salam semua..
aku minat sangat dgn wings nih..share sikit sejarah diorang kat blog aku..kalau nk tahu lagi detail boleh ke http://www.sayap2wings.com ,boleh join sayap2 wings sekali..tq,mr-zul pat-pat siku lipat
SEJARAH PENUBUHAN WINGS
Article Index |
---|
SEJARAH PENUBUHAN WINGS |
Teori Domino |
Bazooka Penaka |
1985; Bermula dengan minat yang sama dalam dunia muzik, sebuah band yang dianggotai 4 anak muda ditubuh berteraskan irama rock n roll. Ahmad Azhar Othman@Awie, Rodzane Mohamed@Jojet, Syam dan Zul mula memberikan komitmen untuk haluan kerjaya mereka. Mereka giat mengadakan persembahan kecil di majlis perkahwinan dan di kelab sekitar ibukota. Dengan melantik Bob Lokman sebagai pengurus mereka, anak2 muda ini mula menetapkan hala tuju mereka untuk menjadi sebuah band yang memperjuangkan rock n roll di tanahair yang akan dikenali ramai. WINGS ~ nama yang dipilih mewakili wajah wajah keempat-empat anak muda ini sebagai nama band mereka.
Malangnya Jojet mengundurkan diri dari Wings untuk bersama dengan kumpulan Gersang. Zul juga berundur atas sebab-sebab peribadi. Kedua-dua posisi drum dan bass diganti oleh Azmi Hashim@Black dari kumpulan Babylon sebagai pemain drum dan Shamsaidi Ulong Idris@Eddie dari kumpulan K.B.Blade sebagai pemain bass.
Mula terbang
1987; Wings telah menerima banyak tawaran untuk menjadi artis syarikat rakaman selepas mula memberikan persembahan mantap disetiap show mereka. Namun mereka memilih Atlantic Sound Production (ASP) sebagai syarikat rakaman mereka atas alasan mahu sebuah syarikat rakaman yang tidak mempunyai artis rock ketika itu.
Maka terbitlah album Belenggu Irama dibawah label ASP. Diterbitkan oleh M.Nasir, album ini mendapat sambutan luar jangkaan dengan terjual lebih 120,000 unit sehingga kini. Sesuatu yang amat jarang dilakukan oleh sebuah band yang baru mengeluarkan album pertama ketika itu. Namun album ini telah digam penyiarannya oleh RTM atas sebab-sebab provokasi lagu-lagu dalam album itu sendiri. Ini tidak melemahkan semangat Wings untuk terus memperjuangkan irama rock n roll.
Wings mula mengorak langkah dengan menerima mana-mana jemputan pertunjukan di seluruh pelusuk negara. Syam, pemain gitar utama telah mengundurkan diri untuk mengembangkan kerjaya seninya dan telah diganti dengan seorang pemain gitar berbangsa cina, Tham WingKwan@Tham dari kumpulan H20.
Karma mereka berubah
1988; Tak lama bersama Wings, Tham mengundurkan diri dan Wings telah mengambil seorang pemain gitar kidal, Abdul Zamin Abdul Kadir@Joedari kumpulan Scandals sebagai pemain gitar untuk mereka. Memenuhi syarat perjanjian kontrak dengan ASP dan juga ingin memberi sesuatu yang baru kepada peminat mereka, Wings ke King's Studio untuk merakam album kedua mereka bersama-sama dengan pemain gitar baru mereka. Maka terbitlah album Hukum Karma yang telah disiapkan hanya dalam masa 2 minggu sahaja.
Dengan jualan yang telah mencecah ke angka 170,000 unit, Hukum Karma dianggap sebagai pemangkin untuk Wings terus melebarkan sayap kerjaya mereka. Undangan pertunjukan di seluruh negara cukup padat. Wings sudah mempunyai nama yang cukup kukuh ketika itu walaupun album Hukum Karma ini juga telah digamkan penyiarannya. Semangat untuk mempromosikan diri secara total melalui pertunjukan terus membakar.
No comments:
Post a Comment