Wednesday, October 16, 2013

Linangan Air Mata di sebalik Tirai Besi...(Berdasarkan Kisah Benar)



ooooooo

Assalammualaikum..

Entahlah hati aku sayu bila melangkah ke tempat ini...Tempat yang menyimpan seribu satu cerita di sebalik tembok yang usang ini. Adakah ianya seusang hati si penghuninya.

Kakiku melangkah longlai untuk ke kaunter pendaftaran untuk melawat seseorang..Ah..Aku disekelilingi oleh ramai manusia,yang berusia...Wanita yang membawa anak, wanita tua dan pasangannya..Pelbagai kaum.

Aku lihat wajah seorang lelaki tua, yang pada hematku mungkin sebaya dengan ayahku di kampung.
Muka merah ,matanya berair mungkin baru lepas berjumpa dengan anaknya di sebalik cermin kaca dan bercakap mengunakan telefon. Sedih!!! Hatiku pun turut sedih...Menangis sama..Apakah perasaan seorang bapa, jika melihat dan berjumpa anak kesayangannya dengan berbaju berwarna jingga@oren...

Aku terfikir sendiri..Derita yang ditanggung oleh pakcik tadi..Ya..Allah,Kau tabahkan lah hati pak cik itu..Spontan dalam hatiku.

Ku lihat pula, wanita melayu dan dua orang anak perempuannya...Aku tegur anak kecil tadi, "adik datang tengok siapa ?"soal aku sambil senyum.." tengok abah " balasnya..Lagi hatiku sayu..Seorang isteri dan dua anak perempuan datang untuk melihat suami dan abah mereka...



Akhirnya tiba pula, giliran aku...wajah yang lama tidak lihat kini di depan mataku..Matanya berair namun cuba senyum padaku..Mungkin dia cuba sembunyikan kesedihanya. Kami berborak..Tapi tidak banyak yang boleh aku bualkan...

Pesanan aku untuknya, Tabahkan lah hati dan Allah sentiasa bersama kamu.Asal kamu insaf dan bertaubat...Tutup buku lama, buka buku baru..Yang hitam ambillah pengajaran dan sempadan...Yang putih akan datang sendiri..



Moral of the story :

1. Jenayah membawa padah...999
2. Telajak perahu boleh diundur...Kalau dah buat jenayah dan ditangkap "makan tak habis"
3. Jangan menyusahkan makbapak,anak bini...

ooooooo






No comments:

Post a Comment