Thursday, January 31, 2013

Peraduan Cipta Poster ROCKESTRA WINGS @ Istana Budaya


Dari peminat untuk Wings ! Menjelang Konsert Wings Rockestra di Istana Budaya pada 26-28 April 2013, Wings ingin berkongsi detik bersejarah ini bersama peminat. Tunggu apa lagi? Ayuh tunjukkan bakat korang dengan menyertai peraduan mencipta poster Konsert Wings Rockestra! Poster yang bakal dicipta mestilah mempunyai :

- logo Wings serta perkataan "ROCKESTRA WINGS @ Istana Budaya Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan"

- tarikh dan venue konsert (26-28 April 2013, Panggung Sari, Istana Budaya)

- format JPEG

Emelkan ke sayap2wings@gmail.com selewat-lewatnya 31 Januari 2013. Sertakan nama penuh, alamat, no. kad pengenalan, no. hp.

Keputusan panel penilai yang terdiri daripada pihak produksi dan Wings sendiri adalah muktamad! 

Adat pertandingan mesti ada pemenang, bila ada pemenang mesti ada hadiah! Hadiahnya?? MISTERI !! :-)

Diiktiraf sebagai konsert cemerlang yang pernah diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 2011 menerusi Konsert Wings Opera Hidup Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan, kini peminat-peminat setia Wings sekali lagi bakal menjadi saksi kelibat Awie, Joe, Eddie dan Black menakluk pentas gah bertaraf antarabangsa ini. Dijadualkan berlangsung tiga malam berturut-turut bermula 26 April hingga 28 April 2013, tirai akan dibuka pada jam 8.30 malam. Info-info mengenai konsert pertama seumpamanya ini akan kami kemaskini dari semasa ke semasa di sini. Terima kasih atas sokongan anda ! Hidup Orang Kita!


alt


No comments:

Post a Comment