Sunday, January 8, 2012

Ayah dan Ibu

Tergerak dihati aku untuk bercerita mengenai kasih sayang ayah dan ibu,spontan aku menulis melihat gelagat anak-anak zaman sekarang disekeliling aku,sedih,pilu dan kasihan melihat anak-anak zaman sekarang yang tidak tahu mengerti erti pengorbanan ibubapa sendiri.

Ayah dan ibu tidak lagi dikasihi,dihormati dan dijaga..Sedarkah anak-anak ini yang tanpa ayah dan ibu,mereka tiada di muka bumi ini.Tahukah mereka?terfikirkah mereka?
Tidakkah mereka terfikir?Bagaimana pengorbanan seorang ayah membesarkan mereka serta menyekolahkan mereka,seorang ayah tidak mahu anaknya menjadi orang yang tidak berguna...Bagaimana pula dengan kasih ibu,yang melayan karenah anak-anak sehingga mereka besar dan berjaya.Tetapi apabila dewasa ,anak-anak ini mula melupakan jasa kedua ayah dan ibu mereka.

Sebagai anak marilah kita sama-sama membalas jasa kedua ayah dan ibu kita,cuba tanya diri kita sendiri,berapa kali kita menelefon ayah dan ibu bertanyakan khabar mereka di kampung.Bolehkah kita menjaga mereka apabila mereka sakit?Seperti mereka  menjaga kita semasa kita sakit dahulu..

Fikir-fikirkanlah sendiri...Tak perlulah menunggu hari bapa atau hari ibu baru hendak sibuk menelefon mereka...Ziarahlah mereka jika ada kelapangan masa..

Di sini dengan rasa rendah diri aku mengucapkan rasa terima kasih dan penuh kasih sayang kepada kedua ayah dan ibu aku.

Ayah aku : Hassan Bin Mokhtar   Ibu aku : Norpaaizah Binti Sendek

Dan ayah dan ibu saudara aku yang  mengambil aku sebagai anak angkat Hj. Mohammad Tahir Bin Mohamad dan Hjh.Jamaliah Binti Mokhtar(Kakak abah aku.)


Nukilan Zul Pat-Pat Siku Lipat.


Jom Layan klip lagu Ayah dan ibu Sudirman


Sudirman

Ayah Dan Ibu 

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat




No comments:

Post a Comment