gambar ni aku dapat dari paultan.org SUPRIMA R aku pun tak pasti bila Proton akan keluarkan model ni.. |
Cun, cantik dan menarik |
Suprima S adalah dalam Segmen C
Suprima S yang aku pandu uji yang warna hitam (gambar),teruja apabila memasukkan kunci di slot dan menekan "start button"klass gitu..Deruman enjin 1.6 liter turbo dengan Pro Tonic Continuous Variable Tranmision untuk singkatan CVT memberikan 7 kelajuan gear Automatik.
Engine CamPro Turbo ini menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,00o RPM dan 205 Newton Meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 RPM amat berkuasa seperti kereta 2.0 liter.Satu pencapaian terbaik.Syabas PROTON...Siapa kata buatan Malaysia tak bagus...
Dan satu lagi CVT,mungkin ada yang tak tahu kan? CVT berfungsi melancarkan pergerakkan kereta semasa penukaran gear.Tiada lagi renjutan @ bahasa kasarnya senggukkan apabila penukaran gear belaku.
Mengambil selekoh memang mudah dan terasa amat selamat,aku sendiri terkejut dengan pestasi cemerlang Suprima S ini. Memang benarlah kata salesman Proton Edar macam bawa VW Golf pulak..Tahniah Proton!!!
Kepada anda pembaca, jangan dengar cakap orang yang tak tahu menilai kereta, baik cuba sendiri. Secara keseluruhan Suprima S adalah hasil daripada kejuruteraan kereta terkini yang menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang diperakui oleh ANCAP dengan mendapat 5 bintang setaraf dengan jenama BMW.
Sebagai rakyat Malaysia aku amat berbangga yang PROTON sebuah syarikat Malaysia mampu menghasilkan kereta setaraf keluaran antarabangsa.
Dengan tawaran jaminan daripada PROTON selama 5 tahun atau 150,000 kilometer menjadikan Suprima S amat berbaloi dimiliki oleh anda semua!!!
Uji pandu hari itu aku akhiri dengan memandu tenang di highway KESAS menuju ke PROTON COE ,USJ Subang.
Tags : Proton , Suprima S, Honda City 2013, Kelab Satria Neo, Proton Suprima S vs Toyota Vios 2013