|
Setelah penat bekerja...Inilah yang aku rindu...Sofa aku...tempat aku mehilangkan penat lelah..hehe |
Kenapa aku suka pakaian bundle?Aku pun pening nak jawap..Tapi jawapan sebenarnya kenapa aku suka pakaian bundle adalah kerana pakaian bundle adalah unik,selesa,berkualiti dan best..Aku sendiri pun pernah membuat kajian,kenapa ramai orang lebih mengemari pakaian bundle....60% daripada mereka(pengemar bundle) setuju yang pakaian bundle unik,berjenama,original dan best.
Aku sendiri,dah memang pengemar bundle tegar...Dulu sebelum berniaga,aku memang pengumpul pakaian bundle..kadang-kadang sampai bertekak dengan wife aku,ye lah mana tak marah wife aku..Aku punya seluar jeans saja dah sampai satu almari penuh..Korang sebut jer,kain pasir,kain guni,kain minyak semua aku ada..Jenama pulak macam-macam..Edwin,Lee,Wrangler,Big John,True Religgion,Evisu,Denime,Samurai,Lee Cooper dan Levis tak payah cakap lah..
|
Antara jenama jeans yang aku pakai dan suka...T.R.J |
Bukan aku nak bangga diri,tapi disini aku nak tunjukkan betapa minat aku kepada bundle,itu sebab aku anti bila oraong kutuk barang bundle...Aku rasa penggemar bundle kat luar sana pun setuju dengan aku...Hehehe..
|
Cun jugak Lee Jeans nih..Otai la katakan....huhu |
Cerita sejarah sikit macam mana aku boleh mengenal bundle dan jatuh cinta,yelah dulu family aku bukanlah orang senang duduk pun di felda di Perak..Abah aku akan bawa aku ke pasar malam dan aku melihat abah aku memilih baju dan seluar bundle...dari situ timbul satu minat,dan aku ingat lagi abah aku ada membelikan aku jacket jeans berjenama Big John...Aku punyalah suka sampai bawa tidur..dan jenama jeans kesukaan abah aku adalah Lee...Mungkin jugak bundle membuatkan aku terkenang pada abah aku..
|
Evisu Jeans...Pernah disaman oleh Levis,dikatakan meniru design Levis.. |
Aku suka seluar jeans bundle USA dan Jepun,jeans mereka ada identiti tersendiri,tahan lasak,rugged dan bergaya ranggi...Bundle sekarang bukan lagi pakaian low class @ murah beb..Pakaian bundle lebih mahal harganya dan mempunyai kualiti yang lebih baik...Kalau ada korang kat luar sana yang tak suka pakaian bundle,cuba-cubalah belajar mengenal bundle nih..bak kata pepatah Melayu "tak kenal,tak cinta".
|
David Beckham yang ranggi.... |
Zaman sekarang ni jugak,aku tengok,dah ramai wanita dan remaja perempuan yang mula memakai pakaian bundle..satu perkembangan yang sihat untuk dunia bundle...Dan aku suka tengok kalau wanita yang memakai" kemeja butang batu" memang cun habis..,kena pulak memakai jeans Levis..Fuh..Jambu betul...
|
cun bergaya dengan kemeja butang batu @ western |
Oklah,aku pun dah penat nih,ada masa aku tulis lagi untuk share dengan korang....Kalau korang ada nak komen apa-apa boleh komen..Aku tak kisah..Ok...
Jaga diri anda semua..laksanakan tangungjawap kita kepada Nya...kepada keluarga...Segala yang baik,datang daripada Allah S.W.T dan yang buruk dari aku....
SEKIAN
Sila sokong blogs ni :
http://pat-patsikulipat.blogspot.com/ blogs aku jugak hehe..
Nukilan,
Zul Pat-Pat Siku Lipat.