Wednesday, September 5, 2012

The Idea


Comelnya

Mengunakan  model jentolak sebagai hiasan.


Tengoklah gambar di atas ini..Aku snap  di sebuah kedai menjual jam di dalam Giant,Bandar Puteri Puchong.Aku suka cara diorang display kan jam tersebut,walaupun jenama jam tersebut bukanlah diminati oleh aku....

Begitulah sebenarnya,cara yang kreatif dapat menarik minat orang-ramai...Bercakap pasal kreatif aku teringat yang anak aku  Zulsyafiqah. Semasa memandu aku bawa anak aku Zulsyafiqah ,tiba-tiba dia cakap kepada aku :

 Zulsyafiqah : Abah lampu isyarat dah merah!!! Kena berhenti..
 Aku               : Ye..Abah tahu...

Aku tanya dengan anak aku mana dia tahu...Dia cakap dia tengok dalam cerita Upin dan ipin...Daripada situ aku terfikir,sebenarnya untuk kita menyampaikan sesuatu mesej perlulah secara kreatif dan saluran yang betul...

Bercakap tentang kreatif ,aku suka tengok  blogs brother Mazidul ni http://www.mazidulakmal.com/ bukan apa,aku suka gaya penulisan beliau yang kreatif dan bersahaja,mungkin bidang wartawan menjadi satu kelebihan kepada beliau untuk menulis lebih banyak entri dan berita.

Sebagai blogger perlulah kita menulis dengan jujur dan benar,pada hemat sayalah,jika kita menulis dengan jujur pasti ada balasan yang baik untuk kita.Aku bukanlah pandai sangat tapi sekadar menulis untuk berkongsi minat dan cerita,apa salahnya...

Dan yang best,blogs aku telah ada peminat tersendiri Baca sini .Terima Kasih kepada anda semua.

Sila sokong blogs Mr Zul Collection juga blogs saya.