Sunday, December 12, 2010

***review DT2010***

***review DT2010*** ni aku copy dari blog lain utk dikongsi cerita,aku dan 3 orang member pun "turun" pegi konsert nih..Konsert Double Trouble ni diadakan pada 1 Mei 2010 di Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort bermula jam 8.45 malam.








***review
 dibasuh oleh Basuh Baju

Saya bukanlah generasi yang membesar dengan muzik rock. Adalah mustahil untuk mereka yang lahir pada tahun 89 melayan muzik rock. Di zaman persekolahan saya, genre nasyid telah mengambil tempat. Saya hanya kenal rock ketika menyertai PLKN 3 tahun yang lepas. Itupun melalui beberapa kenalan yang mereka perolehi kaset rock dari abang-abang mereka. Di universiti sekarang, jangan mimpilah nak jumpa geng yang minat sama. Lagi-lagi gi UIAM.haha Kalaupun ada yang minat muzik rock, itupun setakat band-band jiwang seperti SLAM dan Ukays. Band-band otai macam Search dan Wings sangatlah kurang.

Saya adalah insan yang menilai sesuatu band dan penyanyi itu melalui vokalnya. Lagi-lagi ketika membuat persembahan. Bagi saya inilah asas kepada nyanyian. Lirik dan muzik di nombor dua. Tetapi ini pendapat masing-masinglah. Saya bukanlah pakar pun. Kalau anda tak bersetuju tidak mengapa. Cuma inilah sebabnya mengapa saya meminati Search dan Wings. Bagi saya vokal mereka ketika membuat persembahan cukup mengagumkan. Amy Search dan Awie Wings- keduanya adalah penyanyi yang rare.
*

Malam tadi saya ke sana. Sejujurnya inilah kali pertama saya pergi ke konsert rock. Jadi saya akui saya bukanlah insan yang pakar dan tahu selok belok tentang muzik apatah lagi muzik rock. Yang saya nampak, itu yang saya tahu. Dari pengalaman itu sahajalah pandangan ini diolah.

Jam 7 saya tiba di Bukit Kiara Equestrian Indoor Arena. Ini kawasan elit. Tempat orang kaya main kuda. Saya agak hairan kenapa penganjur memilih tempat ini sebagai tapak konsert. Tapi nak cari parking tak susah. Letak sahaja kereta di kaki jalan. Cuma yang lecehnya bila nak keluar parking. Ini betul-betul bikin panas.

Kebanyakan penonton datang dengan kereta. Ini memberi gambaran bahawa kebanyakan peminat Search dan Wings adalah mereka yang sudah bekeluarga, kerja mula nak steady dan di dalam lingkungan 30-an ke atas. Mengikut jenis kereta yang dipakai, mereka ini termasuk di dalam middle class income macam saya. Kelas rakyat pertengahan yang membawa kereta nasional dan yang seharga dengannya. Saya dapat bayangkan ketika Search dan Wings ditubuhkan, mereka ini pastilah di kaki bangku persekolahan lagi. Kini masing-masing sudah kerja dan ada yang datang satu famili.

Ini membuatkan saya tersenyum. Kalau dulu konsert rock pasti dipenuhi dengan anak-anak muda sahaja. (sampai dilabel sebagai tempat maksiat). Tetapi kini konsert rock sudah mula ada unsur acara kekeluargaan. Maklumlah yang muda-muda dulu dah jadi bapak orang. Jiwa angry young man pun dah sejuk sikit.haha

Sesekali ada juga kelibat kereta-kereta mahal yang turun sama berkonsert. Kalau dulu konsert rock hanya untuk golongan rakyat marhaen. Tetapi kini sudah mula diterima golongan atasan. Ini tidak menghairankan dan patutlah bukit kiara dipilih sebagai tapak konsert. Sudah pasti ramai peminat Search dan Wings yang sudah berjaya.

Walaupun tak ramai, tetapi golongan anak muda mat-mat motor pun ada. Mereka ini bagi saya adalah golongan muda yang tidak ber'lady gaga' dan tidak ber'bunkface'. Jiwa mereka tidak mudah ditipu dengan High School Musical dan Akademi Fantasia. Ini sekaligus menunjukkan bahawa peminat Search dan Wings merentasi zaman. Sudah turun dari generasi ke genrasi baru. Dulu bapak minat, sekarang anak pula yang follow. Berapa ramai band atau penyanyi di Malaysia yang sehebat begini?

Dan sebab inilah saya turun ke konsert semalam walaupun tidak pernah ke konsert rock. Maklumlah bukan senang nak menyaksikan konsert yang menghimpunkan dua nama gergasi. Kali terakhir konsert ini dilangsungkan pun pada 17 tahun yang lepas. Saya sudah pasti mahu menjadi statistik mereka yang hadir semalam.

Di dalam stadium, DJ Ismahalil Hamzah cukup pandai menaikkan semangat penonton. 15 ribu orang di dalam stadium pun bersorak kegembiraan. Mereka seolah kehausan sesuatu. Dari mata mereka saya dapat lihat betapa rindunya mereka kepada 2 band ini. Mereka ini pastilah menyimpan seribu satu kenangan di sebalik lagu-lagu Search dan Wings.

Tepat jam 8.45 konsert pun bermula. Lagu Gemuruh menjadi pembuka tirai konsert. Inilah lagu berhantu dari Search dan Wings. Para penonton terus melonjak kegirangan dan turut menyanyikan sekali. Yang mana bawa famili dan sudah berumur, mereka hanya menonton dari tempat duduk stadium. Yang mana masih muda dan bertenaga, mereka berdiri di tengah padang.

Pada mulanya Search dan Wings tampil dengan lagu-lagu yang jarang didengari. Hanya yang betul-betul harcore sahaja hafal lagu-lagu tu. Saya pun tak hafal. Tetapi menjelang pertengahan konsert, barulah lagu-lagu seperti Balada Pemuzik Jalanan, Isi atau Kulit, Gadisku, Fenomena, Opera Hidup, Misteri Mimpi Syakila, Sejati, Taman Rashidah Utamadan Sejati keluar. Masa ini penonton sudah histeria. Sampai ada yang pengsan. Biasalah tu, terlebih seronok agaknya.

Kemudian Amy Search menyanyikan lagu killernya iaitu Isabella. Lagu ini seusia dengan saya. 21 tahun lamanya. Lagu inilah yang merevolusikan era slow rock di Malaysia. Lagu ini diiringi dengan nyalaan lighter dari para penonton. Memang layan sambil tutup mata.

Apapun kemuncak konsert pada malam itu bukanlah di lagu Isabella sebaliknya ketika persembahan drummer dari kedua-dua band. Yazit dari Search dan Black dari Wings masing-masing berentap menunjukkan skil masing-masing. Selama 15 minit penonton dipukaukan dengan dentuman drum mereka. Saya melihat persembahan ini sebagai penghargaan kepada mereka sendiri. Mereka ini adalah unsung heroes. Selalunya kita asyik memfokuskan kepada penyanyi sehingga terlupa bahawa tanpa drummer dan gitaris, tak mungkin band itu akan menjadi seperti ke hari ini.

Kemuncak kedua konsert ini pula ketika Awie dan Amy memberikan penghargaan kepada 'Tok Mat'- bekas menteri penerangan Malaysia yang merupakan musuh utama muzik rock circa 90-an. Tok Mat jugalah yang telah menggunting rambut Awie dan Amy di RTM pada 1992. Jadi di malam itu keduanya secara sinis atau jujur telah berkata 'Tok Mat adalah ayah kami dan kami adalah anak Tok Mat.'

Selepas lebih 20 lagu dinyanyikan, konsert sudah tiba ke pnghujungnya. Amy membawa lagu Rozana manakala Awie menyanyikan Nur Nilam Sari sebagai lagu-lagu terakhir. Saya masih setia menanti lagu Pawana. Tetapi yang keluar ialah gorengan gitar daripada Kid, Joe dan Nasir. Jam di tangan menunjukkan jam 11. Bermakna konsert sudah di penghujung. Namun masih tidak ada tanda-tanda lagu Pawana dan Hukum Karma akan keluar. Saya sedikit frust. Jadi saya mengambil keputusan untuk keluar awal. Saya tidak mahu terperangkap di dalam trafik.

Ketika berjalan keluar daripada stadium, saya melihat abang-abang polis yang bertugas juga menghayunkan kepala melayan konsert ini. Sampai begitu sekali penangan dan pengaruh kedua band ini. Dari luar saya pandang ke dalam. Saya perhatikan selama 3 jam, penonton tidak henti menyanyi dan bersorak. Begitu lama rupanya standing ovation diberikan. Berbanding persembahan-persembahan di konsert lain, hanya beberapa saat standing ovationnya.
.

Sepanjang perjalanan pulang saya pelajari sendiri bagaimana muzik mampu menyatukan manusia. Begitu ramai golongan dari pelbagai generasi dan lapisan kelas masyarakat yang menyokong Search dan Wings. Kalaulah Search dan Wings menjadi parti politik, saya kira parti PAS dan UMNO pun boleh tergugat. Saya juga melihat muzik adalah milik rakyat bukan hak kerajaan untuk mengawal dan menentukan. Sekalipun menteri cuba menghalang, pasti tidak dapat mengatasi kemahuan rakyat. Saya yakin jika Tok Mat masih hidup, pasti beliau akan menyedari hakikat ini semalam.

17 tahun yang lepas, ketika konsert Double Trouble yang pertama berlangsung saya masih kecik. Tidak pernah terfikir 17 tahun berikutnya, di malam 1 Mei 2010 saya akan menjadi sebahagian daripada seajrah Konsert Double Trouble yang kedua.

Kepada Search dan Wings- terima kasih kerana menghiburkan kami. Lu orang memang otai brader!





notakaki: konsert ungu di stadium putra pun 2000 orang yang datang. Konsert Tokio hotel kat OU yang ada bunkface pun 4000 je. Yang pergi buat konsert serentak dengan otai apahal?

No comments:

Post a Comment