Friday, October 28, 2011

Meet-Up with THE LEGENDS (WINGS)


Detail / sumber :  sayap2wings  baca : tandatangan-awie-wings khas-untuk sesikulipat  

baca : orang-kita-ada-di-mana-mana


Kepada peminat kumpulan ini ,sila daftar sebagai ahli SSW..Banyak kelebihan yang akan anda dapat...
Aku sentiasa menyokong SSW & Wings..

Pertemuan yang mengeratkan silaturrahim :) 
Tema : WINGS (t-shirt WINGS sahaja)
* RM30 dua orang (bagi ahli yang membawa suami/isteri/pasangan,sama ada ahli S2W ataupun tidak)
*Bagi bukan ahli yang membawa family tidak melebihi 4 orang, tambahan RM20.
 *Oleh kerana tempat adalah terhad, sila bank in ke akaun Maybank 562106224302 Inspirasi Management. Selepas bank in sila emelkan maklumat (nama penuh/no.ahli/butir pembayaran (salinan slip bayaran,print screen dan sebagainya) /bilangan yang menyertai) ke sayap2wings@gmail.com dengan tajuk emel "S2W Meet UP"
Beberapa aktiviti semasa berlangsungnya 'gathering' ini nanti akan diumumkan dari semasa ke semasa, jangan lepaskan peluang ini ya !  

Tuesday, October 25, 2011

Cincin Batu Delima

Contoh Batu Delima yg telah siap diikat dengan perak milik aku
Alhamdulillah,siap juga cincin perak ikat dengan Batu Delima(Batu Delima harga lain) yang aku tempah,harga dalam RM180,dihias dengan corak bercirikan bunga-bunga.Buatan tukang cincin  dari Kelantan,Abang Man nama dia.kerja tangan dia memang halus.kepada anda yang beminat boleh call aku 012 2558069

Untuk tempahan perak untuk cincin boleh hubungi aku..
harga dari RM150 sehingga RM400 bergantung kepada berat perak dan upah.



masih ada stock...Delima

Ikat oleh tukang dari Kelantan,sangat kemas.
Ini pula,cincin yang aku pakai di tangan kiri,jari manis.batu akid dari Makkah pemberian abah aku,kalau tak silap dah dekat 7 tahun aku pakai batu ni,dan yang best corak kat batu ni makin banyak.Masa aku mula-mula pakai dulu corak dia hanya sikit jer,Kuasa Allah SWT.

Kepada anda yg berminat boleh contact aku.

http://pat-patsikulipat.blogspot.com/ adalah blog aku jugak ..Menceritakan perihal jam tangan,sila beri sokongan anda.Terima kasih.

Levis Engineered Jeans

For Sale RM120 Siap pos laju
Sebut Levis semua orang tahukan,501,505,512 dan macam-macam lagilah nombor untuk keluarga Levis ini,ok kali ni ada sehelai Levis Engineered untuk dijual RM120 sekali kos Pos laju..Aku rasa harga ni dah murah,sebab biasanya harga market seluar ni dalam RM150 hingga RM170.

Dengan condition macam ni,memang harga patut...ni ada cerita pasal jeans Levis sini...
ni pulak Jeans 501 yang telah aku jual sini

Cun gilez

100% original

Size 33 panjang 43 inc

kain macam baru dan lembut

kaki 17 inc tak de koyak @ pecah terbaek dari ladang

Kat poket belakang ada koyak sikit...Aku dah hantar jahit zigzaz ..tak nampak dah..kesan koyak tu
berminat call segera...
http://pat-patsikulipat.blogspot.com/  blog aku jugak...
Anda dialu-alukan di sini...untuk follow blogs aku..

"Buat baik berpada-pada,kata orang tua...buat jahat jangan sekali,nanti kau akan rugi"Hukum karma =Wings=

Zul Pat-Pat Siku Lipat,

Monday, October 24, 2011

Batu Delima dan Kecubong..Memukau kalbu,memikat hati...

Batu Delima berbintang apabila terkena pancaran cahaya RM160 nett /pcs
jangan tunggu lagi,call sekarang,takut terlepas...Jangan putih mata...
Buyer : 1) Tuan Musa,Johor.
Ada lagi stock...Cepat..selagi ada...!!9 pcs lagi..


Akhir-akhir ini minat aku ke arah batu cincin makin membara,sebelum ini memang ada tapi tidaklah ketara sangat....Batu Delima adalah batu yang biasa dalam masyarakat Melayu dan sememangnya mempunyai keindahan @ khasiat tersendiri.(tak perlulah aku cerita khasiatnya).

Di sini aku paparkan Batu Delima untuk dijual dengan harga yang sangat munasabah,kepada yang berminat boleh terus menghubungi aku.

Delima Air yang besar RM200 nett dan yang kecil RM170 nett/pcs


Delima retak seribu RM190/pcs
Yang ni tinggal 3 pcs..1 pcs dah ada yang booked..

Delima Daging RM175 nett /pcs kecil@besar harga sama sahaja

Dan Batu Kecubung,yang memang menjadi kegilaan Abang Ipar aku...haha.


Amethyst yang juga dikenali sebagai kecubung merupakan batu yang berwarna ungu. Kecubung berasal dari perkataan Greek yang bermaksud penawar dimana wujud kepercayaan lama menunjukkan arak yang diminum di dalam gelas amethyst tidak akan menyebabkan sipeminumnya menjadi mabuk. Amethyst atau kecubung mempunyai kekerasan 7 pada skala Mohs. 



Kecubung dipercayai telah mula digunakan sejak zaman awal Mesir kuno. Kecubung yang berkualiti hanya boleh didapati di negara-negara seperti BrazilUruguaySiberiaRussia dan India. 



 Batu Kecubung merupakan batu permata yang popular sebagai bahan perhiasan raja-raja dan pembesar-pembesar negara zaman lampau. Selain warna ungu, ia juga mempunyai beberapa warna yang menarik. Contohnya bewarna merah jambu tetapi kecubung yang paling berharga semestinya bewarna ungu kebiru-biruan.Dimata umum masyarakat melayu nusantara, kelebihan dan keistimewaan kecubung ialah untuk pengasihan dan bisa mewujudkan aura menawan kepada pemakainya.



Batu kecubong yang menjadi pelaris untuk perniagaan.
RM170 nett/pcs
warnanya unggu kebiruan memikat sesiapa yg memandang...

Dari mata turun ke hati...Inilah Batu Kecubong,menjadi gilaan  pemburu
batu permata.


http://pat-patsikulipat.blogspot.com/  juga adalah blog aku.

Friday, October 21, 2011

Vintage Jeans LEE

Telah dijual RMSOLD

Size 30
Panjang 42 1/2 Inc
kaki  16 1/2 Inc

New old stock
made in USA
Tahun 1960


Rivet buatan tangan

Vintage poket...


Seluar lama tapi macam baru..Kain masih keras..
Kepada yang berminat boleh roger..
Original Item...Sold to Peminat Jeans Lee,Kuala Lipis.


Tuesday, October 18, 2011

KATA-KATA SILAT

Falsafah atau kata-kata silat atau pepatah yang terdapat di dalam perguruan ini adalah warisan dari guru-guru silat sejak turun temurun lagi.


Ia dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang mengandungi pengertian dan maksud yang mendalam yang terselindung di dalam setiap pergerakan silat yang dilakukan.
Falsafah biasanya akan dipendengarkan kepada pesilat -pesilat semasa menjalani latihan mengikut peringkat-peringkatnya.


Di antara falsafah, kata-kata silat atau pepatah yang sering disebut-sebut oleh Guru utama Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah semasa hayatnya mengajar anak-anak buahnya ialah :-


" kalau menuntut hendakkan berkat, biarlah timba mencari perigi bukannya perigi mencari timba.Kerana setinggi manapun ilmunya tetapi tiada berkat,ibarat keris yang tidak berbisa,kalau kena pun tidak memberi mudarat. "


" Orang yang berakal itu akan berfikir ketika diam dan orang yang berfikir itu akan ingat sampai bila-bila. "


" Belajar dengan tidak berfikir adalah bahaya dan berfikir tanpa belajar akan kecundanglah kita. "


" Biar pahit di gelanggang tetapi manis di luar gelanggang. "


" Yang  memukul itulah di pukul,
  Yang menyerang itulah yang diserang,
  Yang menyakitkan itulah yang disakitkan. "

" Ada datang ada pergi, ada hidup ada mati,
  ada sakit ada ubatnya, ada tumbuk ada penepisnya,
  ada tangkap ada pelepasnya dan ada kunci ada
  pembukanya. "


" Dalam terang ada cahaya, dalam gayang ada gerak
   dalam gerak ada kilau, dalam seni ada halus dan
   dalam gerak ada bayang. "


" Gerak engkau gerak aku, mula engkau aku tiba, 
 langkah engkau gayang aku, serangan kau makanan
 aku. "


" Kalau dia datang sekati kita beri dia dua kati.Dia
 datang sepikul, jatuh dua pikul, kita sepikul dia
 sepikul. "

" Pat pat siku lipat. "


" Capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup. "


" Belum sempat nak tangkap dah terlepas, sorong
 kena tarik pun kena. "


" Pukul sendeng datangnya tak tegak tetapi kenanya 
 tepat. "





Itulah antara falsafah-falsafah silat yang dapat dicantumkan di sini bagi para pesilat renungkan, fikirkan dan hayati seterusnya mempraktikkan maksud dan tujuan seta pengajaran yang terkandung di dalamnya.

Rujukan :

http://sendengmalaysia.blogspot.com/
http://psssm-m.blogspot.com/
http://sendengskrck.blogspot.com/