Saturday, November 9, 2013

"Keindahan itu adalah milik kamu, Sayangku" Batu Permata Untuk dijual...

Assalammualaikum..Pembaca blog aku sekalian..



Update : Batu ini telah dijual.
Batu Faifuz..Berurat warna emas yang nyata..Warna biru muda dipisahkan dengan urat-urat emas...Menyerlahkan lagi keindahan batu ini.
Sila bandingkan size batu tersebut dengan syiling 50sen lama. Size sederhana besar, amat sesuai dijadikan cincin atau pun diikat sebagai loket rantai...

KEPADA ANDA YANG BENAR-BENAR MINAT SAHAJA...COD hanya untuk kawasan puchong sahaja.Postage ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

HARAP MAKLUM.


Update : Delima Retak Seribu hanya tinggal 1 biji sahaja.No.2 dari kiri
yg lain semua sudah dijual.
Harap maklum.

Batu Asli Delima Retak Seribu..Sila hubungi saya jika anda berminat sahaja
Keindahan batu ini.,dengan warna merah yang sekata , urat batu yang kelihatan seperti retak, air yang jernih...Ianya menambahkan lagi keunikkan batu ini..

Batu Delima Retak Seribu diletakkan di atas cahaya lampu..
Terserlah urat batu ini apabila dipancarkan cahaya..Sukar untuk dapatkan batu yang berkualiti seperti ini..


Batu Zamrud Asli..Untuk dimaharkan
Sila buat perbandingan size batu ini dengan syiling 50 sen lama..
Warna hijau muda yang sekata dan jelas..Zamrud sebagai tanda cinta dan kebijaksanaan.
Usahlah diragukan lagi..




Batu Zamrud di atas telah diikat cincin.

Biar gambar ini yg menceritakan segalanya.Anda "tahu",apa yang anda lihat...

Sedikit urat halus menambahkan lagi keindahannya..Batu ini diletakkan di bawah cahaya bertujuan untuk anda melihat "air" batu ini...Tidak perlu diungkapkan lagi..Kepada anda yang tahu nilai keindahan Batu Zamrud pasti tahu...


0000000

Sekian.








Tag : Batu Delima Asli, Batu Permata Cincin, Cincin Perak , Batu Zamrud Asli , Emerald Stone , Ruby , Pear ,Oval , Rounnd , Baguette , cutting stone , Diamond , Moon Stone ,Opal , Blue Topaz , Tanzanite , Gainet Stone , "ct" , Yellow Gold , White Gold , Rose / Pink Gold , Copper , 24K , 18K , 14K , 10K , Silver ,Diamond Heart , Diamond and Gemstone Shapes.
Mani Gajah , Kecubong , Batu Api , Batu Petir , Akik Yamen ,Akik Asli , Batu Permata Cincin , Delima Daging , Cindai , kristal




Wednesday, October 16, 2013

Linangan Air Mata di sebalik Tirai Besi...(Berdasarkan Kisah Benar)



ooooooo

Assalammualaikum..

Entahlah hati aku sayu bila melangkah ke tempat ini...Tempat yang menyimpan seribu satu cerita di sebalik tembok yang usang ini. Adakah ianya seusang hati si penghuninya.

Kakiku melangkah longlai untuk ke kaunter pendaftaran untuk melawat seseorang..Ah..Aku disekelilingi oleh ramai manusia,yang berusia...Wanita yang membawa anak, wanita tua dan pasangannya..Pelbagai kaum.

Aku lihat wajah seorang lelaki tua, yang pada hematku mungkin sebaya dengan ayahku di kampung.
Muka merah ,matanya berair mungkin baru lepas berjumpa dengan anaknya di sebalik cermin kaca dan bercakap mengunakan telefon. Sedih!!! Hatiku pun turut sedih...Menangis sama..Apakah perasaan seorang bapa, jika melihat dan berjumpa anak kesayangannya dengan berbaju berwarna jingga@oren...

Aku terfikir sendiri..Derita yang ditanggung oleh pakcik tadi..Ya..Allah,Kau tabahkan lah hati pak cik itu..Spontan dalam hatiku.

Ku lihat pula, wanita melayu dan dua orang anak perempuannya...Aku tegur anak kecil tadi, "adik datang tengok siapa ?"soal aku sambil senyum.." tengok abah " balasnya..Lagi hatiku sayu..Seorang isteri dan dua anak perempuan datang untuk melihat suami dan abah mereka...



Akhirnya tiba pula, giliran aku...wajah yang lama tidak lihat kini di depan mataku..Matanya berair namun cuba senyum padaku..Mungkin dia cuba sembunyikan kesedihanya. Kami berborak..Tapi tidak banyak yang boleh aku bualkan...

Pesanan aku untuknya, Tabahkan lah hati dan Allah sentiasa bersama kamu.Asal kamu insaf dan bertaubat...Tutup buku lama, buka buku baru..Yang hitam ambillah pengajaran dan sempadan...Yang putih akan datang sendiri..



Moral of the story :

1. Jenayah membawa padah...999
2. Telajak perahu boleh diundur...Kalau dah buat jenayah dan ditangkap "makan tak habis"
3. Jangan menyusahkan makbapak,anak bini...

ooooooo






Monday, October 7, 2013

Koleksi Golok Ukiran Ikan dan Golok Buatan Tangan untuk dijual.




ooooooo
Golok hasil buatan tangan sarung kayu berkualiti  dan besi pisau yang tahan.
Ukiran halus disarung dan hulu golok adalah hasil ukiran tangan.
"Seni ukiran Melayu"

Kepada Tuan-Tuan yang berhajat untuk memiliki boleh telefon saya.
Item juga boleh dipos.

Untuk harga dan keterangan lanjut telefon saya.
ooooooo




Tag @ Kata carian : keris,golok, silat, pedang samurai, pisau, ukiran bunga kelawang, cindai, silat cekak,

Tuesday, October 1, 2013

Gema Di Inderaloka by WINGS live Double Trouble JB Larkin.






"GEMA DI INDERALOKA"

Album : Double Trouble Tahun 1993
Keluaran :BMG Malaysia
Lirik :

waktu pintumu ku buka setengah
gemersik menikam melantun suara
ku tinjau sejenak untuk periksa
bergema di lembah inderaloka
suaramu membisik merdu di kalbu memanggilku 

ku buka sepenuh pintu dayamu
dan melangkah masuk ke dalam tamanmu
aku tak pasti apa kan berlaku
kalau ku ditangkap pengawalmu
mungkin aku 
akan terkorban dalam merinduimu

tapi kenapa kau hadir saja
dalam setiap mimpi-mimpiku
dan meninggalkan kunci dan peta
kalau aku kau tak ingini

kasih 
siapa aku di sisimu
kini ku berada dalam tamanmu tiada aku takut 
akan kematian
kerana hidup dan mati sama untuk ku telah ku lalui 
berulang kali

keindahan tamanmu tiada bermakna
jika wajahmu tidak ku temui
biar ku terlantar dimamah waktu
aku tetap akan menunggumu
kasih 
siapa aku aku di sisi mu

ku pakukan kakiku ke tanahmu
biar berdarah menjadi sungai
agar tak bisa dicabut oleh sesiapa
yang mahu menghalauku keluar

siapa aku 
di sisimu 
kasih
siapa aku
di sisimu 
kasih
siapa aku 
di sisimu 
kasih
siapa aku 
di sisimu 




OOOOOOO



Ulasan aku :

Gema di Inderaloka merupakan lagu yang di kategorikan "rare" kerana liriknya yang amat puitis ada maksud tersirat di sebalik bait-bait lirik lagu ini.

Lagu ini dari album Double Trouble keluaran BMG pada tahun 1993.

Pertama kali aku dengar lagu ni, meremang bulu roma aku..Petikan "plugking" Joe jelas dan sedikit nakal..sekali dengar memang ingat sampai bila-bila,solo Joe juga amat ketara. Imej muzik Wings diperkuatkan lagi oleh petikan gitar Joe.Terbaik juga kepada Awie dan angota Wings yang lain.

sesikulipat.blogspot.com

sentiasa

menyokong

=WINGS =



Saturday, September 28, 2013

2 Zippo dan 2 Loket Naga untuk dijual...

UPDATE  : TELAH DIJUAL.

ZIPPO DAUN PADI.
DIUKIR DAN ORIGINAL USA

Zippo Manufacturing Company
33 Barbour Street
Bradford,pa 16701 USA
(814)3682700

Call for best price !

Zippo Solid Brass..
Gambar menceritakan segalanya..okey bro. 


Update : Zippo Solid Brass telah pun dijual COD  Mamak Pelita, IOI Mall Puchong.


SOLID BRASS USA

for sale...Batu jed asli diikat perak,ukiran naga bersama bebola api

OOOOOOO
Update : Batu Jed Loket Naga telah pun dijual..COD Tesco Puchong.
Loket naga langsi...

Update : Loket Naga Langsi juga sudah jual .Postage ke Penang.Buyer Ah Cheong.

# tkh #



Terima kasih kepada semua buyer..You're Rock..Terima kasih kerana percayakan saya...


Tag @ kata carian : Zippo Manufacturing Company, Zippo Solid Brass, ukiran naga,naga langsi, ZIPPO, 33 Barbour Street USA, SOLID BRASS USA

Thursday, September 26, 2013

WINGS 1991


ooooooo







Versi Spontan di bilik hotel...Gelagat Awie,Joe,Eddie dan Jojet..
Satu kenangan yang diabadikan di You Tube..
Kepada anda yang belum pernah menonton..

sesikulipat.blogspot.com sentiasa menyokong WINGS 


ooooooo

SEJATI

ooooooo

MISTERI MIMPI SYAKILA

ooooooo

DALAM KEHADIRAN SOFEA

ooooooo

Wednesday, September 11, 2013

Ustad Azhar Idrus feat. Ustad Don Daniyal....Renung-renungkanlah..Wahai Sahabatku...




ooooooo

* "Anak yang mengenang jasa ibubapa yang membalas budi , ialah  anak yang boleh memberi manfaat kepada ibubapa selepas ibubapa meninggal dunia." Ustad Azhar Idrus.

* " Wahai ibubapa, kalau hari ni,anak-anak nampak agama itu kecil , itu adalah tanggungjawab ibubapa untuk bagi ia nampak besar..!" Ustad Don Daniyal.

ooooooo

aku adalah hamba, anak, ayah dan orang,
Hamba kepada yang Allah SWT,
Anak kepada ayahku,
Ayah kepada anak-anakku,
Orang kepada masyarakat...



2 ilmu kena cari...Tak salah belajar ilmu dunia .., yang salah bila tinggalkan ilmu agama.
ilmu agama untuk selamat di akhirat, ilmu dunia untuk kesenangan di dunia..

ooooooo




Tag : Ustad Azhar Idrus , UAI Lawak , Ustad Don , Ustad Don Daniyal 2013 , DON , Serban Ustad Don , Dunia Islam , Ustad Don Live in UK ,30 Minit Bersama Ustad Don , Kemah - Keming , Lawak JKK , UAI (Original ) , Ustad Don (Original ) , Kaler Biru Tua , Islam Dulu Kini dan Selamanya.

Tuesday, August 27, 2013

Pengalaman memandu uji PROTON SUPRIMA S

gambar ni aku dapat dari paultan.org
SUPRIMA R

aku pun tak pasti bila Proton akan keluarkan model ni..

Cun, cantik dan menarik

Suprima S adalah dalam Segmen C

Suprima S yang aku pandu uji yang warna hitam  (gambar),teruja apabila memasukkan kunci di slot dan menekan "start button"klass  gitu..Deruman enjin 1.6 liter turbo dengan Pro Tonic Continuous Variable Tranmision untuk singkatan CVT memberikan 7 kelajuan gear Automatik.

Engine CamPro Turbo ini menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,00o RPM dan 205 Newton Meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 RPM amat berkuasa seperti kereta 2.0 liter.Satu pencapaian terbaik.Syabas PROTON...Siapa kata buatan Malaysia tak bagus...

Dan satu lagi CVT,mungkin ada yang tak tahu kan? CVT berfungsi melancarkan pergerakkan kereta semasa penukaran gear.Tiada lagi renjutan @ bahasa kasarnya senggukkan apabila penukaran gear belaku.

Mengambil selekoh memang mudah dan terasa amat selamat,aku sendiri terkejut dengan pestasi cemerlang Suprima S ini. Memang benarlah kata salesman Proton Edar macam bawa VW Golf pulak..Tahniah Proton!!!

Kepada anda pembaca, jangan  dengar cakap orang yang tak tahu menilai kereta, baik cuba sendiri. Secara keseluruhan Suprima S adalah hasil daripada kejuruteraan kereta terkini yang menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang diperakui oleh ANCAP dengan mendapat 5 bintang setaraf dengan jenama BMW.

Sebagai rakyat Malaysia aku amat berbangga yang PROTON sebuah syarikat Malaysia mampu menghasilkan kereta setaraf keluaran antarabangsa.

Dengan tawaran jaminan daripada PROTON selama 5 tahun atau 150,000 kilometer menjadikan Suprima S amat berbaloi dimiliki oleh anda semua!!! 

Uji pandu hari itu aku akhiri dengan memandu tenang di highway KESAS menuju ke PROTON COE ,USJ Subang.



Tags : Proton , Suprima S, Honda City 2013, Kelab Satria Neo, Proton Suprima S  vs Toyota Vios 2013



Saturday, August 24, 2013

Review Kehebatan PROTON SUPRIMA S


Apakah ciri-ciri keistimewaan Suprima S?

Kesempatan memandu uji model terbaru PROTON ini , aku gunakan sebaik mungkin untuk menilai dan memberi komen mengikut pengalaman aku memandu uji model Proton Suprima S ini.

Rekabentuk dan Luaran SUPRIMA S

Secara umum aku rasa semua tahu yang SUPRIMA S kelihatan seperti Proton Preve versi aeroback (merujuk ke model keluaran PROTON Wira ) Daripada komen orang ramai yang aku dengar,ada suka dan ada yang tidak.Biasalah bro.., Bila made in Malaysia semua orang komen negatif...Tapi pada pandangan aku PROTON telah pun menjalankan tugas dengan begitu baik sekali...Buktinya adalah PROTON PREVE dan yang terbaru PROTON SUPRIMA S ini.

Secara keseluruhan untuk rekabentuk dan luaran, aku nilaikan 7 , untuk skala 1 hingga 10.Dengan lampu depan yang "garang",bumper depan yang berbentuk "V"tirus adalah ciri-ciri kereta Jepun dan Eropah terkini...


Dengan lampu belakang yang jelas dan berbentuk segi empat panjang yang cantik amat sesuai untuk model terbaru ini.Ditambah pula dengan rim alloi 17 inchi yang menawan..Peh!! SUPRIMA S adalah terbaik....




Rekaan Dalaman SUPRIMA S.

Rekaan dalaman sesuatu kereta sebenarnya adalah perkara yang subjektif..Ini pendapat
peribadi aku,kalau korang tak setuju, itu korang punya pasal lah..hehe

Pengalaman pertama membuka pintu sebelah pemandu SUPRIMA S, adalah satu ruang yang luas dan tidak serabut mata..Dengan tone warna gelap dan sedikit warna perak menimbulkan rasa tenang dalam jiwa aku..Hehe,ditambah lagi dengan bau kereta baru..

Ciri-ciri seperti GPS yang dikuasakan oleh Android,wifi, 7 inci LCD untuk pemain DVD dan 4-6 speaker..Memang  terbaik daripada ladang...





6 beg udara,tingkap anti-perangkap, ABS,ESC dan tambahan bagi model premium
Park Assist dan kamera undur.




"padlle Shift" (Gear di steering) ciri-ciri kereta mewah dan sport.
Steering balutan kulit kemas beserta suis @ botton  untuk handfree dan volume ..
Panel meter yang menyala waktu siang mengelakkan mata silau dengan pencahayaan sederhana.


Rim alloy 17 inchi terbaik.. ABS



Harga :
SUPRIMA S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
SUPRIMA S 1.6 Executive (solid) RM76,338
SUPRIMA S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
SUPRIMA S 1.6 Executive (solid) RM79,638


Varian warna yang ditawarkan biru,merah,silver, putih dan hitam.Suprima S menjanjikan pemanduan yang selesa dan senyap..Seperti memandu model VW.


kreadit kepada  blogs Paul Tan : http://paultan.org

 * Beberapa data aku baca sini..


Nantikan pula post terbaru aku : Pengalaman memandu uji PROTON SUPRIMA S

BERSAMBUNG...


Tags : Suprima S,Proton Baru, Preve ,Model Baru ,Proton terkini , R3 , GTI Club , V6 Club



Thursday, August 22, 2013

PROTON SUPRIMA S..Terbaik daripada PROTON.


SUPRIMA S adalah model terbaru daripada PROTON.
Dilancarkan pada 17 Aug 2013 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Penasihat PROTON bersama Pengerusi  Eksekutif  PROTON Holding Berhad YgBerbahagia Tan Sri  Dato' Sri Haji Mohamad Khamil Jamil.


Engine 1.6 Turbo CamPro..Menjanjikan pemanduan yang terbaik.

Reka bentuk yang menarik dan "sporty"


Di bawah iklan rasmi PROTON SUPRIMA S


Secara eksklusif aku akan buat review detail berkenaan  SUPRIMA S ni...
Hasil daripada uji pandu aku sendiri...Dan akan aku post kan pelbagai gambar PROTON SUPRIMA..

Apa keistimewaan dan kelebihan ?
Apa yang membezakan SUPRIMA S dengan model lain?
Apakah ciri-ciri SUPRIMA S?

SEMUA PERSOALAN ITU AKAN TERJAWAP NANTI..
Dalam posting aku akan datang " Reveiw Kehebatan PROTON SUPRIMA S"




Tag : PROTON SUPRIMA S,suprima s, R3, Proton Malaysia,Waja,Gen 2,Wira SE Club


Tuesday, August 20, 2013

Kisah Cinta Abu Si Pemuda Miskin...


Alhamdulillah bertemu lagi kita..Hari ni hati aku senang untuk menulis..Aku beri tajuk "Kisah Cinta Si Pemuda Miskin"..

Al-kisah bermula ada seorang pemuda yang bernama Abu (bukan nama sebenar)walaupun miskin tapi beliau kaya dengan budi pekerti, rajin, tahu menghormati orang tua dan yang paling best alim..Ala-ala Ustad Don gitu..


Ustad Don
Sekadar Hiasan.

30 Minit bersama Ustad Don...TV Al-Hijrah
Nama Penuh :Don Danial Don Biyajid
Tarikh Lahir : 14 Nov 1984
Lahir di Bukit Mertajam P.Pinang

Abu tinggal di sebuah kampung di Negeri Perak.Rutin harian Abu adalah bekerja memanjat pokok ..Tak kiralah pokok apa pun..Asal pokok,pokok petai , pokok kelapa dan sebagainya.Dan yang bagusnya Abu sentiasa menunaikan solat fardu di masjid,tak kira macam mana pun beliau sentiasa ada di masjid.Hujan ke ,petir ke ...., dia tetap ada.

Ketekunan Abu sebenarnya telah lama diperhatikan oleh Pak Usop yang merupakan salah seorang pengusaha perniagaan di kampung tersebut. Pak Usop ada mempunyai seorang anak gadis bernama Nur Ain(Mirip Neelofa versi bertudung).Sedikit info tentang Pak Usop..Beliau memang mencari calon suami untuk anaknya.Pemuda-pemuda kampung yang lain memang ramai tapi tak ada seorang pun yang Pak Usop berkenan..Yelah,kalau aku jadi Pak Usop pun aku tak berkenan.





Pemuda-pemuda kampung  semuanya pemalas, makan nak sedap..Bangun pagi lewat,tahu nak bergaya je kerja malas..ada hati nak kahwin anak aku..kata Pak Usop dalam hati... 

Suatu malam selepas solat magrib, Pak Usop menegur Abu dan mengajak minum di warung di kampung...

" Abu, aku ni sebenarnya dah lama berkenan dengan ko ni..!!! " berseloroh Tegur Pak Abu..Sambil menghembus asap rokok Bensonnya berkepul-kepul...

Dalam hati hati Abu berdetik...(bila masa Pak Usop ni gay pulak ni..mampuh aku nih..)Abu hanya mampu diam..sambil menghirup kopi 'O' suam..(sambil memikirkan jalan untuk lepaskan   dirinya.....

" Senyap jer Abu...Aku tanya kau ni...Kau tak suka ke dengan anak aku..Nur Ain..? Tanya Pak Usop lagi....

A...pa?? Nur Ain??? Betul ke Pak Usop ni? @ Pak Usop saja nak buat lawak...hehh (Dalam masa yang sama Abu rasa happy sangat dah macam nak lari 4x100 meter pulak !! ) Nasib baik Pak Usop ada..Yelah terpaksalah Abu menjaga adab di depan bakal Pak mentua dia..hehehehhh...

Mana tak terkejut Abu, Nur Ain adalah gadis pojaan hatinya tapi disebabkan dirinya miskin dia hanya mampu menyimpan saja niatnya itu....Tapi dengan izin Allah SWT..Niat Abu tercapai jua...Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui segalanya.

Dipendekkan cerita, berkahwinlah Abu dan Nur Ain..Bahagialah mereka.Dikurniakan anak-anak yang comel dan taat perintah Allah.Dah besar pun..hehe... 

Moral of story :

1.Allah menjadikan kita kaya @ miskin adalah ujian di dunia, kalau miskin lain ujianNya.Bila kaya lain pulak ujian.

2.Tak kira kita buat kerja apa.., lawyer ke,doktor ke (keja yg halal) Allah tak pandang semua tu..Allah pandang amalan kita.

3.Hati kena bersih, baik dan sentiasa bersangka baik dengan orang lain..



...Abis dah...



( *Berdasarkan kisah yg ada kebenarannya )








Thursday, August 15, 2013

Indah Sungguh..Salam Syawal

Batu Zamrud...Keindahannya memang tidak dapat dinafikan lagi..Menjadi impian bagi pengemar @ peminat batu cincin.
Zamrud juga adalah lambang cinta sejati dan kebijaksanaan..

Batu Fairuz..Keindahanmu memang nyata..

Akik Yaman Hitam.Apa keindahan dan khasiatnya?



Salam Syawal kepada semua sahabat & pembaca blogs, semoga dengan kedatangan Syawal kali ini membawa seribu rahmat dan kesejahteraan kepada Tuan- Tuan dan keluarga.

 - Admin Sesikulipat -

Aku tujukan khas lagu raya ni buat semua pembaca blogs sesikulipat : Raya yang Sempurna WINGS