Sunday, March 11, 2012

BERETIKA KETIKA URUSAN JUAL BELI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Terbaca luahan hati Bro Amar bertajuk COD aku faham maksud beliau,aku sendiri pun pernah mengalami situasi yang sama,pening melayan kerenah pembeli..Ada yang tidak percaya dan macam-macam lagi lah,kalau nak tulis satu hari satu malam pun  tak habis...Dan yang paling aku tak suka apabila time tawar- menawar,pembeli minta sampai harga yang tak munasabah.

KEPADA PEMBELI : TOLONGLAH FAHAM SIKIT !!AKU MENIAGA TERPAKSA KELUARKAN MODAL DAN TOLONG HORMAT SIKIT..Bayar bil api ,kat kaunter 10 sen pun diorang kira tau..

Tak salah tawar-menawar,tapi biarlah beretika dan munasabah!!!Aku sendiri pun kalau beli barang,aku akan tanya berapa harga terbaik,dan bila penjual bagi harga,aku nilai sendiri,berbalaoi @tidak harga dengan barang tersebut kalau ok aku beli,kalau tak ,aku tidak akan beli...

Bukan aku marah,tapi nasihat!!

Semoga mesej aku sampai ke akal pembeli-pembeli,


"Pergi rumah orang  kita bagi salam,dijemput masuk baru kita masuk,dijemput duduk baru kita duduk"


"Hitam itu menarik,putih itu bersih,yang putih jangan kita hitamkan dan yang hitam jangan kita terus buang,jadikan pengajaran dimasa hadapan"


"Kawan yang baik kita berkawan,kawan yang kurang baik pun kita kawan,yang penting hati kena baik"


"Jalan belok jalan pusing,jalan lurus mesti dimata hati"


"Orang muda orang tua,baju baru baju lama,yang muda hormati yang tua,yang tua kasihi yang muda"


Banyak sangat aku bagi tu,harap-harap dapat difaham tersurat dan tersirat maksudnya...

Terima Kasih,

Zul Pat-Pat Siku Lipat



Friday, March 9, 2012

Asyik WINGS je...

Zul ko ni asyik Wings je!!!kata Tuan Syed http://irhomdeys.blogspot.com/ masa jumpa kat rumah Tuan Saiful hari tu...mr zul collection hehe...

ni aku ajak korang layan Di Penjara Janji by Bro Awie ,aku suka klip video ni..Sebab ni klip VEVO..Bro Awie buat album ni masa keluar Wings..
Masa ni lah Bro Mus join Wings.. Ini gambar family aku dengan Bro Awie & story sikit  review gathering s2w

Sorry Tuan Syed ..Saya  dengan Wings tak dapat di pisahkan..hehe jangan marah..Aku membesar dengan lagu-lagu Wings,banyak kenangan dan memori disebalik lagu Wings ni..sesikulipat.blogspot.com sentiasa menyokong =WINGS=


Zulsyafiqah anak abah...So cute!

Masa kat Borneo Baruk Club,Bukit Bintang,KL

Dengan Bro Black...

T.R 

Ada di jual kat kedai aku...

Barang for sale..Promote sikit jangan marah ye....Pat-Pat Siku  Lipat Collection...
kat Uptown Bazaar heritage Puchong Permai,lot No 25..

Zulsyafiqah & Zulaikha...Maria Mariana 3
Acah je!!


TQ...

Saturday, March 3, 2012

Pelakon Kuswadinata memakai jam apa??

Sedikit info Pelakon Kuswadinata :
(Info daripada Wikipedia)


Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bin Bujang adalah seniman filem Melayu. Beliau dilahirkan di Jalan Thomson Singapura. Nama Kuswadinata itu hasil daripada gabungan nama salah seorang bapa saudaranya iaitu Nata yang berasal dari Pontianak, Kalimantanseperti ibunya. Sementara bapanya adalah dari RembauNegeri Sembilan.

[sunting]Penglibatan dan Kerjaya Seni

Memulakan kerjaya sebagai pelakon di Malay Film ProductionJalan Ampas selepas menghadiri uji bakat oleh pengarah Datuk L. Krishnandan Datuk Mahmud Jun pada tahun 1957. Lakonan pertama beliau adalah sebagai pelakon pembantu dalam filem Orang Lichin disamping seniman Datuk S. Roomai Nor. Beliau melakonkan watak seorang pembunuh. Setelah berlakon sebagai pelakon pembantu dalam beberapa filem, beliau ditawarkan untuk memegang watak berat dalam filem Antara Dua Darjat bersama P. RamleeSaadiah dan Ahmad Nesfu pada tahun 1959. Beliau memegang watak sebagai Engku Hassan.
Beliau juga berlakon dalam filem Indera Bangsawan bersama Jins ShamsuddinSarimah dan Haji Mahadi. Watak lakonan beliau yang paling diingati ialah sebagai suami beristeri dua dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1961.
Selain berlakon dalam filem tempatan, beliau turut berlakon dalam filem antarabangsa seperti Little AdventurePretty Girls dan Beyond Rangoon.

Memegang watak sebagai Dr. Rushdi dalam Kala Malam Bulan Mengambang.
Hingga kini, beliau masih aktif berlakon dan filem terbaru lakonan beliau ialah Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid.
Ketika berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-2 pada 1981, beliau telah dicalonkan untuk merebut anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (FFM) menerusi watak pendekar purbakala bernama Indra dalam filem Serampang Tiga; namun beliau tewas kepad
a lakonan hebat Rahim Razalidalam filem Abang.
Lain-lain filem lakonan beliau ialah KLU (1999),Kaki Bakar (1995), Tarik-Tarik (1993), Sikit Punya Gila, Jejak Bertapak (1980an), Kaca Permata, Aku Mahu Hidup (1970) dan Jalang (2008).









Dan yang paling best kebetulan ,minggu lepas aku pergi Ampang baru-baru ini..Pergi ke rumah member lama dan yang best nya rumah kawan aku bersebelahan dengan rumah anak Kuswadinata..
Aku sempat bergambar dengan beliau.Beliau mengenakan ditangan jam SEIKO lama.
Walaupun dah berumur beliau masih bersemangat,membahasakan diri beliau sebagai Pak Cik...Seorang yang mudah mesra dan tidak sombong..

Kuswadinata masih tegap..aku belum ready member dah snap gambar..hehe
aku rasa sangat bertuah dapat bertemu Hero Melayu ini..Sebelum ni tak pernah pula member aku cerita jiran dia anak Kuswadinata.Malam tu tak sempat nak berborak lama,Kuswadinata dan anak perempuan beliau hendak keluar.
Inilah jam SEIKO beliau