Wednesday, December 22, 2010

Konsert Double Trouble Disambung Semula

Penutup Tirai untuk tahun 2010

Pasti ribuan peminat-peminat Search dan Wings di sebelah utara sudah tidak sabar lagi menunggu kehadiran dua kumpulan rock tersohor ini beraksi di atas pentas yang sama.  Fenomena muzik rock akan terus memuncak lagi pada tarikh 25hb Disember, 2010 di Surf Beach @ Sunway Lagoon.  Sejarah muzik tempatan akan tercipta sekali lagi kerana DT artis merupakan dua kumpulan rock tempatan pertama diberikan penghormatan mengadakan konsert tersendiri di Surf Beach @ Sunway Lagoon
 
Konsert Gemuruh DT dijadualkan berlangsung selama dua jam setengah.  Dengan kehebatan dua legenda rock, pencinta muzik dapat menyaksikan persembahan hebat mereka menerusi lebih 20 lagu hits yang dipersembahkan Search dan Wings. Pastinya, Search tidak akan ketinggalan melagukan lagu-lagu hebat mereka yang malar segar seperti Fantasia Bulan Madu, Isabella, Pawana, Fenomena, Meniti Titian Usang, Opera Hidup, Derap Komando dan banyak lagi.
Sementara Wings tidak akan menghampakan peminat mereka dengan lagu-lagu popular seperti Teori Domino, Pentas Opera, Peronda Jaket Biru, Rock ‘n’ Roll Lu Punya Suka, Sejati, Taman Rashidah Utama dan Bernafas Dalam Lumpur.

Konsert Gemuruh DT dianggap sebagai penyatuan semula dua kumpulan legasi rock yang telah pun bertahan melebihi dua dekad.  Saingan yang hebat dengan kemunculan kumpulan-kumpulan rock yang jauh lebih muda dan bertenaga tidak sesekali mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang di persada seni.  Search dan Wings tetap unggul di hati peminat-peminat mereka yang setia.

Tanggal 25hb Disember, 2010, merupakan ‘finale’ Konsert Gemuruh DT sebagai penutup tirai tahun 2010! RYE Production mengambil kesempatan keemasan ini untuk memberi penghormatan dan penghargaan kepada dua kumpulan rock legenda tanahair.  Kami amat berbangga sekali dapat bekerjasama dengan mereka dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Digi kerana sudi menaja persembahan Konsert Gemuruh DT.  Begitu juga kepada pihak Sunway Lagoon dan penaja-penaja yang lain.

Dengan gabungan dua kumpulan rock ternama ini, kami ingin mengimbas kembali kenangan manis zaman kegemilangan muzik rock tempatan yang ditujukan khas kepada peminat-peminat mereka.  Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak-pihak yang terbabit di dalam pengendalian Konsert Gemuruh DT.  
Masih mengekalkan harga tiket berharga RM70.  Tiket-tiket boleh dibeli dikaunter tiket seperti yang tertera.

*Anda juga berpeluang bertemu dengan otai-otai rock tanahair(wings&search) di

Sunway Pyramid pad 23hb Disember, 2010 jam 5 petang. Jangan lepaskan
peluang ini. Datanglah beramai-ramai!

Dua nama "gergasi" rock bergabung utk satu konsert
poster iklan
contoh tiket konsert

Konsert Double Trouble Disambung Semula ...Jeng-jeng,sekali baca tajuk mcm tak caya jer..tapi memang benar,so kepada peminat-peminat tegar wings&search inilah masanya untuk kita menyokong mereka...for more info http://www.sayap2wings.com

Insyallah,saya dan beberapa orang kawan akan pegi..mr-zul pat-pat sikulipat

jumpa kat sana,semoga wings akan terus terbang tinggi..

Tarikh            : 25 Dec 2010
Masa             : 8.45~12.30 malam
Tempat          : Sunway Lagoon
Harga Tiket   : RM70

*utk mendapatkan tiket boleh call Bro Zul 012-292 8091/Azri 012-276 6862


"Orang Kita Ada Di Mana-Mana Sahaja"

Orang Kita Ada Di Mana-Mana Sahaja, terima kasih atas sokongan semua ahli Sayap2WINGS yang memastikan WINGS & Sayap2WINGS terus terbang tinggi dan berada pada kelas yang tersendiri ! Happy 2nd anniversary






No comments:

Post a Comment