Monday, December 27, 2010

Review The Godfather of Rock Wings Search at Sunway Lagoon



Malam tadi aku ke sana bersama wife... Jam 7pm aku 
keluar rumah ..Dari Puchong aku ikut highway LDP,
lepas  tol jer terus sesak..ni bikin panas,ada kancil 
putih depan kereta aku pulak terhegeh-hegeh..
bosan betul..aku ..sangkut “jem” je lebih kurang
 45 minit..tu belum campur dgn nak cari parking…
memang Double Trouble betul lah….



Member aku dah call,”zul,aku tunggu ko ni,ko kat
 mane?”kata member aku…aku pun jawap"dah sampai
ni "sebenarnya  tgh sangkut "jem",maklum la tiket semua 
member ada kat aku…8.30pm baru aku sampai kat 
pintu masuk Sunway Lagoon tu…malu pulak aku
kat member aku,diorang duduk area Sepang boleh 
sampai dulu..huhuhu….borak2 jap dgn diaorang..sambil
 tu,aku tengok peh!! Ramainya mat-mat rock…
macam-macam ada(pinjam iklan astro) yg rambut
 panjang ada,yg botak pun ada…pening aku….




Tepat jer 8.45pm,apelagi terus masuk dlm Sunway Lagoon…
Opening konsert..Si  Azlan the typewriter nyayi 2 lagu  
“Intanku Kesepian” dan lagu “Fantasia Bulan Madu”
..Okey jugak la mamat ni nyanyi live tapi tak boleh 
lawan dgn Otai kita Bro Awie dan Amy..Betul tak geng?



Lagu2 Wings malam tu :

Bujang Senang
Awang Trasher
Orang Kita
Inpirasi Taming Sari
Romania
Hukum Karma

Lagu2 Search Malam tu:

Pawana
*Aku pn dah tak ingat..Sori sgt…jgn marah yek!

Medley Wings&Search :

Sejati
Semalam yg hangat
Opera Hidup
Gemuruh
Gadisku
             Rozana 
Rock n roll lu punya suka

            *lagu2 lain aku dah tak ingat dah..Aku layan 
             sampai tutup mata..campur dgn penat lagi..ahh..





Apapun,aku puashati dengan konsert nih..Walaupun
“Husen demam”gurauan Bro Awie malam tadi..
”Amy pie..wet”pun masih okey walaupun dah berusia 53 
tahun..Tahniah kepada Wings,Search…Dan terima
kasih kepada Digi,Sinar FM,Hot FM..Kak Engku
,Bro Isma Halil Hamzah dan FBI kerana myokong muzik 
rock kita…Aku dgn wife
sampai rumah jam 1.15pagi..Letih beb...
tapi tak pe puashati…

"sayap2wings"




* Gambar aku dgn Bro Awie & Black ada..Tapi kat camera member..
Tunggu nanti aku publish kan..

Thursday, December 23, 2010

Sesi bertemu peminat 23 DEC 2010 jam 5 ptg

5.00pm peminat sibuk nk beli tiket







tiket2 utk dijual di kaunter digi

itu dia otai2 rock kelibat  bro awie,yazid,eddie dan black

"sesikulipat"kata bro awie sambil ketawa..haha..
tandatangan bro awie kepada "sesikulipat rock4ever"tanda sokongan beliau kat blog aku,tq brother Awie
tiket aku yg ada tandatangan bro awie&black
jgn marah..ha..
tkh byk kpd Bro Zul Azri Sayap2wings yg bg peluang aku mendekati wings dgn lebih dekat lg...kepada semua peminat rock semua,jom kita  turun 25 hb ni...utk memberi sokongan kepada otai rock kita ni..

mr-zul 012 255 8069
sebarang komen amat dialu-alukan.tk

*terima kasih juga kepada ahli2 sayap2wings yg lain..yg aku  tak sempat nak tanya nama..bro2 tentera darat dan laut yg aku sempat berborak sambil isap rokok..kepada Bob Klang,klu jumpa lagi ...kita boleh borak lama sikit..


Sokonglah Muzik Kita...


Mr-zul pat-pat siku lipat





Wednesday, December 22, 2010

Konsert Double Trouble Disambung Semula

Penutup Tirai untuk tahun 2010

Pasti ribuan peminat-peminat Search dan Wings di sebelah utara sudah tidak sabar lagi menunggu kehadiran dua kumpulan rock tersohor ini beraksi di atas pentas yang sama.  Fenomena muzik rock akan terus memuncak lagi pada tarikh 25hb Disember, 2010 di Surf Beach @ Sunway Lagoon.  Sejarah muzik tempatan akan tercipta sekali lagi kerana DT artis merupakan dua kumpulan rock tempatan pertama diberikan penghormatan mengadakan konsert tersendiri di Surf Beach @ Sunway Lagoon
 
Konsert Gemuruh DT dijadualkan berlangsung selama dua jam setengah.  Dengan kehebatan dua legenda rock, pencinta muzik dapat menyaksikan persembahan hebat mereka menerusi lebih 20 lagu hits yang dipersembahkan Search dan Wings. Pastinya, Search tidak akan ketinggalan melagukan lagu-lagu hebat mereka yang malar segar seperti Fantasia Bulan Madu, Isabella, Pawana, Fenomena, Meniti Titian Usang, Opera Hidup, Derap Komando dan banyak lagi.
Sementara Wings tidak akan menghampakan peminat mereka dengan lagu-lagu popular seperti Teori Domino, Pentas Opera, Peronda Jaket Biru, Rock ‘n’ Roll Lu Punya Suka, Sejati, Taman Rashidah Utama dan Bernafas Dalam Lumpur.

Konsert Gemuruh DT dianggap sebagai penyatuan semula dua kumpulan legasi rock yang telah pun bertahan melebihi dua dekad.  Saingan yang hebat dengan kemunculan kumpulan-kumpulan rock yang jauh lebih muda dan bertenaga tidak sesekali mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang di persada seni.  Search dan Wings tetap unggul di hati peminat-peminat mereka yang setia.

Tanggal 25hb Disember, 2010, merupakan ‘finale’ Konsert Gemuruh DT sebagai penutup tirai tahun 2010! RYE Production mengambil kesempatan keemasan ini untuk memberi penghormatan dan penghargaan kepada dua kumpulan rock legenda tanahair.  Kami amat berbangga sekali dapat bekerjasama dengan mereka dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Digi kerana sudi menaja persembahan Konsert Gemuruh DT.  Begitu juga kepada pihak Sunway Lagoon dan penaja-penaja yang lain.

Dengan gabungan dua kumpulan rock ternama ini, kami ingin mengimbas kembali kenangan manis zaman kegemilangan muzik rock tempatan yang ditujukan khas kepada peminat-peminat mereka.  Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak-pihak yang terbabit di dalam pengendalian Konsert Gemuruh DT.  
Masih mengekalkan harga tiket berharga RM70.  Tiket-tiket boleh dibeli dikaunter tiket seperti yang tertera.

*Anda juga berpeluang bertemu dengan otai-otai rock tanahair(wings&search) di

Sunway Pyramid pad 23hb Disember, 2010 jam 5 petang. Jangan lepaskan
peluang ini. Datanglah beramai-ramai!

Dua nama "gergasi" rock bergabung utk satu konsert
poster iklan
contoh tiket konsert

Konsert Double Trouble Disambung Semula ...Jeng-jeng,sekali baca tajuk mcm tak caya jer..tapi memang benar,so kepada peminat-peminat tegar wings&search inilah masanya untuk kita menyokong mereka...for more info http://www.sayap2wings.com

Insyallah,saya dan beberapa orang kawan akan pegi..mr-zul pat-pat sikulipat

jumpa kat sana,semoga wings akan terus terbang tinggi..

Tarikh            : 25 Dec 2010
Masa             : 8.45~12.30 malam
Tempat          : Sunway Lagoon
Harga Tiket   : RM70

*utk mendapatkan tiket boleh call Bro Zul 012-292 8091/Azri 012-276 6862


"Orang Kita Ada Di Mana-Mana Sahaja"

Orang Kita Ada Di Mana-Mana Sahaja, terima kasih atas sokongan semua ahli Sayap2WINGS yang memastikan WINGS & Sayap2WINGS terus terbang tinggi dan berada pada kelas yang tersendiri ! Happy 2nd anniversary






Monday, December 20, 2010

EDWIN e-function jeans rare made in Japan size 33

Click to view the next image.
*colour lusuh asal dan ada"misai kucing" depan & belakang




Click to view the next image.
*Yellow tab yg semakin susah ditemui di Malaysia,klu xpercaya cuba search kat mudah.com ..ada jumpa x,e-fuction mcm ni,klu jpe pn ,itu iklan aku..made in japan original..jaminan wang dikembalikan klu bukan ori...

sebarang pertanyaan dialu-alukan,sila email ke pat2sikulipat@gmail.com @ call mr-zul 012 255 8069

* Item sold Pos Laju ref.no : EN406642794MY




The Original Ralph Lauren

Click to view the next image.
Click to view the next image.

the ralph lauren kemeja hijau cair original rare  dlm gambar berikut,kt butik xdapat harga tu..refer pic pls..beli jgn xbeli,sgt bergaya bila pakai pegi ofis..


* tip top,bergaya,cun giler,100% ori dan cotton
* size L
* kuda colour



RM69 NETT/NO NEGO PLS

*"pat pat siku lipat,sapa cepat dia dapat"

T shirt adidas kirin japan biru RM40 NETT/NO NEGO PLS

Click to view the next image.

Click to view the next image.

Click to view the next image.


* kain mcm baru
* adidas original size L
* 100% cotton lembut, x panas


RM40 NETT/NO NEGO PLS



*cal aku cepat..



**"pat pat siku lipat,sapa cepat dia dapat"


T shirt oficial kirin japan JFA RMSOLD

Click to view the next image.
Click to view the next image.

T shirt oficial kirin japan JFA murah2 seperti dlm gambar berikut,kepada penyokong JFA jgn tunggu lama..

*100% original
*size S can fit M

RM40 NETT/NO NEGO PLS



**"pat pat siku lipat,sapa cepat dia dapat"

T-shirt Polo Ralph Lauren Original/sold

T shirt Polo Ralph Lauren Original  - Image


T shirt Polo Ralph Lauren dlm gambar berikut,tip top condition..rare..

* bundle,size M
* 100% cotton & original
* cun giler

RM SOLD  NETT/NO NEGO PLS/TERMASUK POS LAJU


**"pat pat siku lipat,sapa cepat dia dapat"

*cal segera..mr-zul 012 255 8069




Sold to Bro Z,cod ioi mall

Saturday, December 18, 2010

Kemeja Polo Ralph Lauren for sale / sold

Kemeja Polo Ralph Lauren for sale
RM59 nett (siap pos laju)

 original item..
" kuda colour"
size s,m can fix
*kepada anda yg layan ralph lauren mesti tahu makna " kuda colour"kan,harga RM59 sajer,
"pat-pat siku lipat,siapa cepat dialah yg dapat"
call me now 012 255 8069 mr-zul




Sold to Bro Z,cod ioi mall

Sunday, December 12, 2010

***review DT2010***

***review DT2010*** ni aku copy dari blog lain utk dikongsi cerita,aku dan 3 orang member pun "turun" pegi konsert nih..Konsert Double Trouble ni diadakan pada 1 Mei 2010 di Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort bermula jam 8.45 malam.








***review
 dibasuh oleh Basuh Baju

Saya bukanlah generasi yang membesar dengan muzik rock. Adalah mustahil untuk mereka yang lahir pada tahun 89 melayan muzik rock. Di zaman persekolahan saya, genre nasyid telah mengambil tempat. Saya hanya kenal rock ketika menyertai PLKN 3 tahun yang lepas. Itupun melalui beberapa kenalan yang mereka perolehi kaset rock dari abang-abang mereka. Di universiti sekarang, jangan mimpilah nak jumpa geng yang minat sama. Lagi-lagi gi UIAM.haha Kalaupun ada yang minat muzik rock, itupun setakat band-band jiwang seperti SLAM dan Ukays. Band-band otai macam Search dan Wings sangatlah kurang.

Saya adalah insan yang menilai sesuatu band dan penyanyi itu melalui vokalnya. Lagi-lagi ketika membuat persembahan. Bagi saya inilah asas kepada nyanyian. Lirik dan muzik di nombor dua. Tetapi ini pendapat masing-masinglah. Saya bukanlah pakar pun. Kalau anda tak bersetuju tidak mengapa. Cuma inilah sebabnya mengapa saya meminati Search dan Wings. Bagi saya vokal mereka ketika membuat persembahan cukup mengagumkan. Amy Search dan Awie Wings- keduanya adalah penyanyi yang rare.
*

Malam tadi saya ke sana. Sejujurnya inilah kali pertama saya pergi ke konsert rock. Jadi saya akui saya bukanlah insan yang pakar dan tahu selok belok tentang muzik apatah lagi muzik rock. Yang saya nampak, itu yang saya tahu. Dari pengalaman itu sahajalah pandangan ini diolah.

Jam 7 saya tiba di Bukit Kiara Equestrian Indoor Arena. Ini kawasan elit. Tempat orang kaya main kuda. Saya agak hairan kenapa penganjur memilih tempat ini sebagai tapak konsert. Tapi nak cari parking tak susah. Letak sahaja kereta di kaki jalan. Cuma yang lecehnya bila nak keluar parking. Ini betul-betul bikin panas.

Kebanyakan penonton datang dengan kereta. Ini memberi gambaran bahawa kebanyakan peminat Search dan Wings adalah mereka yang sudah bekeluarga, kerja mula nak steady dan di dalam lingkungan 30-an ke atas. Mengikut jenis kereta yang dipakai, mereka ini termasuk di dalam middle class income macam saya. Kelas rakyat pertengahan yang membawa kereta nasional dan yang seharga dengannya. Saya dapat bayangkan ketika Search dan Wings ditubuhkan, mereka ini pastilah di kaki bangku persekolahan lagi. Kini masing-masing sudah kerja dan ada yang datang satu famili.

Ini membuatkan saya tersenyum. Kalau dulu konsert rock pasti dipenuhi dengan anak-anak muda sahaja. (sampai dilabel sebagai tempat maksiat). Tetapi kini konsert rock sudah mula ada unsur acara kekeluargaan. Maklumlah yang muda-muda dulu dah jadi bapak orang. Jiwa angry young man pun dah sejuk sikit.haha

Sesekali ada juga kelibat kereta-kereta mahal yang turun sama berkonsert. Kalau dulu konsert rock hanya untuk golongan rakyat marhaen. Tetapi kini sudah mula diterima golongan atasan. Ini tidak menghairankan dan patutlah bukit kiara dipilih sebagai tapak konsert. Sudah pasti ramai peminat Search dan Wings yang sudah berjaya.

Walaupun tak ramai, tetapi golongan anak muda mat-mat motor pun ada. Mereka ini bagi saya adalah golongan muda yang tidak ber'lady gaga' dan tidak ber'bunkface'. Jiwa mereka tidak mudah ditipu dengan High School Musical dan Akademi Fantasia. Ini sekaligus menunjukkan bahawa peminat Search dan Wings merentasi zaman. Sudah turun dari generasi ke genrasi baru. Dulu bapak minat, sekarang anak pula yang follow. Berapa ramai band atau penyanyi di Malaysia yang sehebat begini?

Dan sebab inilah saya turun ke konsert semalam walaupun tidak pernah ke konsert rock. Maklumlah bukan senang nak menyaksikan konsert yang menghimpunkan dua nama gergasi. Kali terakhir konsert ini dilangsungkan pun pada 17 tahun yang lepas. Saya sudah pasti mahu menjadi statistik mereka yang hadir semalam.

Di dalam stadium, DJ Ismahalil Hamzah cukup pandai menaikkan semangat penonton. 15 ribu orang di dalam stadium pun bersorak kegembiraan. Mereka seolah kehausan sesuatu. Dari mata mereka saya dapat lihat betapa rindunya mereka kepada 2 band ini. Mereka ini pastilah menyimpan seribu satu kenangan di sebalik lagu-lagu Search dan Wings.

Tepat jam 8.45 konsert pun bermula. Lagu Gemuruh menjadi pembuka tirai konsert. Inilah lagu berhantu dari Search dan Wings. Para penonton terus melonjak kegirangan dan turut menyanyikan sekali. Yang mana bawa famili dan sudah berumur, mereka hanya menonton dari tempat duduk stadium. Yang mana masih muda dan bertenaga, mereka berdiri di tengah padang.

Pada mulanya Search dan Wings tampil dengan lagu-lagu yang jarang didengari. Hanya yang betul-betul harcore sahaja hafal lagu-lagu tu. Saya pun tak hafal. Tetapi menjelang pertengahan konsert, barulah lagu-lagu seperti Balada Pemuzik Jalanan, Isi atau Kulit, Gadisku, Fenomena, Opera Hidup, Misteri Mimpi Syakila, Sejati, Taman Rashidah Utamadan Sejati keluar. Masa ini penonton sudah histeria. Sampai ada yang pengsan. Biasalah tu, terlebih seronok agaknya.

Kemudian Amy Search menyanyikan lagu killernya iaitu Isabella. Lagu ini seusia dengan saya. 21 tahun lamanya. Lagu inilah yang merevolusikan era slow rock di Malaysia. Lagu ini diiringi dengan nyalaan lighter dari para penonton. Memang layan sambil tutup mata.

Apapun kemuncak konsert pada malam itu bukanlah di lagu Isabella sebaliknya ketika persembahan drummer dari kedua-dua band. Yazit dari Search dan Black dari Wings masing-masing berentap menunjukkan skil masing-masing. Selama 15 minit penonton dipukaukan dengan dentuman drum mereka. Saya melihat persembahan ini sebagai penghargaan kepada mereka sendiri. Mereka ini adalah unsung heroes. Selalunya kita asyik memfokuskan kepada penyanyi sehingga terlupa bahawa tanpa drummer dan gitaris, tak mungkin band itu akan menjadi seperti ke hari ini.

Kemuncak kedua konsert ini pula ketika Awie dan Amy memberikan penghargaan kepada 'Tok Mat'- bekas menteri penerangan Malaysia yang merupakan musuh utama muzik rock circa 90-an. Tok Mat jugalah yang telah menggunting rambut Awie dan Amy di RTM pada 1992. Jadi di malam itu keduanya secara sinis atau jujur telah berkata 'Tok Mat adalah ayah kami dan kami adalah anak Tok Mat.'

Selepas lebih 20 lagu dinyanyikan, konsert sudah tiba ke pnghujungnya. Amy membawa lagu Rozana manakala Awie menyanyikan Nur Nilam Sari sebagai lagu-lagu terakhir. Saya masih setia menanti lagu Pawana. Tetapi yang keluar ialah gorengan gitar daripada Kid, Joe dan Nasir. Jam di tangan menunjukkan jam 11. Bermakna konsert sudah di penghujung. Namun masih tidak ada tanda-tanda lagu Pawana dan Hukum Karma akan keluar. Saya sedikit frust. Jadi saya mengambil keputusan untuk keluar awal. Saya tidak mahu terperangkap di dalam trafik.

Ketika berjalan keluar daripada stadium, saya melihat abang-abang polis yang bertugas juga menghayunkan kepala melayan konsert ini. Sampai begitu sekali penangan dan pengaruh kedua band ini. Dari luar saya pandang ke dalam. Saya perhatikan selama 3 jam, penonton tidak henti menyanyi dan bersorak. Begitu lama rupanya standing ovation diberikan. Berbanding persembahan-persembahan di konsert lain, hanya beberapa saat standing ovationnya.
.

Sepanjang perjalanan pulang saya pelajari sendiri bagaimana muzik mampu menyatukan manusia. Begitu ramai golongan dari pelbagai generasi dan lapisan kelas masyarakat yang menyokong Search dan Wings. Kalaulah Search dan Wings menjadi parti politik, saya kira parti PAS dan UMNO pun boleh tergugat. Saya juga melihat muzik adalah milik rakyat bukan hak kerajaan untuk mengawal dan menentukan. Sekalipun menteri cuba menghalang, pasti tidak dapat mengatasi kemahuan rakyat. Saya yakin jika Tok Mat masih hidup, pasti beliau akan menyedari hakikat ini semalam.

17 tahun yang lepas, ketika konsert Double Trouble yang pertama berlangsung saya masih kecik. Tidak pernah terfikir 17 tahun berikutnya, di malam 1 Mei 2010 saya akan menjadi sebahagian daripada seajrah Konsert Double Trouble yang kedua.

Kepada Search dan Wings- terima kasih kerana menghiburkan kami. Lu orang memang otai brader!





notakaki: konsert ungu di stadium putra pun 2000 orang yang datang. Konsert Tokio hotel kat OU yang ada bunkface pun 4000 je. Yang pergi buat konsert serentak dengan otai apahal?

Saturday, December 11, 2010

Baju western koboi LEE



Baju western koboi LEE murah2 seperti dlm gambar berikut,condition tip top,very rare..colour dark blue..refer pic to belive..

* butang batu putih rare giler
* 100% jeans cotton,kain lembut dan selesa
* size M,original Lee

http://www.mudah.my/Baju+western+koboi+LEE
**"pat pat siku lipat,sapa cepat dia dapat"


*Item sold to Edmund D.M Amboh,Bandar Baru Bangi

Baju western koboi uniqlo







baju western koboi uniqlo rare original murah2 seperti dlm gambar berikut,
uniqlo adalah antara brand top kat jepun,klu x silap aku,kt klcc ada baru bukak butik dia..beli jgn xbeli..

* susah nk jumpe nih,
* colour blueblack rare giler,
* butang batu putih,
* size M

item sold to bro Khan,KL