Wednesday, November 30, 2011

Review Gathering S2W 2011





Baju yg ditanda tangan =W=


Gathering kali ini memang best untuk aku,bukan apa ,sebab kali ni aku bawa family...Aku sekeluarga bertolak dari rumah dalam jam 11:30 am..Sampai kat Restoran Warisan,dataran Merdeka dalam jam 12.30pm,nasib baik hari sabtu tu  KL tak jem sangat.


Ahli S2W




Baju sama dgn kereta


Anak aku


Sampai saja di pintu Restoran Warisan,member S2W dah ramai,yang aku kenal ada dan yang tak aku kenal lagi la ramai,maklumlah bro,inikan perjumpaan peminat-peminat Wings seluruh Malaysia beb...Paling jauh ada ahli yang datang dari Kuching , Sarawak.Minat =W=
punya pasal diorang sanggup datang beb...


Brother Awie sibuk turunkan autograf kepada peminat





Aku register nama dulu,pastu pegi kat meja dengan anak-anak dan wife...Minum-minum air dulu basahkan tekak.Sementara menunggu ketibaan Wings...Kelibat Brother Eddie muncul disusuli Brother Joe bersama family beliau..10 minit kemudian Brother Black dan Brother Awie...


Acara dimulakan dengan makan tengahari bersama Wings...Ahli S2W memang sporting,untuk pengetahuan acara ini berlangsung dengan tiada pihak media,so dapatlah ahli S2W mendekati Wings dengan rapat.Inilah keistimewaan menjadi ahli ,kami dapat beramah mesra dengan Wings macam keluarga beb..


Ahli S2W kecik,ape yang diorang borak tak tahu la..heheh



Bersama Bob member aku
=W= Sign...Sayap-Sayap




sporting bro Awie,walaupun tidak berapa sihat..
pastu nak ke Seremban pulak..
Dan yang best aku dapat tunaikan hajat anak aku nak berborak denganHusin(Awie)..hehe,
anak aku sempat tumbuk-tumbuk lengan Brother Awie..Aku tahu pun,masa dah balik rumah wife aku cerita..Kata anak aku kat wife badan husin keras...Gelak aku dengan wife..


Lepas makan,acara hari tu disambung dengan cabutan bertuah,tapi nasib aku tak baik takde dapat..Takpelah bagi peluang kepada ahli yang datang dari jauh..Acara diteruskan lagi dengan sesi bergambar.Penutup majlis dengan bersalaman semua ahli yang hadir.



special utk sesikulipat kata Awie
Badana free..hehe..Album Jerangkung Dalam Almari 


Tag : sesikulipat , pat-pat siku lipat,awie wings,


Bersambung...

Tuesday, November 29, 2011

20 TAHUN JDA

T SHIRT  20 TAHUN JERANGKUNG DALAM ALMARI
Kepada yang berminat boleh order di http://www.sayap2wings.com/home/
@ call no tertera...


Tag : Pat-Pat Siku Lipat,Sayap-Sayap Wings,S2W,Wings,AWIE,sesikulipat


Saturday, November 26, 2011

Gathering Sayap-sayap Wings 26 hb Nov 2011

Bertempat di Restoran Warisan Kuala Lumpur,Gathering Sayap2Wings untuk tahun 2011 berlangsung pada hari ini 26 .11.2011(ditunda dari tarikh asal atas sebab kesibukan =W=),Walaupun Brother Awie terpaksa ke Seremban urusan kerja tetapi beliau masih sempat meluangkan masa untuk gathering ini.
Aku bersama Brother Joe...anak aku Zulsyafiqah buat =W= sign...
Aku akan tulis review untuk gathering ni..Tapi bukan sekarang....BERSAMBUNG...(Ada banyak lagi gambar WINGS nanti)


Friday, November 25, 2011

Koleksi Kasut Anak-Anak Aku..Sambungan

Ni kasut Puma abah diorang..hehe

Tapak separuh..Sesuai untuk memandu laju..hehe

PUMA


Nike,Adidas & Nike....

Terima kasih kerana korang layan blogs aku..Sekian.

*Ada lagi koleksi kasut aku,cuma tak berkesempatan nak snap gambar.


Wednesday, November 23, 2011

Koleksi Kasut Anak-Anak Aku..


Adidas Adifit Stan Smith..Milik Zulsyafiqah..



Hari ni aku nak share koleksi kasut anak-anak aku,ni baru koleksi anak,koleksi bapa belum lagi hehe...,dan semuanya adalah original item..layan gambar dulu..


limited edition untuk kanak-kanak Stan Smith






Material daripada kulit..Terbaik


kasut keesayangannya




Ni pulak NIKE 

Aku suka dengan koleksi ni,sebab kasut-kasut ni cute...Lagi satu mungkin masa aku kecik dulu tak pernah memilikinya.

Bersambung...


Sunday, November 20, 2011

Kenapa gunakan gambar THE LAST SAMURAI ?


Kenapa guna gambar The Last Samurai bro?Itu soalan yang selalu ditanya kepada aku..,jadi aku jawap kali ni..Sebenarnya aku bukanlah peminat Tom Cruise pun..Walaupun aku tengok filem TOP GUN banyak kali ..Apapun filem The Last Samurai ni memang aku minat gile sebab jalan ceritanya..


Korang boleh klik di sini untuk sinopsis filem ini..Dan tahukah anda makna SAMURAI ?SAMURAI bermakna berkhidmat...Aku suka dengan ketaatan Samurai kepada Maharaja Jepun...
Dialog yang paling aku suka dalam filem ini :


" Adakah manusia mampu mengubah takdir? "Tanya Katsumoto (Lakonan Ken Watanabe)
" Kita hanya mampu buat yang terbaik untuk menghadapi takdir "Jawap 
 Captain Nathan Algren (lakonan Tom Cruise)
Dan yang menariknya dialog itu diucap semasa mereka berdua hendak mula berperang....


Kepada anda yang telah menonton filem ini pasti tahu kehebatan filem ini,dan yang belum menonton sila tonton...