Sunday, January 8, 2012

Album Wings Hukum Karma yang penuh dengan nostalgia...


Album: Hukum Karma (1988) ASP
1. Opera Hidup
2. Misteri Mimpi Syakilla
3. Jerangkap Samar
4. Hikayat Penuh Ranjau
5. Sembunyi
6. Hukum Karma
7. Orang Kita
8. Taman Rashidah Utama
9. Fotostat
10. Anugerah


Awie,Joe,Black & Eddie
(gambar masa bujang senang)


Album Hukum Karma inilah yang banyak kenangan dalam hidup aku..Dikeluarkan pada tahun 1988.Sebenarnya album inilah yang membuatkan aku meminati Wings sehingga kini.
Aku masih ingat lagi,kerana album inilah aku minta abah aku beli...dan  inilah kaset pertama dalam hidup aku.Zaman dulu mana ada CD semuanya kaset..

Dengan penuh rasa kasih sayang seorang ayah kepada anak,abah aku pergi ke pekan Sungkai carikan kaset album ini..Bila aku tengok je cover kaset ni aku teringat kat abah aku..Sekarang aku pun dah jadi ayah,aku
faham bagaimana perasaan seorang ayah yang mahu gembirakan hati anaknya...huhuhu.

Aku ada dengar yang Wings akan mengeluarkan album baru pertengahan tahun 2012 ini,so,sama-samalah kita nantikan..Buat Brother Wings,terima kasih di atas karya seni dan muzik rock yang dibawa..Aku percaya,peminat-peminat Wings kat luar sana pun sama menantikan album terbaru Wings,maklumlah mereka telah lama tidak mengeluarkan album baru(hampir sepuluh tahun)


klik sini untuk lihat barang yang aku jual...

untuk perfume murah klik sini ye...

untuk lihat gambar aku & family with Brother awie klik sini

No comments:

Post a Comment