni..Lagi pun bukan kena bayarkan..Kalau pegi shopping complex dah tentu minyak,tol dan parking lagi..hehe,





Aku tahu,ramai peminat Ray-Ban kat luar sana tu..Dan blog kat bawah ni pun bukan orang lain,
member-member  jugak..hehe





.Nak cari Ray-Ban Original ,berkualiti dan harga berpatutan :


  http://raybanworld.blogspot.com/
  http://myvintageraybancollection.blogspot.com
  http://apiqozai.blogspot.com/
  http://raybansyndicate.blogspot.com/


Aku memang respek dgn koleksi Ray-Ban diorang nih.Kira tahap dewa...Bro..


Koleksi yg rare giler..



General MacArthur

General MacArthur
Inilah dia "culprit" yang mempopularkan Ray Ban model Outdoorsman
 yang menjadi "cult status" seluruh dunia sehingga ke hari ini.



Ray-Ban Wings..

Awie memakai Ray-Ban Wings


Mr Zul Pat-Pat Siku Lipat

Thursday, March 24, 2011

Sidang Akhbar kedua Untuk Konsert Akustik Wings Opera Hidup Istana Budaya

21 Mac 2011 ,2.30 Petang bertempat di Istana Budaya,satu   Sidang Akhbar yang kedua untuk Konsert Akustik Wings Opera Hidup Istana Budaya..Wings dan Superfriends..
Kelibat Ramli Sarip,Nash,Man Kidal,Kid (Search),Azlan The Typewriter dan ramai lagi..Untuk lebih lanjut saksikan Melodi hari ahad ni..


*sorry aku tak bawa kamera la pulak..hehe,ni ada satu gambar je..Itu pun guna  hanset jer…Kalau tak silap aku, kat Melodi ahad ni akan keluar berita  sidang akhbar Wings kat IB ni…
Korang tengok jer kat tv… 
Poster Wings IB

Terima kasih sekali lagi kepada Bro Zul Azri ( Admin SSW) kerana sudi jemput aku ..ke PC kali ni..
Kepada Wings Fans kat luar sana..Cepat dapatkan tiket..Rugi tu kalau tak pegi..
...cube crete..cube crete...kate Husin...hehe

Mr Zul Pat-Pat Siku Lipat

Kemeja Tommy Hilfiger


Kemeja Tommy Hilfiger for sale 

Harga RM 89 (HOLD)
Value for money



Lebar 20 1/2 Inch
Panjang 30 1/2 Inch
Bahu 18 1/2 Inch 
Size M UK 




Butang putih mutiara berkilat,100% Original Item



Mr Zul 012 255 8069

Wednesday, March 23, 2011

Ralph lauren kemeja original

Harga sold
Value for money

Lebar 20 1/2 Inch
Panjang 30 1/2 Inch
Bahu 18 1/2 Inch 
Size M UK 
Butang putih mutiara berkilat,100% Original Item


 Cun dan bergaya..


pakai pegi ofis cun nih..kuda hijau disulam cantik..



Promosi 2 kemeja 1 harga..hehe
Ralph Lauren + Tommy Hilfiger RM sold..Ada berani?(HOLD)Booked by Mr Rostam,Kuala Rompin.


Sama cantik sama padan..Dalam 1 harga..2 jenama yang ada kelas tersendiri..


Bak pepatah melayu bagaikan pinang dibelah dua.. Duduk sama rendah,berdiri sama tinggi..hehe

Dua beradik lain mak,lain bapak..hehe,selalu bergaduh tapi cepat berbaik..
tiada kena mengena dgn yg hidup@mati..hehe rekaan semata-mata..


Hilfiger&Lauren..Siapakah yg sudi menyunting mereka?


berminat call mr zul cepat..

Monday, March 21, 2011

Ralph Lauren T-Shirt Kelabu original


for sale rm50 with pos laju..
Condition 9/10 tip top..
colour kelabu,butang putih mutiara..
"Lebih nilai untuk wang anda"..untuk baju macam ni..betul tak?


size M can fix to L..original..dijamin..di Pat-Pat Siku Lipat semua item adalah original..hehe
promosi sikit..Ralph Lauren tu..


Berminat jangan malu@segan call saya..mr zul 012 255 8069

Friday, March 18, 2011

Levis Engineered skirt Jeans


Sekali pandang macam seluar,rupa-rupanya Levis Engineered skirt Jeans..Sebenarnya aku secara
tidak sengaja beli skirt ni..Size 28 Panjang 29 ...Memang best..Sebab memang size dengan wife aku..
Dipendekkan cerita aku hadiahkan untuk dia..


Kain skirt ni macam baru beb..suka betul wife aku..hehe


Made in Japan..Korang nilai sendiri ar..Kalau di butik Levis,berapa harganya??


Poket belakang hanya satu sahaja..Dan masih mengekalkan ciri-ciri tulang sengget..

Mr Zul...


Sunday, March 13, 2011

Levi's 501 Jeans Kain Pasir


Jeans 501 kain pasir RM150 nego
size 33 panjang 32 kaki 16
kain lembut colour biru muda lusuh..
cantik digayakan pergi kenduri mahupun pegi shopping..hehe

label sebelah dalam menceritakan size,panjang,made..

bahagian belakang..


 Depan seluar yg cun...
Bahagian poket dalam yg putih bersih..,ditawarkan dgn harga rm 150 nego
501 tu..bukan 505 tau...

Harga tu boleh cerita lagi ok...




Friday, March 11, 2011

Kisah poket Kecil Jeans Levi's

levis501
 Levi Strauss


Cuba perhatikan, selalu saku kecil di saku seluar jeans sebelah kanan. Sebenarnya saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tampalan untuk menambah  gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans. Namun,sebenarnya sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880, setelah jeans masuk ke Amerika Serikat (AS) tahun 1872.

levi-strauss1
Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Italia tahun 1560-an. Kain seluar ini dipakai oleh angkatan laut. Orang Francis menyebut seluar ini dengan sebutan "bleu de Génes", yang bererti biru Genoa. Meski tekstil ini pertama kali diproduksi dan dipakai di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mencuba nasibnya ke San Francisco sebagai pedagang pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.



Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, selimut yang dibuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja tambang emas. Dan ternyata para pekerja menyukainya karena seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak. Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut "Genes", yang oleh Strauss diubah menjadi "Blue Jeans".



Di sinilah pelombong emas amat menyukai 
seluar buatan Strauss dan "menobatkan" seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong emas. pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan "those pants of Levi`s" atau "Seluar Si Levi". Sebutan inilah yang mempegaruhi  dagang pertama seluar  jeans pertama di dunia itu.

Naluri bisnes Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha  Jakob Davis(Ben Davis) untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan fabrik seluar jeans pertama. Dan produk design mereka yang pertama adalah "Levi`s 501".



Produk design Levis 501 pertama memang dikhususkan bagi para pelombong emas. Seluar ini memiliki 5 saku , 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan,diperuntukkan bagi para pelombong, poket ini tentu bukan untuk bergaya. Tetapi poket kecil ini untuk menyimpan ketulan emas yang berukuran kecil. Meski kini jeans Levi's masih mengekalkan identiti ini sebagai "trademark" jeans itu. 
James Dean ikon Levis satu ketika dulu..

Ben Davis

Ben Davis Manufacturing was founded in 1935. The Davis family has been involved in the US garment industry since the mid 1800s. Company Founder Ben Davis' grandfather Jacob Davis was instrumental in the creation of the original Levi's Jeans.


In 1870 Jacob Davis settled in Reno tailoring fine clothing and manufacturing utilitarian items such as tents and horse blankets from "duck" (a sturdy cotton fabric) with copper rivets for added strength.


In the late 1870s a woman came to him for a pair of "cheap" pants for her "large" husband who had the habit of going through pants rather quickly. Having found that thread alone did not always adequately hold the pockets onto work pants, Jacob decided to try out rivets, which had proven their worth on horse blankets on the pockets for these pants.


By 1871 Davis was routinely using rivets on the pants he made, first on duck, soon after on denim, and was beginning to be imitated by other tailors. He contacted Levi Strauss, his fabric supplier, to help him apply for a patent. The patent was approved in 1873. Levi invited Davis to San Francisco to oversee production of the riveted pants for the Levi Strauss and Company. Davis continued to supervise the Levi Strauss factory until his death in 1908, the same year that the rivet patent went into public domain.
  

Tuesday, March 8, 2011

Kemeja Polo Ralph Lauren for sale

rare item..
New old stock


Kemeja Polo Ralph Lauren  berwarna biru gelap NOS for sale 

Harga RM SOLD
Value for money

Lebar 20 1/2 Inch
Panjang 30 1/2 Inch
Bahu 18 1/2 Inch 
Size M UK 
Butang putih mutiara berkilat,100% Original Item



*Item sold to Roslan Daud,Segambut ,KL





Monday, March 7, 2011

Semanis sebiji Epal.

Pertemuan dua hati oleh Allah swt melalui sebiji epal....

"Indah sungguh suasana di tepi sungai ini. Airnya mengalir tenang dan anginnya bertiup lembut. Biarlah saya duduk di sini untuk berzikir kepada Allah," kata Abu Salleh sendirian lalu duduk di tepi sungai.

Sungai itu terletak di sebuah pekan kecil bernama Jilan. Di situlah tempat tinggal Abu Salleh.
Dia berasal dari keturunan Imam Hassan, salah seorang cucu Nabi Muhammad.

Ketika dia sedang berzikir, terpandang olehnya sebiji epal hanyut di tebing sungai. Perutnya yang memang belum diisi sejak awal pagi berbunyi beberapa kali. "Mungkin ini rezeki untuk saya," katanya lalu mengambilnya.

Abu Salleh memakan sebiji epal itu sehingga habis. Tiba-tiba dia berdiri dengan wajah yang terkejut, "Saya memakan epal ini tanpa izin tuannya. Tentu pemilik epal ini berada di hulu sungai."

Abu Salleh berjalan menyusur tebing sungai menghala ke hulu sambil memerhati kesekeliling kalau-kalau ada pokok epal di situ. Jauh dia berjalan meninggalkan pekan Jilan. Dia terus berjalan sehingga akhirnya dia menemui sebuah ladang epal

"Syukurlah akhirnya saya menemui ladang epal.
Saya yakin epal yang saya makan tadi datang dari ladang ini. Lebih baik saya segera menemuinya."

Abu Salleh terus memasukki ladang epal itu dan menemui pemiliknya. Pemilik itu bernama Sheikh Abdullah, berasal dari keturunan Imam Hussin, salah seorang cucu Nabi Muhammad juga. Beliau ialah seorang yang kuat beribadat dan disegani oleh penduduk di kawasan itu.

"Saya memohon maaf dan mohon dihalalkan sebiji epal yang saya memakannya," pinta Abu Salleh kepada Sheikh Abdullah.

Sheikh Abdullah memerhatikan Abu Salleh untuk beberapa ketika lalu tersenyum.
Dia menarik nafas panjang dan berkata, "Saya boleh memaafkan saudara dengan satu syarat."

"Katakanlah apakah syarat itu? Saya akan memenuhinya."

"Saya mahu saudara bekerja di ladang epal ini selama dua belas tahun!"

Tanpa banyak soal, Abu Salleh mengangguk dan menyatakan persetujuannya. Bekerjalah Abu Salleh di ladang epal milik Sheikh Abdullah itu selama dua belas tahun dengan penuh amanah dan tanggong jawab. Sheikh Abdullah memerhatikan tingkah laku Abu Salleh sepanjang tempoh itu dan mula tertarik hati. Dia bercadang untuk mengahwinkan puterinya dengan Abu Salleh.

Akhirnya tamatlah tempoh dua belas tahun lalu Abu Salleh menemui Sheikh Abdullah.
"Saya sudah menunaikan syarat tuan. Halalkanlah epal yang saya makan itu."

Sheikh Abdullah terpegun dengan kata-kata Abu Salleh yang jelas menggambarkan dia adalah seorang anak muda yang jujur lalu dia berkata, "Saya akan mengenakan satu lagi syarat ke atas saudara."

"Katakanlah syarat itu, saya akan tunaikan."

"Syaratnya ialah, saudara mesti mengahwini puteri saya. Tetapi biarlah saya berterus-terang tentang keadaan puteri saya itu."

"Katakanlah! Saya akan mematuhinya."

"Puteri saya bernama Ummu Khair Fatimah. Dia seorang yang lumpuh, pekak, buta dan bisu. Mahukah saudara mengahwini puteri saya itu sebagai syarat kedua untuk saya memaafkan saudara?"

Sejenak Abu Salleh termenung membuatkan dada Sheikh Abdullah berdebar-debar. Akhirnya Abu Salleh memandang ke arah Sheikh Abdullah dan tersenyum, "Saya akan mengahwini puteri tuan sekiranya tuan menghalalkan sebiji epal yang saya makan tanpa izin dua belas tahun yang lalu."

"Baiklah. Saya akan menghalalkan sebiji epal yang saudara makan itu sekiranya saudara mengahwini puteri saya."

Maka berlangsunglah satu majlis perkahwinan di antara Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah. Pada malamperkahwinan itu, Abu Salleh masuk ke bilik pengantin dan memberi salam.kepada isterinya. Sebaik sahaja isterinya menoleh ke arahnya. Wajah Abu Salleh berubah kerana dia amat terkejut lalu berlari ke ruang tamu menemui bapa mertuanya, Sheikh Abdullah.

"Adakah seorang perempuan lain di dalam bilik pengantin? Di manakah isteri saya yang lumpuh, buta, pekak dan bisu itu?"

Sheikh Abdullah tersenyum mendengar pertanyaan Abu Salleh lalu menjawab, "Perempuan yang berada di dalam bilik pengantin itu ialah puteri saya, Ummu Khair Fatimah. Saya mengatakan dia lumpuh kerana kakinya tidak pernah menjejak ke tempat maksiat.
Saya mengatakan dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar perkara yang terlarang. Saya katakan dia buta kerana dia tidak pernah melihat perkara yang haram dan saya mengatakan dia bisu kerana dia tidak pernah menuturkan sesuatu yang sia-sia."

Tersenyumlah Abu Salleh sebaik sahaja Sheikh Abdullah menghabiskan kata-katanya lalu dia menadah tangan, "Ya Allah! Hambamu mengucapkan syukur yang tidak terhingga!"

Hasil perkawinan Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah ini lahirlah seorang ahli agama yang terkenal diberi nama Sheikh Abdul Kadir Jailani.
Beliau digelar Mahyuddin yang bermaksud, Yang menghidupkan Agama!

Friday, March 4, 2011

cawan atau air??

4 punca hidup manusia tidak tenteram

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka.. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

 
Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!"

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

#
Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

#
Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

#
Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

#
Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah.