Wednesday, January 5, 2011

Lagu Belenggu Irama (1987) Album Pertama Wings






Belenggu Irama



Hari-hari bagaikan berlari

Tiada sesaat berhenti
Aku yang masih berdiri
Tiada arah yang pasti


Apakah aku sudah mati

Dalam dunia ini
Biarpun masih berdiri
Tiada siapa peduli



Aku terikat tanpa tali

Aku berdiri tanpa bumi
Aku berkata tanpa suara
Aku menangis tanpa airmata


Apakah aku sudah mati

Dalam dunia ini
Biarpun masih berdiri
Tiada siapa peduli


Perintahmu adalah belenggu

Menggenggam ku dengan kuasamu
Membuat aku menjadi layu
Dalam suasana yang masih baru


Bilakah akan berhenti bicara

Untuk melihat apa yang melanda
Angkaramu kepada irama
Yang telah beku
Selama kau berkuasa





Sejarah penubuhan Kumpulan Wings bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situlah empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll di sepanjang persembahan yang mereka lakukan. Bermulalah kelahiran kumpulan Wings tetapi kumpulan ini masih belum mempunyai nama.

Anggota asal kumpulan Wings ialah Awie, Jojet, Jo, Syam dan Affife (Nama sebenar Affife Juraimy - pemain tamborine). Affife seterusnya hilang minat untuk bermain muzik dan sekarang bekerja di salah satu telco di ibukota. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet telah berhijrah ke kumpulan Gersang dan Jo mengundurkan diri.

Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini. Ilham penggunaan nama WINGS sebagai nama kumpulan dicetuskan oleh Awie apabila orang ramai selalu menegurnya kerana lengannya yang berotot atau lebih tepat seperti 'sesayap' (wing). WINGS bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama dengan bantuan 2 anggota baru iaitu Eddie dan Black yang menggantikan tempat Jojet dan Jo selain Awie dan Syam selaku anggota asal. Pada masa itu, pengurus kumpulan WINGS adalah Bob Lokman.

Pada ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti Wings sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanahair. Wings tampil dengan kelainan tersendiri dimana muzik yang dibawakan oleh mereka cukup mantap walaupun ini adalah album pertama.

Dengan susunan muzik yang baik dan vokal yang bertenaga serta dibantu oleh penggubah terkenal seperti M. Nasir, J.S Kevin, perjudian pertama Wings di persada seni tanahair menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu-lagu mereka tidak dibenar penyiarannya di radio dan TV oleh RTM, pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang `Belenggu Irama` ini.

Lagu-lagu seperti 'Belenggu Irama', 'Intan Ku Kesepian' dan 'Peronda Jaket Biru' adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia ketika itu. Pihak RTM tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu-lagu Wings atas alasan lirik, lagu dan latar belakang Wings yang dikatakan keterlaluan dan tidak menepati syarat untuk disiarkan. Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, Wings berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran, album ini dikatakan telah terjual lebih 60,000 unit.

Selepas itu, populariti Wings terus meningkat. Konsert mereka sentiasa mendapat perhatian ramai dan rata-rata para peminat amat terhibur dengan persembahan Wings yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.

Akan tetapi, tidak berapa lama selepas itu pertukaran ahli berlaku dimana Sham yang sebelum ini bertindak sebagai pemain gitar telah menarik diri dan kekosongan ini digantikan oleh Joe, seorang gitaris kidal belasan tahun yang sebelum itu merupakan anggota kumpulan rock Scandals. Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan Wings kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar.



Penyanyi Utama
Awie (Ahmad Azhar Othman) 1985 - 1993. 2002 ~sekarang
Mel (Ismail Zainuddin) 1995 - 1996
Mus (Mustafa Din) 1996 - 2001

Pemain Gitar
Sham (Sham Baharom) 1985 - 1987
Tham Wing Kwan 1987 (Tiada Album)
Joe (Abd Zamin Abd Kadir) 1988 -
Pemain Bass
Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris) 1985 -
Pemain Dram
Black(Azmi Hashim) 1985 - 1990. 1994 ~ sekarang
Jojet 1990 - 1993

Berikut diceritakan secara ringkas sejarah angota kumpulan Wings. Joe pernah manganggotai kumpulan Scandals sebelum memasuki Wings. Black keluar dari Wings setelah album Teori Domino dikeluarkan dan digantikan dengan Jojet, bekas ahli kumpulan Gersang. Beliau kembali menjadi pemain dram Wings pada tahun 1994 setelah Jojet pula keluar dari Wings.

Sejarah pertukaran penyanyi utama kumpulan Wings cukup menarik. Awie yang sudah cukup sebati dan merupakan salah satu imej kumpulan muzik ini, tiba-tiba meninggalkan Wings di kala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Bazooka Penaka. 2 tahun kemudian barulah pengganti Awie ditemui. Mel, penyanyi berbakat yang sudah lama menceburi bidang nyanyian secara tak langsung dipilih menjadi penyanyi utama Wings dan album Orang Asing di hasilkan.

Walaubagaimana pun jodoh Mel dengan Wings tidak kekal berpanjangan. Tidak lama selepas itu, Mel keluar dari Wings dan Wings bernasib baik kerana tempat beliau diganti oleh Mus, bekas penyanyi utama kumpulan May yang seangkatan dengan Wings. Sebenarnya telah lama kedengaran ura-ura yang Mus akan memasuki kumpulan Wings. Sebab itulah setelah Mel dan Wings nyata tidak serasi, Mus segera menerima tawaran dari Wings untuk bersama 3 lagi anggota Wings meneruskan misi perjuangan mereka di bidang seni tanahair. Sebanyak 6 buah album termasuk satu album komplimasi sudah dihasilkan dalam tempoh pembabitan Mus bersama Wings dan vokal Mus makin serasi dengan muzik Wings. Album terakhir Mus bersama Wings adalah Mr. Barbarik. Mus kemudian kembali ke kumpulan asalnya, May dan tempatnya digantikan semula oleh penyanyi asal Wings, Awie. Dengan penggabungan kembali Awie sebuah album telah terhasil, Naga Kramat. Kini Kumpulan Wings masih lagi diterima peminat-peminat yang merindukan zaman kegemilangan mereka.

Senarai anggota terkini pada tahun 2007 sehingga sekarang adalah :-

1) Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris)
2) Awie (Ahmad Azhar bin Othman)
3) Joe (Abd Zamin Abd Kadir)
4) Black(Azmi Hashim)

Album :-

1) Belenggu Irama (1987)
2) Hukum Karma (1989)
3) Teori Domino (1990)
4) Best Of Wings (1990)
5) Jerangkung Dalam Almari(1991)
6) Double Trouble (bersama Kumpulan Search)(1992)
7) Bazooka Penaka (1993)
8) Wings & Superfriends 1 (1994)
9) Wings & Superfriends 2 (1994)
11) Orang Asing (1995)
12) Biru Mata Hitamku (1996)
13) Puisi Aidilfitri (1996)
14) Double Trouble 2 (bersama Kumpulan Search)(1997)
15) Mencari Asal Usul (1998)
16) MasterPiece Wings & J.S Kevin (1999)
17) Mr.Barbarik (2000)
18) Trilogi (2001)
19) Naga Kramat (2003)
20) Wings Alive 2k6 @ Orange Club (2007)

Anugerah :-

1. Tempat Kedua dan Ketiga Persembahan Terbaik - Juara Lagu 1989

Dua lagu dari album Hukum Karma iaitu Taman Rasyidah Utama dan Misteri Mimpi Syakilla telah layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu. Persembahan Wings pada malam itu cukup menarik walaupun baru pertama kali melayakkan diri ke peringkat akhir. Menerusi 2 lagu tersebut, mereka memenangi tempat ke-2 dan ke-3 dalam kategori persembahan terbaik.

2. Tempat Ketiga Lagu Terbaik, Juara Persembahan Terbaik - Juara Lagu 1990

Setelah album Hukum Karma berjaya menaikkan nama Wings di persada seni tanahair, 2 tahun berturut-turut mereka berjaya mara ke peringkat akhir Juara Lagu. Kali ini mereka mempertaruhkan lagu Sejati dari album Teori Domino.

Seperti yang diramal, lagu ini memenangi anugerah persembahan terbaik dan tempat ke-3 dalam kategori lagu terbaik.

3. Anugerah Rakaman Album Terbaik - Anugerah Industri Muzik (AIM) 1993

Pada tahun pertama Anugerah Industri Muzik ini, album Wings `Bazooka Penaka` menerima pencalonan paling banyak dalam pelbagai anugerah selain dari album `Double Trouble`. Walau bagaimanapun, hanya satu anugerah yang dimenangi oleh Wings iaitu Anugerah Rakaman Album Terbaik.

4. Anugerah Kulit Album Terbaik - Anugerah Industri Muzik 1996

Pada kali ini, Wings memenangi Anugerah Kulit Album terbaik menerusi album Biru Mata Hitamku, album pertama yang menampilkan Mus sebagai vokalis. Rekabentuk album dihasilkan oleh Bombay. Ianya ternyata cukup menarik sejajar dengan tajuk album di mana logo Wings yang di tengahnya diletakkan sepasang mata yang mata hitamnya berwarna biru. Di tepinya terdapat satu pantulan cahaya dan latarbelakang kulit album ini ialah bentuk 3D logo Wings berwarna biru.

SOKONGLAH INDUSTRI MUZIK KITA 




Kata Carian @ Tags : Sejarah Penubuhan Wings , Bazooka Penaka , Belenggu Irama , Joe Wings , Mus May , Awie Wings , Black Wings , Pat-Pat Siku Lipat , Eddie Wings , Linda J Rasul , Angrik Event , Sejati ,Best of Wings , Hukum Karma , Paduka Ayahanda Awie , J.S Kelvin , M.Nasir ,Bob Lokman ,Istana Budaya Malaysia , AIM ,RTM , TV1 RTM Malaysia , 1 Wings , Naga Kramat , Biru Mata Hitamku , Ranjau Penuh Duri ,Kuburkan Aku ,Hantu Kak Limah ,Awie Raja Lawak , Merah , OIC , Sekolah Menengah Sri Ampang ,Ranting Ukay Perdana , Man Kidal ,Sayap2Wings , Fly Wings 

6 comments:

  1. caya lah awie..lu memang rock..

    ReplyDelete
  2. Mintak Sham join Wings semula la...lagi power..

    buahpillior 1 week ago
    @payatt1011

    Betul!!! markah penuh utk anda!! : - )

    creedveins 3 weeks ago
    sham ni bkn lepas tu jadi guitarist farenheit ke?

    genkifru 3 weeks ago
    Album Belenggu Irama Opie Bloodshed yg main. Syam cuma main lagu Biarkan Berlalu je.

    payatt1011 2 months ago
    lagu dalam album wings belenggu irama memang bagus tapi aku dengar cita dia punya goreng opie bloodshed yang main......betul ke?

    azmibinismail 2 months ago
    Awie belengu irama nyanyikan bust you knock

    MrJamalee123 3 months ago
    sham wings...wlaupn org kata joe wings lebih mantap dr dia tp sham la yg mengatur muzik gitar tuk kumpuln wings.....dia bwk lgu intanku kesepian, biarkan berlalu....belenggu irama.....seterusnya memudahkn keje joe wings tuk mengoreng gitar tuk wings mengikut rentak muzik identiti wings

    mnizam86 3 months ago
    seronok tul tgok joe ngan syam begabung...peh!

    mtvGOMBAK 6 months ago
    View all Comments »
    1 2 3 4 5 6

    ReplyDelete
  3. bravo.. u r wingers.. i love wings since 1987..

    ReplyDelete
  4. untuk pengetahuan semua lagu "Belenggu Irama"
    dicipta spontan semasa WINGS lepak-lepak di Tasik Titiwangsa..."ulasan Bro Awie semasa di Istana Budaya...

    ReplyDelete
  5. sham main lagi best

    ReplyDelete
  6. sham main lentok jew

    ReplyDelete