Sunday, February 27, 2011

Orang Kita Live Orange Club

~ Orang Kita ~  Artis : WINGS     Album : HUKUM KARMA    Tahun : 1988 


ORANG kita ada dimana mana sahaja DISETIAP lorong terus berjuang tak pernah meminta ORANG kita rasa biasa kalau dihina ORANG kita ketawa biarpun tersiksa JANGAN cuba menyekat APA kata kita KITA tak pernah berniat untuk berkuasa HANYA satu harapan kita SAMA sama bersatu suara Oh Suara bersatu suara ?SUARA bersatu suara? SUARA bersatu suara? SUARA bersatu suara? (solo) 

BERAPA lamakah kita ...
BERAPA lamakah kita harus begini DIHINA dan dibenci BERAPA lamakah TAPI kita pasti banyak bersabar JANGAN cuba menyekat APA kata kita KITA tak pernah berniat untuk berkuasa HANYA satu harapan kita SAMA sama bersatu suara

Suara bersatu suara ...
Suara bersatu suara ?SUARA bersatu suara? SUARA bersatu suara? SUARA bersatu suara?HIDUP orang kita HIDUP orang kita HIDUP orang kita TUHAN berkuasa MENCIPTAKAN apa saja MENCIPTAKAN apa saja HIDUP orang kita HIDUP orang kita HIDUP orang kita SEMOGA Berjaya.. SEMOGA Berjaya? SEMOGA Berjaya? 



~Lagu : Siso Lirik : Bob~ 


* Cuba korang hayati lirik lagu "orang kita"ni..Ada yang tersurat dan tersirat disebalik liriknya...





             Teringat zaman sekolah dulu..Album Wings Hukum Karma inilah yang menjadi
 kaset pertama yang aku beli..Itupun,hasil jimat duit belanja sekolah..Baru boleh beli,bukan
 macam zaman sekarang,boleh download jer..Wings memang aku minat sejak dulu sampai
sekarang..Dan Lagu Belenggu Irama adalah salah satu lagu yang amat aku minat...


            





Mr Zul Pat-Pat Siku Lipat.

Friday, February 18, 2011

Tinted untuk kereta anda..Tawaran istimewa

Tinted for car

*kedai ni hanya buat tinted sahaja
*gambar kereta aku terbaru**ranggi metropolis
wings**



















Tinted for car  - Image
*Gold Dust tinted sun cool
Click to view the next image.
*panas terik tak terasa lagi..
*cermin depan pun..ada berani?
Price: RM 380
http://www.mudah.my/Tinted+for+car-7652549.htm


Ni ada satu lobang tinted murah..baek punye

- Brand Sun cool
- termasuk Cermin depan(siap pasang layer   hitam@silver)/ blkg & 4 pintu
- Colour Gold,Green,Silver dll(juga terdapat safety tinted)
- RM380 harga biasa RM800 (ada 5 tahun warranty klu rosak terus tukar baru)
-utk semua model kereta mpv dan suv harga lain

*Tinted murah pun ada,tapi saya recommend yg RM380,berbaloi,puashati..
*Berminat msg.cal@email saya for detail.

*korang bleh tgk gambar tu sebagai contoh.. tinted kat kereta aku tu,gold dust double troble ..ha..ha 

loc kedai sek26 s alam

*berminat bleh cal aku cepat,selagi ada promosi..

**"pat pat siku lipat,sapa cepat dia dapat"

*cal@ msg aku cepat..012 255 8069

Wednesday, February 16, 2011

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??




Sebagai renungan dan Ingatan bersama…
InsyaAllah

 SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
 Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
 
Sekian, semoga ada manfaatnya

SOLAT



Ada seorang rakan meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat. Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.





Solat itu tiang agama!
Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.
1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri
Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain. Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga solat, saya sarankan untuk beli Kitab Fadhilat Amal (Harga RM35 sebuah). Dalam kitab tersebut ada 1 bab khusus yang menerangkan tentang fadhilat-fadhilat solat. Antara yang diterangkan dalam Bab Fadhilat Solat ialah mengenai ;

    • Kepentingan solat
    • Kelebihan solat
    • Amaran dan celaan ke atas mereka yang meninggalkan solat
    • Kepentingan dan kelebihan solat berjemaah
    • Amaran kerana meninggalkan solat jemaah
    • Penerangan tentang khusyuk dan khudu’ dalam solat
    • Menyenaraikan hadith-hadith tentang khusyuk solat
    • Menceritakan mengenai solat yang dilakukan para sahabat



Belilah Kitab Fadhilat Amal tu dan bacalah setiap hari. Tetapkan 1 masa yang tetap contohnya sebelum tidur, dan bacalah sekurang-kurangnya 1 hadith yang terdapat dapat kitab tersebut. Bacalah dengan istiqamah setiap hari. Moga-moga dengan keberkatan dan nur-nur hadith/quran yang anda baca tu, ditambah dengan keinginan serta usaha untuk berubah, Allah akan berikan kekuatan pada kita untuk menjaga solat, insyaAllah.
2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat
Kita kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah. Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik dan menjaga solat mereka.





3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin

Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan kita tewas. Setiap kali kita menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu seterusnya.



4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat

Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah.
Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten. Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat tersebut.





5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi

Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau kita tidur lewat dan tidur tak cukup, bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa jawabnya. Jadi, pastikan kita dapat tidur yang mencukupi. Ini akan dapat membantu kita lebih mudah untuk bangkit bagi mendirikan solat.



6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati
Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum kita masuk tidur, cuba cakap pada diri kita, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri, contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh’. Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya ia memberikan pengaruh yang besar pada minda dan tubuh badan kita. Pernahkah kita ada pengalaman seperti ini. Contohnya bila kita kena jumpa seseorang (awek ker, pakwe ker) atau ada meeting penting pada esok pagi pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun awal untuk mandi dan bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena hadiri meeting penting’. Kalau kita memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, kita mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam!




7. Ingat mati

Bayangkan jika kita mati sebentar lagi atau esok. Di mana kita akan ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat kelak?



8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan

Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah. Perbanyakkanlah doa. Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”



Sekian, begitulah 8 tips yang sempat saya coretkan untuk kita sama-sama amal dalam usaha kita menjaga solat/ibadah kepada Allah. Pastikan juga agar kita dapat khusyu’ semasa solat.


Friday, February 11, 2011

“Orang Kita ada di mana-mana”

*Untuk Sidang Akhbar ni,buat pertama kali juga aku(Mr Zul Pat-Pat Siku Lipat) memaparkan gambar sendiri  kat blogs yang tak seberapa ni..
Kepada Brother-brother Wings yang amat sporting..U All Rock…Sayap-Sayap Wings(SSW) yang sentiasa bersama Wings(termasuk aku)

“Orang Kita ada di mana-mana”

Mr Zul Pat-Pat Siku Lipat

Brother  Black dgn aku

SSW

Sham the first guitarist Wings

Mel "Semalam yg Hangat" 

Joe Master Piece


Brother Awie & Mel

Eddie the Bassist guitar

Sidang Akhbar Pertama Untuk Konsert Wings Opera Hidup Istana Budaya

Bertempat di BBC Bukit Bintang,Kuala Lumpur.

10 Feb 2011 bertempat di Borneo Baruk Club(BBC) Sidang Akhbar yang pertama untuk Konsert Wings Opera Hidup Istana Budaya..Wings dan ex-Wings akan
tampil membawa kelainan untuk konsert tersebut.En Johari Pengarah Besar Istana Budaya berkata Wings adalah kumpulan rock pertama yang akan membuat persembahan di Istana Budaya,
Dari kiri Mus,En Johari,Awie,sham dan Black

Dan apa yang lebih istimewa ialah Wings akan menampilkan tiga penyanyi iaitu Awie penyanyi Wings sekarang dan dua lagi bekas penyanyi Wings Mus dan Mel,mereka memiliki kelebihan masing-masing,tambah En Johari.Dan pada malam itu juga, persembahan Wings akan diiringi Oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Okestara team

Selain itu,penampilan ex-wings seperti Jojet(drummer) dan Sham(guitar) akan menambahkan lagi nostalgia kegemilangan Wings.Awie sebagai penyanyi utama




Mr Bombay menjawap soalan pihak media

Wings sekarang,menjanjikan persembahan yang terbaik untuk konsert ini,beliau juga berharap peminat-peminat Wings akan memberi sokongan untuk konsert ini
Seperti konsert-konsert yang lepas Double Trouble dan Red On Black.

Sesi media...Wings lu orang memang rock....

Pada sidang akhbar ini,Wings mempersersembahkan live tiga buah lagu  Opera Hidup,Jaket Biru dan Lena Di Ulit Intan dengan penuh bertenaga.

Tuesday, February 8, 2011

Konsert WINGS bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan

Salam Semua..


Bercakap tentang konsert ni,apa yang istimewa konsert ni ialah :

* Wings adalah kumpulan rock yang pertama diberi penghormatan membuat
  persembahan di Istana Budaya.
* Menampilkan tiga vokalis Wings iaitu Awie, Mus dan Mel.
Konsert ini juga sebagai satu penghargaan kepada Wings yang meraikan
  ulang tahun  ke-25 mereka sebagai kumpulan rock terkenal tanah air.
* Konsert terhebat untuk tahun 2011

Pada pendapat aku,konsert ni pasti berbeza dari konsert-konsert yang Wings pernah
adakan..Tiket telah pun dijual..Untuk tempahan boleh hubungi Sayap2Wings,kalau 
susah sangat boleh hubungi aku Mr Zul Pat-Pat Siku Lipat 012-255 8069.
Tiket adalah terhad 7,000 sahaja.

"Orang Kita" ada di mana-mana

Mr Zul Pat-Pat Siku Lipat

            
                                                    http://www.sayap2wings.com
Setelah 25 tahun penglibatan Wings dalam industri muzik tanah air, buat julung kalinya kumpulan rock itu akan mengadakan konsert bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) di Panggung Sari, Istana Budaya pada 29 April ini.
Konsert Wings Opera Hidup adalah anjuran bersama Bombbay Worldwide dan Anggerik Event Sdn. Bhd., dengan kerjasama Istana Budaya dijadualkan berlangsung selama tiga hari dan berakhir pada 1 Mei.
Menurut Pengarah Urusan Bombbay Worldwide, Zamberi Shaari atau lebih dikenali sebagai Bombbay, konsert tersebut akan diiringi 43 pemuzik bersama 16 orang penyanyi koir.

"Konsert ini hanya sekali. Tidak akan ada lagi pada masa akan datang kerana buat pertama kalinya, sebuah kumpulan rock diberi peluang mengadakan konsert di Istana Budaya.
"Selain itu, konsert ini merupakan hadiah kepada para peminat muzik rock amnya dan peminat setia Wings amnya yang tidak pernah jenuh memberi sokongan kepada Wings.
"Konsert ini juga sebagai satu penghargaan kepada Wings yang meraikan ulang tahun ke-25 mereka sebagai kumpulan rock terkenal tanah air," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Bagaimanapun katanya, buat masa ini konsert berkenaan masih belum ada penaja utama dan pihaknya sedang dalam peringkat perbincangan dengan sebuah syarikat telekomunikasi.
"Nasihat saya, bagi mereka yang ingin menyaksikan konsert ini, bolehlah membuat tempahan tiket segera kerana tempat duduknya terhad dan hanya untuk 7,000 penonton pertama," katanya.
Tiket-tiket berharga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245 dan RM305 boleh didapati diwww.ticket2u.biz.
Sementara itu, Ketua Pengarah Istana Budaya (IB), Mohamed Juhari Shaarani berkata, Wings diberi peluang untuk mengadakan konsert di IB kerana proposal mereka yang menarik.
"Ketika mereka mengemukakan proposal kepada pihak IB awal tahun lepas, kita dapati ia amat menarik, mempunyai kelainan dan amat eksklusif kerana kita tahu, Wings ada pengikut setia.
"Lagipun, selama ini, tidak pernah ada satu pun kumpulan rock yang diberi peluang untuk mengadakan konsert di IB dan Wings adalah yang pertama," katanya.
Beliau berkata, eksklusifnya konsert itu, selain daripada diiringi OSK secara live dan koir dari Permata Seni naungan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, ia akan menampilkan tiga vokalis Wings iaitu Awie, Mus dan Mel.
Jelasnya, konsert berkonsep era tiga vokalis Wings akan memberikan kejutan kepada peminat kerana imej yang ditampilkan nanti, bukan imej rock 100 peratus.
Katanya lagi, pihaknya percaya Konsert Wings Opera Hidup mampu mencapai jualan tiket RM700,000. -Utusan

Friday, February 4, 2011

Jeans Edwin 503

Preview sajer..Edwin 503 vintage
Colour biru laut lusuh tapi cantik..


Bentuk poket  tirus

Red Tab 503


Aku dah hantar  jahit zig-zag

Lambang  Edwin vintage
Biru Mata Hitamku..

Thursday, February 3, 2011

Baju western koboi berbunga-bunga putih rare




Baju western koboi berbunga-bunga putih rare  - Image




Baju western koboi berbunga-bunga putih rare seperti dlm gambar berikut,baju ni mcm movie koboi,yg  Clint Eastwood pakai very rare & classic look..

* 100% cotton,kain lembut dan selesa tidak panas..look young&dangerous..haha
* size M
* butang batu hitam

* Koleksi peribadi..aku dh xleh pakai,ketat

Wednesday, February 2, 2011

EDWIN e-function kain pasir rare

EDWIN e-function kain pasir rare
Size 33x39
Item not for sale ..Preview only
Kain pasir ni nampak macam kasar tapi bila pakai,peh..Sedap,selesa dan bergaya..
Korang cuba cari e-funtion kat dalam Mudah.my tengok harga die..Dashyat kan,
dah boleh beat Evisu,501 dan jeans2 rare lain..E-Function adalah antara jeans terlaris
 keluaran Edwin selain Edwin502 ,503 dan 505 
(Model kepala kain+Butang Colour Emas/Gangsa)

Sebenarnya aku ada banyak lagi jeans yg rare,tapi tak sempat nak publish kat blog
kepada bro-bro yg baca blog aku ni,aku nak ajak korang share info sama-sama,
korang boleh email @ call aku ok,

Mr-Zul Pat-Pat Siku Lipat




 kain pasir biru muda yg nampak lusuh tapi cantik
 seluar ni aku dapat masa "menyelam"kat pasar malam putra height,puchong


E-FUNCTION RARE JAPAN

                                                            http://sesikulipat.blogspot.com

Tuesday, February 1, 2011

Seluar Panjang Tommy Hilfiger for women for sale


Rare item 100% adalah original item
for women size 27~28x38
khakis colour
Tommy Hilfiger
RM55 siap Pos Laju
*Kepada wanita yg kerja ofis,peh! sangat bergaya jika dipadankan dgn kemeja Tommy@Ralph Lauren or Zara
-cal me mr zul 012 255 8069