Tuesday, January 11, 2011

LAMBANG SENI SILAT SENDENG







Bentuk lambang Seni Silat Sendeng direka di dalam bentuk dan seni yang begitu unik di mana keunikan ini membawa pengertian yang mendalam terhadap warisan Silat Melayu.
Keris yang berada di tengah-tengah, melambangkan kebesaran dan kebangaan Melayu, seterusnya kemegahan Seni ukir dan budaya yang tinggi nilainya.
Senjata-senjata lain yang mengelilinginya membawa erti bahawa kebesaran (Keris) itu tetap akan dijaga dan dipertahankan dari roboh dan penceroboh.
Kalau diperhatikan kepada lambang tersebut, tidak kurang daripada dari sepuluh jenis alat silat yang terkandung di dalam lingkaran lambang tersebut dan setiap satunya terdapat cara menggunakannya juga cara menggayakan tariannya.Di dalam tarian dan bunga itu sendiri terdapat cara-cara menepis dan menikam yang disembunyikan di dalam bentuk tarian yang lembut dan lemah -gemalai.

No comments:

Post a Comment