Saturday, March 3, 2012

Pelakon Kuswadinata memakai jam apa??

Sedikit info Pelakon Kuswadinata :
(Info daripada Wikipedia)


Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bin Bujang adalah seniman filem Melayu. Beliau dilahirkan di Jalan Thomson Singapura. Nama Kuswadinata itu hasil daripada gabungan nama salah seorang bapa saudaranya iaitu Nata yang berasal dari Pontianak, Kalimantanseperti ibunya. Sementara bapanya adalah dari RembauNegeri Sembilan.

[sunting]Penglibatan dan Kerjaya Seni

Memulakan kerjaya sebagai pelakon di Malay Film ProductionJalan Ampas selepas menghadiri uji bakat oleh pengarah Datuk L. Krishnandan Datuk Mahmud Jun pada tahun 1957. Lakonan pertama beliau adalah sebagai pelakon pembantu dalam filem Orang Lichin disamping seniman Datuk S. Roomai Nor. Beliau melakonkan watak seorang pembunuh. Setelah berlakon sebagai pelakon pembantu dalam beberapa filem, beliau ditawarkan untuk memegang watak berat dalam filem Antara Dua Darjat bersama P. RamleeSaadiah dan Ahmad Nesfu pada tahun 1959. Beliau memegang watak sebagai Engku Hassan.
Beliau juga berlakon dalam filem Indera Bangsawan bersama Jins ShamsuddinSarimah dan Haji Mahadi. Watak lakonan beliau yang paling diingati ialah sebagai suami beristeri dua dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1961.
Selain berlakon dalam filem tempatan, beliau turut berlakon dalam filem antarabangsa seperti Little AdventurePretty Girls dan Beyond Rangoon.

Memegang watak sebagai Dr. Rushdi dalam Kala Malam Bulan Mengambang.
Hingga kini, beliau masih aktif berlakon dan filem terbaru lakonan beliau ialah Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid.
Ketika berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-2 pada 1981, beliau telah dicalonkan untuk merebut anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (FFM) menerusi watak pendekar purbakala bernama Indra dalam filem Serampang Tiga; namun beliau tewas kepad
a lakonan hebat Rahim Razalidalam filem Abang.
Lain-lain filem lakonan beliau ialah KLU (1999),Kaki Bakar (1995), Tarik-Tarik (1993), Sikit Punya Gila, Jejak Bertapak (1980an), Kaca Permata, Aku Mahu Hidup (1970) dan Jalang (2008).









Dan yang paling best kebetulan ,minggu lepas aku pergi Ampang baru-baru ini..Pergi ke rumah member lama dan yang best nya rumah kawan aku bersebelahan dengan rumah anak Kuswadinata..
Aku sempat bergambar dengan beliau.Beliau mengenakan ditangan jam SEIKO lama.
Walaupun dah berumur beliau masih bersemangat,membahasakan diri beliau sebagai Pak Cik...Seorang yang mudah mesra dan tidak sombong..

Kuswadinata masih tegap..aku belum ready member dah snap gambar..hehe
aku rasa sangat bertuah dapat bertemu Hero Melayu ini..Sebelum ni tak pernah pula member aku cerita jiran dia anak Kuswadinata.Malam tu tak sempat nak berborak lama,Kuswadinata dan anak perempuan beliau hendak keluar.
Inilah jam SEIKO beliau