Friday, April 29, 2011

Memburu Impian..

Rasanya  sudah lama aku tak beli jam-jam dari Jepun..Kali ni,dengan komen Bro Amar Variasi Jam
kata jam dari negara matahari terbit akan naik harga di pasaran..ada jugak aku risik-risik kat Mr Danny
Cheong ,member aku tokey kedai jam kat Shah Alam..Dia pun kata memang betul..
Sambil tu aku pun tengok-tengok jam kat kedai dia..
Hasilnya seperti di bawah :


Casio Pro Trek (Harga market RM1.2k )

dan Seiko SKX023K2 - 7S26 -0050 diver (Harga Market RM800)

Aku cadang nak beli ni bulan depan..hehe


sekali pandang macam Rolex la pulak..Betul tak?


Layan gambar..


Cun jugak hasil buatan Jepun..Biasanya aku layan Swiss jer..


Mr Danny offer kat aku..Harga special..Aku dah beli pun jam ni..

Not for sale yg ni..Solid beb body dia..

Terbaik Seiko Diver ni..Koleksi terbaru aku..


Cun beb..


Baju ves smart master





* 100% original butik,kain lembut,tebal dan selesa
* size M
* antara koleksi kesayangan 
* sesuai dipakai ke ofis..

RM59 NETT

Thursday, April 28, 2011

T shirt Che Guevara yg cun



Siapakah dia?

Wira Cuba


for sale t shirt Che Guevara
size M 
rare item..
brand AAA made in mexico

Terbaik EDWIN e-function kain minyak size w34L33 for sale




E-Function kain minyak..Condition 9/10
Nilai untuk RM anda..Made in Japan
Tersimpan rapi..

Peh!!Terbaek dari Ladang ..
Tulang tepi cutting senget..
Tiada koyak@reput..Dijamin oleh Mr Zul

E Function Edwin...

Berwarna Biru Gelap..Kain minyak..Akan menjadi koleksi
terbaik anda.. 

RM SOLD (nego...)

Rare Item..Kain minyak cun..Kaki jahit rantai..tip top

Anda berminat?Call saya..

Wednesday, April 20, 2011

Opera Hidup Wings akan bermula..


As Salam..

Rasanya 10 hari lagi untuk berlangsungnya Konsert Opera Hidup wings kat
Istana Budaya..Kalau ikutkan dah tak sabar ni..
Ni yang aku publish gambar-gambar masa PC yang lepas..
Korang dah beli tiket belum?kata rock..kena pegi konsert ni..Yob
Lepas ni tak tahu la pulak bila Wings boleh buat konsert
Macam ni lagi..Rugi kalau tak pegi…

Kepada geng SSW Madi,Farizan,Zul Azri,Mat Rock,Bob klang
dan yg lain jumpa kat IB nanti..

Peminat –peminat rock tanahair semua dan teristimewa untuk peminat wings
Semua..Konsert Opera Hidup ini adalah satu penghargaan Wings kepada
peminat..Kata Joe Wings hari tu, masa kat BBC..Terharu Beb…
25 tahun Wings tempuhi ranjau  muzik rock tanahair…

 Wings with Harley Davidson

















Dari kiri Hattan,Yanzen,Mus,Azlan,Awie dan Papa Rock Rami Sarip..


























superfriend






















Poster rasmi Istana Budaya wings

Wings..Wings..Wings

PC kat Borneo Baruk Club,Bukit Bintang..Aku ada kat sana..


Gambar lama Wings masa album Belenggu Irama
Teringat zaman aku muda-muda dulu hehe
“berbekalkan jacket biru,yg disangkutkan dibahu
walau tiada wang di saku..Hati tetap senang selalu”
hei…Lagu Jacket Biru ///


*Ingat lagi masa pc kat BBC aku dapat berborak dgn semua Bro =W= best giler..
Jojet dan Sham pun ada...Bro MUS & MEL pn sporting ...

Mr Zul Pat-Pat Siku Lipat

Monday, April 11, 2011

Aku,Tissot Visodate dan Gulai Tempoyak

Macam  mana aku nak kaitkan cerita dengan tajuk nie..Hehe,Sebenarnya tengahari tadi aku dengan member aku pergi makan kat Ipoh Station http://ipohstation.blogspot.com/..Menu istimewanya itu ler dia..Masak Lemak Gulai Tempoyak Ikan tenggiri ditambah la pulak dengan air Logan ais ..Pehh cair air liur..Hehehe,korang layan dulu gambar gulai tempoyak nih..




Sambil tu aku nak memperkenalkan koleksi  baru aku..Tissot Visodate Seastar seven…Gold tu..Jeng-jeng..


 " tinggal kenangan gagal segala impian ,tinggal bertanya erti sejati...sejati.."
Titoni Airmaster Rose Gold ni dah dipindah hak milik..Kepada Saudara Amar http://amar-variasijam.blogspot.com/


Ni pulak bukan gambar jam aku,ni gambar Visodate yang baru,model ni yang aku idam-idamkan tapi tak mampu lagi buat masa ni..Tengah kumpul duit nih..

korang nak info detail klik  link ni http://detikduabelas.blogspot.com/search/label/tissot

Blogs Brother Asan detikduabelas..Jiran aku..

Terima Kasih,

Mr Zul Pat-pat Siku Lipat


Coretan :


Terima Kasih kepada Abang Hamid,yang menelefon saya bertanyakan jam Tissot 
Visodate ini..Tapi hati saya berat untuk menjual jam ini..Mungkin saya sudah jatuh cinta
dengannya.


Apapun,saya tahu yang Abang Hamid adalah seorang pencinta jam macam saya juga..Yang
tahu menilai seni dan sejarah jam itu sendiri..


"Hargailah masa,sesungguhnya masa itu lebih bernilai daripada emas"




Friday, April 8, 2011

Saksikan aksi Ray-Ban Wayfarer Folding yg memukau mata

Ray-Ban Wayfarer Folding B&L


BL..



sejuk jer mata kalau pakai tengah panas..



Model No  :  (W) 0670

Frame Matte Black Wayfarer Folding

Cermin G-15 bersaiz 50mm @ medium

Condition :   Tip Top

Case          :   Tiada

Bercop, B&L, Wayfarer dan B&L Ray Ban USA
  
Tiada warranty card/brochure/tag

Harga yang ditawarkan : RM650.00 Nego


Call jika berminat..


Item sold to Ibrahim COD IOI mall Puchong,8.30 pm 20 July 2011

Thursday, April 7, 2011

Sampai Jua Akhirnya



Dua kuntum bunga Levis 505 di taman aku...,  disunting oleh member blogger aku Zulekhzan 


@ lebih dikenali  http://jamlama.blogspot.com/  dari Bintulu Sarawak..(blog jual jam yg cun2)


Perjalanan yang jauh , Dari Shah Alam ke Bintulu Sarawak..hehe 


ni cerita Levis 505 kat blog dia ,link http://jamlama.blogspot.com/2011/04/levis-505.html




Mr Zul Pat-Pat Siku Lipat



Friday, April 1, 2011

Aksi-aksi menggoda 501& 505 for sale



Berita  terkini yg aku dapat(Info ni dari member aku tokey kilang bundle)..lepas ni harga
barang bundle akan naik mendadak Semuanya berpunca dari Tsunami yg melanda Negara
Matahari Terbit iaitu Jepun..Peh!!! Dashyatkan..

Moral of the story,nak cari apa2 barang,sekarang lah masa terbaik..hehe3x

Dan kebetulan pulak,aku dah ada banyak stock Levi’s 501 dan 505..

Aku nak letgo murah2 jer…Harge kawan-kawan..(korang boleh order size 28~40)
Semuanya terbaik dari ladang..(copy iklan susu feanleaf) jgn marah …hehe
Semua original..Dijamin bro..(tgk cth gambar)











 yg ni not for sale 501 pelaris aku punya


cakap je size ape korang nak semua ada..




Levis 501  sehelai RM95 Siap Pos Laju

Levis 505  sehelai RM65 Siap Pos Laju


Untuk order call@sms Mr Zul Pat-Pat Siku Lipat

SMS kan nama&alamat size..