Tuesday, February 8, 2011

Konsert WINGS bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan

Salam Semua..


Bercakap tentang konsert ni,apa yang istimewa konsert ni ialah :

* Wings adalah kumpulan rock yang pertama diberi penghormatan membuat
  persembahan di Istana Budaya.
* Menampilkan tiga vokalis Wings iaitu Awie, Mus dan Mel.
Konsert ini juga sebagai satu penghargaan kepada Wings yang meraikan
  ulang tahun  ke-25 mereka sebagai kumpulan rock terkenal tanah air.
* Konsert terhebat untuk tahun 2011

Pada pendapat aku,konsert ni pasti berbeza dari konsert-konsert yang Wings pernah
adakan..Tiket telah pun dijual..Untuk tempahan boleh hubungi Sayap2Wings,kalau 
susah sangat boleh hubungi aku Mr Zul Pat-Pat Siku Lipat 012-255 8069.
Tiket adalah terhad 7,000 sahaja.

"Orang Kita" ada di mana-mana

Mr Zul Pat-Pat Siku Lipat

            
                                                    http://www.sayap2wings.com
Setelah 25 tahun penglibatan Wings dalam industri muzik tanah air, buat julung kalinya kumpulan rock itu akan mengadakan konsert bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) di Panggung Sari, Istana Budaya pada 29 April ini.
Konsert Wings Opera Hidup adalah anjuran bersama Bombbay Worldwide dan Anggerik Event Sdn. Bhd., dengan kerjasama Istana Budaya dijadualkan berlangsung selama tiga hari dan berakhir pada 1 Mei.
Menurut Pengarah Urusan Bombbay Worldwide, Zamberi Shaari atau lebih dikenali sebagai Bombbay, konsert tersebut akan diiringi 43 pemuzik bersama 16 orang penyanyi koir.

"Konsert ini hanya sekali. Tidak akan ada lagi pada masa akan datang kerana buat pertama kalinya, sebuah kumpulan rock diberi peluang mengadakan konsert di Istana Budaya.
"Selain itu, konsert ini merupakan hadiah kepada para peminat muzik rock amnya dan peminat setia Wings amnya yang tidak pernah jenuh memberi sokongan kepada Wings.
"Konsert ini juga sebagai satu penghargaan kepada Wings yang meraikan ulang tahun ke-25 mereka sebagai kumpulan rock terkenal tanah air," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Bagaimanapun katanya, buat masa ini konsert berkenaan masih belum ada penaja utama dan pihaknya sedang dalam peringkat perbincangan dengan sebuah syarikat telekomunikasi.
"Nasihat saya, bagi mereka yang ingin menyaksikan konsert ini, bolehlah membuat tempahan tiket segera kerana tempat duduknya terhad dan hanya untuk 7,000 penonton pertama," katanya.
Tiket-tiket berharga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245 dan RM305 boleh didapati diwww.ticket2u.biz.
Sementara itu, Ketua Pengarah Istana Budaya (IB), Mohamed Juhari Shaarani berkata, Wings diberi peluang untuk mengadakan konsert di IB kerana proposal mereka yang menarik.
"Ketika mereka mengemukakan proposal kepada pihak IB awal tahun lepas, kita dapati ia amat menarik, mempunyai kelainan dan amat eksklusif kerana kita tahu, Wings ada pengikut setia.
"Lagipun, selama ini, tidak pernah ada satu pun kumpulan rock yang diberi peluang untuk mengadakan konsert di IB dan Wings adalah yang pertama," katanya.
Beliau berkata, eksklusifnya konsert itu, selain daripada diiringi OSK secara live dan koir dari Permata Seni naungan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, ia akan menampilkan tiga vokalis Wings iaitu Awie, Mus dan Mel.
Jelasnya, konsert berkonsep era tiga vokalis Wings akan memberikan kejutan kepada peminat kerana imej yang ditampilkan nanti, bukan imej rock 100 peratus.
Katanya lagi, pihaknya percaya Konsert Wings Opera Hidup mampu mencapai jualan tiket RM700,000. -Utusan

No comments:

Post a Comment