Tuesday, October 1, 2013

Gema Di Inderaloka by WINGS live Double Trouble JB Larkin.






"GEMA DI INDERALOKA"

Album : Double Trouble Tahun 1993
Keluaran :BMG Malaysia
Lirik :

waktu pintumu ku buka setengah
gemersik menikam melantun suara
ku tinjau sejenak untuk periksa
bergema di lembah inderaloka
suaramu membisik merdu di kalbu memanggilku 

ku buka sepenuh pintu dayamu
dan melangkah masuk ke dalam tamanmu
aku tak pasti apa kan berlaku
kalau ku ditangkap pengawalmu
mungkin aku 
akan terkorban dalam merinduimu

tapi kenapa kau hadir saja
dalam setiap mimpi-mimpiku
dan meninggalkan kunci dan peta
kalau aku kau tak ingini

kasih 
siapa aku di sisimu
kini ku berada dalam tamanmu tiada aku takut 
akan kematian
kerana hidup dan mati sama untuk ku telah ku lalui 
berulang kali

keindahan tamanmu tiada bermakna
jika wajahmu tidak ku temui
biar ku terlantar dimamah waktu
aku tetap akan menunggumu
kasih 
siapa aku aku di sisi mu

ku pakukan kakiku ke tanahmu
biar berdarah menjadi sungai
agar tak bisa dicabut oleh sesiapa
yang mahu menghalauku keluar

siapa aku 
di sisimu 
kasih
siapa aku
di sisimu 
kasih
siapa aku 
di sisimu 
kasih
siapa aku 
di sisimu 




OOOOOOO



Ulasan aku :

Gema di Inderaloka merupakan lagu yang di kategorikan "rare" kerana liriknya yang amat puitis ada maksud tersirat di sebalik bait-bait lirik lagu ini.

Lagu ini dari album Double Trouble keluaran BMG pada tahun 1993.

Pertama kali aku dengar lagu ni, meremang bulu roma aku..Petikan "plugking" Joe jelas dan sedikit nakal..sekali dengar memang ingat sampai bila-bila,solo Joe juga amat ketara. Imej muzik Wings diperkuatkan lagi oleh petikan gitar Joe.Terbaik juga kepada Awie dan angota Wings yang lain.

sesikulipat.blogspot.com

sentiasa

menyokong

=WINGS =



4 comments:

  1. bro betolkan nama judul lagu diatas... gema di interaloka pulak.. gema di inderaloka baru betul

    ReplyDelete
  2. bro next lu tolong ulas sikit pasal lagu sekeping kertas bermaruah... amacam ada berani ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okey bro.
      Lain kali sila tinggalkan nama bro ye..Baru lah ikhlas.

      Delete